Skip to content

Estimated Earning Google Adsense Blog Kerjaya Aku Drop. Macam Mana Nak Cashout?



Selepas diteliti dengan sebaik mungkin untuk 2 blog yang aku kendalikan seorang diri ni. Tanpa ada tim pun. Aku telah buat keputusan ..

Keputusan ini berdasarkan penelitian aku dengan sangat teliti dan lengkap (pada pemerhatian aku).

Aku tengok pada dashboard Google Adsense untuk 2 blog ni.

1 Blog yang aku tengah buat artikel ni iaitu AsyrafAsri.com.

1 lagi blog berkaitan rujukan Kerjaya ber ‘extension’ (.) online.

Baca Domain Blog RM4 Ni Aku Terpaksa Buang

Aku rasa ada yang dah tahu 1 blog Kerjaya aku ni. Bagi yang tak tahu, maaf aku terpaksa rahsiakan.

Sebab aku buat blog Kerjaya tu pun memang aku tak munculkan diri aku sebagai nama aku sebenar disitu. Jadi memang aku tulis sekadar orang tahu aku Admin untuk blog tu je.

Blog Yang Banyak Dapat Income Google Adsense

Data ni aku memang dah tetapkan setting untuk Setahun dan Sebulan.

Supaya aku nampak yang mana banyak beri sumber income untuk kedua-dua blog yang aku uruskan ni.

google-adsense-estimated-earning-reports

Blog AsyrafAsri.com blog utama aku ni memang dah lama wujud sejak 2010 lagi. Walaupun pada tahun 2017 baru lulus untuk pengiklanan google adsense. Tapi disebabkan usianya dah lama jadi tak hairanlah kalau income (earning) yang aku dapat tu lebih baik di blog niche lifestyle ni.

Blog Kerjaya (.) online yang aku uruskan ni baru je bertapak. Dah nak hampir setahun jugak guna tapi estimated earning untuk pengiklanan google adsense tu tak berapa sedap laa..

Kesimpulannya sekarang apa yang boleh buat adalah terpaksa buang blog Kerjaya tu dengan hati yang penuh rela selepas aku buat kira-kira (budget plan). Disebakan bila aku nak renew domain (.) online tu harganya ya Allah aku tak sanggup.

Aku kena renew sebanyak RM200. Pada mulanya aku beli domain tu dengan harga RM4 je.

Dah la income adsense dekat blog kerjaya tu tak berapa sedap. Hmmm sedihnyaa ..

Estimated Earning Google Adsense Blog Kerjaya Aku Drop Teruk


Kalau difikirkan secara praktikal, blog niche seperti Kerjaya dan sebagainya mestilah boleh buat duit dengan google adsense dan akhirnya boleh dapat bayaran yang boleh di cashout.

Tapi blog kerjaya aku ni tak capai apa yang aku nak.

Apa yang aku rasa lah. Mungkin disebabkan lambakan blog kerjaya yang terlalu banyak dekat Malaysia ni. Jadi blog aku jatuh menjunam ke bawah.

Kalau dapat klik dari pelawat baru pun mungkin dari 100 orang yang datang, mungkin 20-30 orang je yang klik.

Baca 5 Cara Terbaik [Updated 2020] Dapatkan Pembaca Setia Blog Yang Ramai

Dan mungkin disebabkan usia blog kerjaya aku ni tak sampai setahun jagung jadi kemungkinan nak muncul dekat search google tu ambik masa.

Niat dan tujuan aku buat blog Kerjaya tu memang nak bantu orang ramai (netizen) dapat cari kerja dengan cara aku mengiklan semula iklan-iklan dari sektor kerajaan dan swasta.

Memang blog tu fokus kearah tu je.

Okay takpelah aku dah buat keputusan aku terpaksa buang domain ni.

Tapi sebelum hilang segalanya aku kena simpan semua artikel dan transfer ke blog lain.

Tengok laaa macam mana nanti. Nanti aku cerita lagi kat korang eh