Skip to content

Gaji Youtuber Sugu Pavithra Dengan 597K Subscriber Dibayar RM900 Jer?

Gaji-Youtuber-Sugu-Pavithra

Sejak MCO Covid-19 ni ramai giler orang Malaysia dan penduduk seluruh dunia berpusu pusu daftar akaun Youtube untuk mendapatkan duit yang dibayar dalam matawang United States Dollar (USD).

Manakan tidak, inilah salah satu cara yang paling senang dan simple buat kerja cari duit dari rumah hanya menggunakan handphone.

Tak kisah handphone yang kita ada itu handphone murah yang dibeli dengan harga bawah RM300 saja, asalkan ada kamera versi android sudah boleh merakam dan Upload saja ke akaun youtube kita.

Inilah kehebatan dunia masa kini.

Dengan Teknologi yang semakin canggih, kita boleh bekerja dari rumah saja dengan teknologi handphone, tablet, laptop, pc yang kita ada di rumah.

Jom Kenali Siapa Sugu Pavithra

– Akaun Youtube ‘Sugu Pavithra’ merupakan hasil kolaborasi si isteri, S Pavithra 28 tahun bersama suaminya, M Sugu 29 tahun.

– Selama ini mereka hanya memasak di dalam rumah di sebuah kuarters ladang swasta, Ladang Elphil yang disediakan majikan suami Pavithra di Sungai Siput, Perak.

– Seorang suri rumah sepenuh masa yang berasal dari Buntong, Ipoh Perak berbangsa India.

– Suaminya hanya bekerja sebagai pekerja di ladang kelapa sawit.

– Mereka mempunyai dua orang anak lelaki.

– Akaun Youtube yang menggunakan nama @ Sugu Pavithra telah diikuti sebanyak 597,000 pengikut (subscriber) ketika artikel ini ditulis pada 23 Mei 2020.

gaji-youtuber-sugu-pavithra

Google Bayar Gaji RM900.00 Sahaja Untuk 597K Subscriber ??

Angka RM900.00 yang dinyatakan oleh Pavithra ini adalah betul sahih oleh empunya diri setelah mengambil gaji pertama selepas 4 bulan bekerja sebagai Youtuber sejak Januari 2020.

Beliau telah mengambil wang bayaran dari pihak Google di Pejabat Pos Besar Ipoh, Perak 4 hari lepas pada tarikh 19 Mei 2020.

Pendapatan pertama dari Google sebagai Youtuber Masakan Nombor 1 Malaysia ini telah beliau beritahu sendiri kepada pihak Astro Gempak.

Tidak dinafikan rata rata netizen Malaysia yang sudah sedia maklum bahawasanya, jika seorang Youtuber popular itu meraih subscriber 100,000 ke atas boleh mendapat pendapatan yang agak lumayan dari pihak Google.

Ini hanya boleh dilihat di sebuah laman portal pihak ketiga Social Blade.

Laman ini bukan dikelola oleh pihak Google tetapi seorang individu berpengaruh dari sebuah laman perkongsian popular digg.

Dalam masa yang sama, Pavithra mengakui tidak mustahil suatu hari nanti beliau sebenarnya boleh meraih pendapatan yang lumayan setiap bulan seperti mana yang dicakap cakap oleh pakar youtube.

Semoga perkongsian Gaji Youtuber Sugu Pavithra Dengan 597K Subscriber Hanya Dibayar RM900 Sahaja boleh memberi kita semua inspirasi untuk menjadi seperti beliau.

Share artikel ini dengan rakan rakan kita untuk sama sama meraih pendapatan sampingan dengan cara menjadi Youtuber.

.
Sumber Gambar Sugu Pavithra