Gaji RM3K Masih Tak Cukup Walaupun Masih Bujang ?

ASsalamualaikum Warahmatullah, Salam Sejahtera.

Gaji RM3K Masih Tak Cukup Walaupun Masih Bujang ? Pernah kan korang jumpa tajuk berita kat mana-mana akhbar tempatan dan ini sebenarnya memang berlaku kat generasi kita hari ini. Terutama golongan muda yang lahir pada tahun 1990 seperti saya.

Pantang tengok orang tu beli itu. Kita sibuk nak beli itu. Pantang tengok orang lebih sikit dari kita. Kita sibuk nak lebih-lebih. Apa hal semua ni ? .. Hahah ..

Kita kena fikir diri sendiri. Buat apa nak fikir orang. Bukan dia yang akan suka engkau pun. Yang penting engkau kena sentiasa positif.

Sebab Utama Gaji RM3K Masih Tak Cukup Setiap Bulan

Disini saya ada senaraikan 5 perkara yang ramai diantara kita masih lagi fikir nak tunjuk benda ini kat orang.
Padahal kita sebenarnya tak mampu.

RM3K. Ya, nampak banyak gaji basic kita dapat tu tapi kalau tak pandai urus kewangan keluar. Maka jahanamlah.

Kewangan keluar disini yang saya maksudkan adalah komitmen bulanan yang kita akan tolak selepas
dapat duit gaji.

5 perkara Gaji RM3K masih tak cukup untuk berbelanja setiap bulan :

1. Beli Kereta Orang Lain Mampu Kau Tak Mampu Sebenarnya

Faham ? Generasi muda terutama yang lahir tahun 1990, 1991 dan seterusnya. Ini termasuk diri saya sendiri.

Orang muda zaman sekarang pantang tengok kawan yang sama-sama baru graduate beli kereta Honda City.
Engkau pun sibuk sangat nak pakai. Hey, tanya diri sendiri. Berapa gaji basic aku sekarang? Aku stay dengan
emak ayah atau stay rumah/bilik sewa?

Kawan kita tu pakai Honda City mungkin sebab gaji basic dia RM3k dan stay dengan emak ayah. So takde komitmen lain.

Kita ni dah la stay bilik sewa dekat KL pulak tu. Sebuah bilik sewa pun paling murah RM300.

Lepas tu kita ambik Honda City bayar bulanan paling murah pun RM700. Habis. Hilang RM1K dari gaji.
Giler kentang betul.

Poin disini. Nafsu mengatasi segalanya.

2. Makan Tempat Hipster

Ini lagi satu hal. Ramai budak-budak muda suka makan kat tempat hipster. Berlagak betul ya.

Banyaknya duit kau. Tak best ke makan kat warong bangsa sendiri. Kalau korang rasa jijik kedai mamak tu.

Jom kita ambik contoh breakfast di Starbucks Coffee. Kata lah kopi yang kita minum tu saiz biasa saja dah lesap RM17 ditambah dengan roti bakar kat situ. Total RM20. Wow, banyaknya kerugian kat situ. Ya Allah terbakar poket rasa.

Lunch pulak dekat restoran hispter jugak. Sekarang ni bersepah kat bandar-bandar. Total untuk makan tengahari saja hampir RM20.

Belum lagi dinner. Ya Allah RM50-RM70 sehari kita sanggup habiskan duit. Guys, kalau kita betul-betul mampu teruskan. Kalau tak mampu tapi buat-buat mampu. Ya, sampai bila pun kita takkan mampu.

Percayalah.

3. Travel Vacation semata-mata nak selfie

Ini antara tabiat budak-budak muda suka buat. Nak ke Bangkok. Nak ke Phuket. Nak ke Indonesia.

Boleh dikatakan trend sekarang ni. 2 bulan sekali akan pergi bercuti. Giler tak rasa rugi ke duit tu kita sibuk
nak travel je kerjanya.

Kalau betul-betul mampu. Teruskan takde siapa halang selagi akhir bulan korang hanya makan maggi je.
Giler sakit perut lah then kenyang sementara. Dan tak elok untuk kesihatan jangka panjang.

Kalau bercuti setahun 2 kali its better. Saya pun selalu amalkan macam ni. Baru poket ok.

4. Stay Condo

Ha, ini satu hal yang paling ketara buat budak-budak baru nak up. Katanya kalau duduk rumah biasa like flat katanya nanti nak selfi pemandangan tak lawa.

Hello guys, rumah flat atau kos rendah jenis rumah landed setingkat kalau kita pandai hias. Beli je perabot ikea. Konfem cantik.

Google je konfem ada contoh rumah flat kos rendah yang looking mewah tapi hanya guna perobot ikea je.

Sewa bulanan kondo untuk bilik saja dah RM300 palig murah. Fikirkan.

5. Berfashion High Class

Bersepah kat luar tu sekarang ni. Walaupun murah tapi look style. Cuma kita je kena pandai pilih.

Samada nak beli dekat luar atau online fashion shop.

Jadi, 5 poin yang kita dah nampak duit kita kemana ni harap dapat dibendung lebih awal.

Semoga ia memberi manfaat untuk kita semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KONGSI :

KLIK DAN TERJAH

3 Comments

    1. Setuju setuju. Masa mudalah kena rajin cari duit. Nanti nak jaga anak orang. Woi kena saman xtaw nak jaga huhuh ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge