Skip to content

Domain ni RM4 Jer Tapi Bila Nak Renew Kena Bayar RM200



Dulu masa mula-mula nak beli domain ni murah giler!! RM4 je. Masa tu gatal nampak macam murah je dah sibuk nak check out terus. Asal murah je mesti geram. Asal murah je sambar.

Alah biasa lah kita kan manusia rakyat marhaen. Asal murah je konfem cepat-cepat kena beli takut habis. Nanti bila dah takde stock, rugi lah kan?

Aku terjebak.

Domain yang aku beli ni ber ‘extension’ kan domain dot (.) online.

Aku beli domain ni dekat GoDaddy. Korang search dekat google mesti jumpa.

Memang tak dinafikan kalau nak beli domain murah especially dekat market mat saleh ni memang murah. RM1-5 tu memang akan dapat. Tapi jangan tertipu. Tengok betul-betul masa nak check out tu.

Ni bila nak renew selepas setahun. Ambik kau sampai nak kena bayar RM209.51.

Baca 10 Jenis Pengguna Smartphone Yang Selalu Singgah Blog Aku

domain-renewal-godaddy

Banyak tu.

Dah la kita semua sedang hadapi krisis ekonomi disebabkan pandemik covid19 ni.

Sudahnya, aku rasa aku akan buang domain ni. Hmmm sedihnya … tak boleh buat apa sebab mahal sangat.

Lagipun income google adsense dekat blog ni tak capai waktu matang nak cashout. Jadi aku rasa tak berbaloi laa nak teruskan.

Domain Ni Aku Fokus Untuk Blog Kerjaya

Domain extension (.) online ni aku fokus memang tulis untuk kerjaya je. Macam contoh Cara Nak Dapatkan Kerja di Sektor Kerajaan dan Swasta dan sebagainya.

Kira tu domain niche la (fokus 1 topik).

Kesimpulannya sekarang kalau ikutkan plan aku tengok pada bajet blog.

Yes, aku terpaksa lepaskan domain ni. Sedihhhnyaaaa …

So sebelum domain ni terkubur bila sampai expired date tu. Aku kena export semua data siap-siap.

Weh rugi banyak dah artikel kat blog tu.

Apapun doakan aku semoga berjaya untuk teruskan berblog.