Skip to content

Korang Tahu Tak Ciri-Ciri KOPI Yang Sedap di Tekak?

Korang-Tahu-Tak-Ciri-Ciri-KOPI-Yang-Sedap-di-Tekak

Boleh dikatakan semua orang baik lelaki dan wanita sukakan secawan Kopi kan?

Sama ada korang akan minum di pagi hari sebelum mula kerja korang mesti kena bancuh secawan Kopi untuk menyegarkan minda. Yelah nak mulakan sesuatu kerja at least mesti minda kita betul-betul segar kan.

Sebelum ni korang dah baca kan artikel Siapa Peminat Kopi Wajib Tahu 5 Jenis Kopi Yang Diproses Untuk Pasaran Dunia?

So kali ni ..

Jom ikuti perkongsian saudara Aiman Roslan seorang Barista dan juga pemilik kedai Kopi berkongsi ciri-ciri Kopi di laman twitternya.

Korang-Tahu-Tak-Ciri-Ciri-KOPI-Yang-Sedap-di-Tekak_2

Ciri-Ciri KOPI Yang Sedap di Tekak

1. Biji kopi yang berkualiti

Pemilihan biji kopi ni ialah benda paling penting dalam nak buat kopi.

Biji kopi ni ada dari macam-macam tempat origin.

Cuaca, tanah, teknik dan ketinggian tempat tanaman akan tentukan rasa kopi tu.

Kebiasaannya, biji kopi yang kualiti ni harga dia akan mahal sikit.

Kalau kedekut nak beli biji kopi yang elok better jangan bukak kedai kopi pliss.

Biji kopi juga mestilah fresh. Normally, biji kopi akan fresh dalam tempoh 10 – 60 hari selepas dipanggang.

*Lepas 60 hari, kopi akan mula lemau dan hilang flavor.

2. Espresso yang seimbang

Espresso ialah asas kepada minuman kopi hipster.

Untuk buat espresso ni, perlukan mesin yang boleh extract coffee with very high pressure.

Espresso tak boleh over extract, nanti rasa dia masam sangat dan rasa nak baling kerusi.

Espresso juga tak boleh under extract, nanti dia pahit sahaja tanpa rasa flavor coffee tu sendiri.

Espresso kita kena perfectly extracted. Dia akan rasa pahit, masam dan manis yang seimbang.

Nak telan terus pon takpe.

Ratio yang sesuai untuk espresso ialah 1:2

1 gram coffee bersamaan 2 gram air.

Jadi kalau kita pakai 15g beans, kita akan dapat 30g espresso.

Benda ni boleh ubah ikut kesesuaian beans dan resepi korang.

Kalau aku, aku akan guna 18g beans for 35g espresso. Lagi padu!

3. Susu yang sesuai

Kebiasaannya, susu segar lebih enak untuk dibuat latte berbanding susu UHT.

Tapi susu segar ni agak mahal dan tak tahan lama.

Kalau korang tengok cafe tu pakai susu farm fresh fresh milk, boleh lah peluk owner cafe tu sebab usaha bagi susu yang terbaik.

4. Frothing susu

Dalam proses nak froth susu, sangat penting untuk jaga suhu.

Suhu yang terbaik untuk froth susu ialah 60-64 celcius.

Kalau lebih, susu akan mula pecah dan bertukar rasa.

Suhu susu juga akan mudahkan untuk buat latte art.

*Kalau korang ada dapat latte yang panas mendidih tu boleh pulangkan ke barista dengan sopan santun. Insyaallah diorang boleh buatkan baru.

Ini perkongsian aku tentang ciri-ciri kopi yang bagus dan sedap.

Harapnya boleh bantu korang untuk Nilai cafe-cafe yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Juga boleh membantu korang untuk buat coffee sendiri. Home barista katanyaaa.

Itu saja, semoga bermanfaat