Harga Rasmi IPhone 11 Di Malaysia 2019

Harga Rasmi IPhone 11 Di Malaysia 2019 | Apple iPhone 11 telah pun dilancarkan dan sekarang ia telah dijual dan boleh kita dapatkan di kebanyakan para pengedar rasmi Apple dan shopping mall seperti syarikat telekomunikasi yang ada di Malaysia ni termasuklah online shopping di Shopee dan Lazada. Ramai peminat telefon premium teruja dengan kehadiran Apple iPhone 11 ini.

iphone 11 by apple

Yang pastinya saya pun turut serta teruja. Memang teruja sangat!

Walaupun hakikatnya saya bukanlah Iphone User sebelum ini. Hanya menggunakan handphone android je. Tapi keterujaan tu lain macam la .. aduhh tak boleh jadi ni

Takut je rasa bila tiba-tiba hati berkata, ambik je pelan ansurans bulanan selama 2 tahun tu ..

Huh, serius takut sangat kalau nak ambik dengan pelan sebegini. Nampak menarik tapi takut tercekik je! Hahaha …

Apple Malaysia juga telah mula menjual telefon pintar terbaru mereka ini, iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan juga iPhone 11 Pro Max di laman web rasmi mereka.

Spesifikasi Premium Iphone 11

Apple iPhone 11 hadir dengan sokongan dwi-kamera, dilengkapi cip pemprosesan Apple A13 Bionic, menggunakan skrin 6.1-inci Liquid Retina, selain menyertakan sokongan kamera sudut ultra lebar bersama dengannya.

Manakala, Apple iPhone 11 Pro pula hadir dengan skrin 5.8-inci, dan iPhone 11 Pro Max dengan skrin 6.5-inci. Kedua-duanya menggunakan skrin OLED, dijana cip Apple A13 Bionic, menyertakan tri-kamera belakang, serta menawarkan rekaan dan ciri-ciri premium.

Dapatkan Sekarang di sini – https://invol.co/clidkd

atau

Dapatkan Juga di sini – https://invol.co/clidqd

Harga Rasmi Variasi IPhone 11 Di Malaysia

Di Malaysia, iPhone 11 ditawarkan pada harga bermula RM3399, iPhone 11 Pro bermula RM4899 dan iPhone 11 Pro Max bermula RM5299. Berikut adalah senarai harga rasmi Apple iPhone yang dijual di Malaysia:

Harga IPhone 11 Pro Max
– Apple iPhone 11 Pro Max 64GB – RM5299
– Apple iPhone 11 Pro Max 256GB – RM5999
– Apple iPhone 11 Pro Max 512GB – RM6899

Harga IPhone 11 Pro
– Apple iPhone 11 Pro 64GB – RM4899
– Apple iPhone 11 Pro 256GB – RM5599
– Apple iPhone 11 Pro 512GB – RM6499

Harga IPhone 11
– Apple iPhone 11 64GB – RM3399
– Apple iPhone 11 128GB – RM3599
– Apple iPhone 11 256GB – RM4099

Menarik ke tak harganya? Kalau okay jom kita beli ..