Skip to content

Perlu Ke Berdoa Untuk Blog?

berdoa-untuk-blog

 

Perlu ke Berdoa untuk Blog? | Kebanyakkan orang sekarang orang Malaysia lah khususnya dah pandai dan bijaksana dalam mencari rezeki di media sosial seperti facebook, instagram dan youtube.

Alhamdulillah ini satu pencapaian yang baik lah aku kira. Aku suka tengok trending pasal ni.

Sebab kita rakyat Malaysia dah ada kesedaran mencari rezeki dalam pelbagai aspek yang boleh kita cari dan capai dengan internet. Semuanya dilakukan mengikut masa yang fleksibel dan percuma je pun sebelum dapat habuan (duit komisen).


Dulu orang anggap cari rezeki cara ni macam susah. Tapi sekarang mencari rezeki dengan menulis perkataan menjadi sebuah cerita panjang atau pendek di blog adalah satu kerjaya.

Aku sangat kagum dengan kesungguhan orang seperti ini terutama Ibu-ibu yang hanya duduk di rumah. Mereka menolong suami sama-sama mencari rezeki dengan hanya berbekalkan cerita masing-masing di platform blog.

Semua orang berusaha bersungguh-sungguh nak berjaya buat duit dengan blog, hadir seminar dekat luar bayar yuran sampai RM300, seminar online RM150, pergi event sana-sini, share kad bisnes tapi lupa satu perkara yang sangat penting sebagai Muslim dan orang yang beragama untuk berjaya dalam kehidupan. Iaitu DOA.

Doa ni kita kena ingat sebagai Muslim. Bukan hanya berdoa selepas solat semata-mata saja. Kita perlu dan wajibkan diri berdoa untuk apa jua kerja, minat yang kita lakukan untuk mencari rezeki.

Berdoalah.

Mudah je kan sebenarnya? Tak susah sangat pun.


Tadah tangan berdoa. Berdoa dengan ayat dan perkataan yang simple dan kita faham. Insya Allah semoga DOA kita itu sampai kepada Allah.

Bila Masa Sesuai Nak Berdoa Untuk Blog

Ini cara aku.

Aku akan berdoa pasal blog utama aku ni dan beberapa blog yang lain :

1. Dalam sujud terakhir solat fardhu dan sunat

2. Selepas solat

3. Dimana saja aku berada. Semasa tengah drive pergi kerja hakiki (makan gaji), on the way dalam permusafiran, dan apa jua tempat aku pergi. Aku takkan lupa berdoa pasal blog.

– blog ni sebenarnya tempat aku mencari rezeki secara online. Insya Allah korang DOA kan kejayaan aku ya.

4. Dalam apa jua situasi. Bila aku teringat nak berjaya dalam blogging, aku berdoa pasal blog ni.

Doa ni mudah je. Dalam bahasa yang kita faham. Semestinya Allah tu lagi Maha Mengetahui apa yang kita hajati kan?

Doa adalah satu perkara yang mudah.

Jom berdoa untuk blog kita. Moga blog kita tempat mencari rezeki secara online ini diberkati di dunia mahupun di akhirat kelak.

Insya Allah, Amiiin …