Cara Update MySejahtera (Tutorial Bergambar) | Ada orang cakap wajib update MySejahtera. Ada pulak cakap tak wajib update. Mana satu yang betul ni? Terkini, berita dari Astro Awani mengatakan, tidak update pun tak mengapa kerana ia bukanlah satu kesalahan besar pun.

Kalau tak nak susah kemudian hari, lebih baik kita update MySejahtera.

Jom aku kongsikan cara update yang betul.

1. Cara Update Profile MySejahtera (status kesihatan)

Berikut ialah langkah-langkah yang perlu di-update profile My Sejahtera secara ringkas (tengok gambar)

1. Pastikan aplikasi MySejahtera sudah sedia ada dalam handphone anda
2. Jika belum, sila install aplikasi MySejahtera terlebih dahulu
3. Buka app MySejahtera
4. Masuk ke muka hadapan aplikasi (klik butang close)

cara-update-mysejahtera1

5. Akan terpapar beberapa pilihan:

* COVID-19 Status
* Hotspot
* Helpdesk
* Digital Health
* COVID-19 Vaccination
* MORE

cara-update-mysejahtera2

6. Klik COVID-19 Status
7. Akan terpapar bahagian status yang menunjukkan:

* Are you a Low Risk person whos has:

cara-update-mysejahtera3

8. Klik butang Start

9. Jawab soalan-soalan yang diberikan (Ya/Tidak):

*Pastikan setiap soalan yang diberikan dijawab dengan jujur
*Seperti yang anda lihat aku jawab TIDAK untuk semua soalan
*Alhamdulillah diri aku okay sihat ketika aku jawab semua soalan yang diberikan ini

cara-update-mysejahtera4
cara-update-mysejahtera5
cara-update-mysejahtera6
cara-update-mysejahtera7
cara-update-mysejahtera8

10. Klik butang Submit (Thank you for your response)
11. Pergi ke bahagian Profile

cara-update-mysejahtera9

12. Akan terpapar segala info maklumat diri anda:

* Low Risk No Symptom
* MySJ ID
* IC / Passport No
* State

13. Seterusnya, ada paparan Click to refresh your profile
14. Klik butang Refresh
15. Siap proses Update
16. Barcode MySejahtera yang menunjukkan Status Risiko COVID-19 akan dipaparkan di bahagian bawah skrin

cara-update-mysejahtera10

17. Tahniah, Anda berjaya update MySejahtera apps!

2. Kenapa Wajib Update My Sejahtera? 

Jika anda sudah dapat panggilan tarikh temujanji suntikan Vaksin Pfizer, AstraZeneca dan lain-lain, adalah lebih baik untuk bersiap sedia lebih awal supaya tak kelam kabut di kemudian hari.

Bukan apa, kita takut dengan kesilapan kecil ini akan mengakibatkan seseorang itu disaman kerana tak update aplikasi My Sejahtera.

Sama-sama kita bebas COVID-19.