Dah 2 Bulan Dengan Uber Malaysia

ASsalamualaikum Warahmatullah, Salam Hormat.

Ya betullah. Baru je 2 bulan dengan Uber Malaysia.

Ini hanya perkongsian pengalaman saya memandu Uber untuk tambah pendapatan bila mencari rezeki di bandar besar Kuala Lumpur.

Ok, jom saya cerita dari mula pendaftaran sampai boleh lulus memandu dengan secara legal.

Lain orang lain cara. Lain orang lain pengalamannya.

Ini cerita saya.

Terima kasih sudi nak tahu lebih lanjut.

Dah 2 bulan dengan Uber Malaysia. Tajuk ni je saya mampu fikir. huhu ..

Pendaftaran Uber saya mengambil masa 2 minggu.

Kalau ikutkan cara betul dalam 3 hari je boleh setel.

Seperti saya beritahu tadi kan, lain orang lain caranya.

Uber Malaysia hanya minta 4 benda ini je :

1. Kad pengenalan diri @ I/C depan belakang

2. Kad lesen memandu depan belakang

3. Insurans kereta yang ada expired

4. Roadtax terkini

3 benda i/c, lesen memandu dan Roadtax of course lah takde masalah bila submit.

Yang saya pelik bila submit Insurans kereta tak lepas.

Banyak kali jugak submit.

Untuk info yang baru nak buat duit tepi dengan Uber Malaysia, kita boleh daftar online ya dekat website Uber. Tak perlu walk-in ke HQ. Melainkan jika diminta.

Zaman sekarang, zaman teknologi. Semua online je.

Mesti anda pelik kan, kenapa lama sangat saya punya permohonan ni nak setel?

Saya masih lagi bekerja 8 pagi 5 petang.

Saya akan curi curi masa submit registration Uber Malaysia ni bila ada waktu takde file berlambak atas meja. huhu ..

Dan bila takde bos buat buat lalu kat workplace. So saya akan curi curi tengok email personal untuk tahu Update pendaftaran Uber.

Nak jadikan cerita, hari Isnin saya submit pagi sebelum kerja bermula.

Biasalah bila banyak kerja nak setel on-time. Dateline bersepah ..

Habis kerja, terlupa nak tengok email personal terus balik rumah.

Esoknya macam tu jugak banyak kerja, terlupa lah nak tahu pasal Uber ni.

So pagi Rabu tengok email, ok fine registration tak setel lagi.

Pihak Uber Malaysia beritahu kat email bahawa Insurans tak lengkap maklumatnya.

Pendek cerita.

Saya ni newbie baru dapat kereta. Mana lah tahu apa maklumat penting yang perlu
ada kat  Insurans kereta.

Balik kampung jap kat Pahang. Tanya Abah, surat Insurans mana yang perlu ada
expired date  nak submit kat Uber.

So Abah pun jumpa belek punya belek. Ok, setel jumpa akhirnya.

Hari tu jugak saya submit online pada hari Sabtu.

Hari Isnin bukak email pada jam 04 petang macam tu ;,

‘Tahniah, Akaun Uber anda telah diaktifkan.’

Huh, lega. Alhamdulillah.

Punya excited nak drive Uber. Akhirnya lulus jugak secara legal kan.

Macam biasa lewat jugak dapat keputusan nak drive Uber.

Hari esoknya Selasa lepas jam 5 petang baru start ber-Uber.

Hari pertama nak ber-Uber sudah tentu terlebih excited dan semestinya takut pun ada.

Yelah takut tersalah ambik orang ke. Lebih-lebih lagi kita tak kenal penumpang tu kan.

Bahaya tetap ada. Apapun sebagai Muslim, kita kan ada amalan Doa.

Bacalah, insyaAllah selamat.

So seorang je lah rider saya pada hari pertama sebab takut dah nak ambik seterusnya.

Di artikel akan datang, Asyraf akan cerita pengalaman lain ok.

Boleh kongsi artikel ni jika ia memberi manfaat dan semangat kepada
orang Malaysia  seperti anda yang baru nak buat duit sampingan dengan Uber Malaysia.

Boleh daftar Uber Malaysia disini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring

2 Comments

  1. anuar December 10, 2017
    • asyrafasri December 10, 2017

Add Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: