Cocoa SmooTea With OREO Cookie CHATIME Menjadi Pilihan

ASsalamualaikum, Salam Sejahtera kepada peminat Chatime.

Negara kita Malaysia tak pernah tak panas kan. Malaysia sebuah negara yang iklimnya
tak menentu kadang hujan lebat kadang tu lamanya nak tunggu hujan membasahi bumi.
Panas sangat rasanya terutama waktu malam.

Cuaca beginilah yang menyebabkan rakyat Malaysia terutama saya sendiri akan menyinggah
mana mana stesen minyak. Yang saya perasan selalu CHATIME ini akan berada di mana mana stesen minyak Shell.

Kalau anda yang Peminat Coffee Giler macam saya. Ofkos kalau nak minum air jenis jenis macam ni,
semestinya akan pilih yang jenis coklat dan kopi sebagai bahan utama.

Itu sebab saya memilih untuk merasai kenikmatan Cocoa SmooTea With OREO Cookie CHATIME
pilihan hati.

Harganya tidaklah terlalu membebankan untuk dibayar. Kalau dah perangai tu suka berbelanja lebih untuk
makan minum apa salahnya sekali sekala kan. Huhu ..

Harga Cocoa SmooTea With OREO Cookie RM8.50

Harganya 1 bekas RM8.50 tambah Topping Coffee Jelly RM1.60 so total RM10.10.

Disebabkan ketika itu duit syiling berlambak kat dashboard kereta. So cashier pun bagilah free je 10 sen.
Bayar je lah RM10. Kan senang tak berkira sangat .. Hehe …

Harga air CHATIME di seluruh Malaysia ketika ni paling murah boleh dapat RM6.50.
Tak tahulah Sabah Sarawak macam mana pulak harganya.

Bagi saya berbaloi bayar dengan harga macam itu. Sebabnya rasa Cocoa dengan Oreo tu memang
membuatkan saya rasa segar nak drive .. yelah penat kot panas panas memandu.

Ditambah dengan Topping Coffee Jelly lagi lagilah buat saya rasa bersemangat nak kesana sini.

Pokoknya, minuman macam ni ada jenis orang setiap hari akan beli kalau dia jenis suka sangat sangat.
Kalau saya tak lah selalu. Kalau lalu kat stesen minyak nampak memang wujud terpesona je melihat signboard CHATIME baru beli. Kalau takde, tak fikir sangat nak beli.

#ChatimeMalaysia  #IniBarulahChatime

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring

6 Comments

  1. nila anggraini February 24, 2018
    • asyrafasri March 1, 2018
  2. nikkhazami February 20, 2018
    • asyrafasri February 23, 2018
  3. Elih Japahar January 18, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: