Skip to content

Pemakaian Facemask Tidak Lagi Diwajibkan Bermula 1 Mei 2022

Pemakaian-Facemask-Tidak-Lagi-Diwajibkan-Bermula-1-Mei-2022

Selepas 2 tahun kita diarahkan untuk memakai pelitup muka atau facemask mengikut SOP, kini melalui ucapan daripada Menteri Kesihatan telah mengumumkan ianya tidak lagi diwajibkan mulai 1 Mei 2022.

Ianya menjadi pilihan untuk dipakai apabila berada di luar bangunan atau di kawasan terbuka.

Walaubagaimanapun, hanya diwajibkan ketika berada di dalam bangunan sahaja.

Akan tetapi pemakaian pelitup muka masih digalakkan di kawasan luar yang sesak serta bagi individu berisiko tinggi.

Tetapi ia boleh ditanggalkan di dalam bangunan untuk situasi tertentu seperti ketika makan, bersenam seorang diri, ketika memberi ucapan di atas pentas dan lain-lain.

Melalui ucapan YB Khairy Jamaluddin dalam sidang media tersebut, beberapa kelonggaran SOP lain juga turun diumumkan antaranya ialah ..

Penjarakan fizikal tidak diperlukan lagi tetapi digalakkan ketika tidak memakai facemask

Check-in MySejahtera dimansuhkan.

Tanpa mengira status vaksinasi kini dibenarkan masuk ke premis kecuali mereka yang berstatus ‘Berisiko Tinggi’ atau di bawah HSO.

Walaubagaimanapun pemilik premis dikehendaki untuk menyemak status risiko pengunjung dalam MySejahtera.

Mereka yang positif Covid-19 boleh ditamatkan kuarantin pada hari ke-4 (biasanya 7 hari) sekiranya menjalani ujian RTK-Ag yang diselia pengamal perubatan dan didapati negatif.

Untuk pengembara yang telah lengkap vaksinasi dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dikecualikan daripada ujian pra-pelepasan dan semasa ketibaan.

Manakala pengembara yang tidak lengkap vaksinasi hendaklah menjalani ujian RT-PCR 2 hari sebelum berlepas dan ujian RTK-Ag yang diselia dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.

Perlu dikuarantin selama 5 hari.

Tambahan lagi, insuran Covid-19 tidak lagi diperlukan untuk semua pelancong yang memasuki Malaysia.

Mulai 1 Mei 2022 ini juga, senarai aktiviti yang dilarang oleh Majlis Keselamatan Negara sebelum ini telah dibenarkan.

Semua sektor ekonomi boleh beroperasi seperti biasa.

Untuk info dan keterangan lanjut, anda boleh rujuk di laman facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

.
kredit AiC

×

Install Our App Now!

Responsive image Enjoy Super fast loading for this blog ASYRAFASRI.COM
Responsive image Get Exclusive Offer
Responsive image Works Offline
Just Click Add to Home

Install Our App Now!

Responsive image Enjoy Super fast loading for this blog ASYRAFASRI.COM
Responsive image Get Exclusive Offer
Responsive image Works Offline

Just Click
& Select "Add to Home Screen"

Install Our App Now!

Responsive image Enjoy Super fast loading for this blog ASYRAFASRI.COM
Responsive image Enjoy Super fast loading for this blog ASYRAFASRI.COM
Responsive image Enjoy Super fast loading for this blog ASYRAFASRI.COM

Just Click Responsive image
& Select "Add to Home Screen"