Hotel-Terbaik-di-Bentong

Jika anda bercadang untuk bercuti di Bentong, Pahang dan sedang mencari tempat penginapan, mungkin anda boleh tengok sini dulu senarai 5 Hotel Terbaik yang ada di Bentong, Pahang untuk tahun 2022.

Bentong bukanlah sebuah bandar besar jika dibandingkan dengan ibu negeri Pahang iaitu Kuantan. Tetapi ia merupakan bandar ketiga terbesar selepas Temerloh.

Jadi anda boleh agak ianya tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

Dahulu Bandar Bentong ni sunyi je, tetapi sekarang 1 Malaysia apabila menjelangnya hari Jumaat dan hari minggu akan terus jammed sesak sama ada dari KL nak masuk Bentong atau dari Bentong nak pulang ke Kuala Lumpur.

Kerana Bentong kini bukan sahaja terkenal dengan Genting Highland, Bukit Tinggi dan Janda Baik. Bentong kini sangat terkenal disebabkan adanya restoren melayu Lemang To’ki di tepi sungai.

Jadi sambil-sambil anda datang ke Bentong untuk singgah makan Lemang To’ki dan pelbagai jenis durian yang ada.

Anda juga boleh bermalam di bandar Bentong dengan perkhidmatan Hotel Terbaik di sekitar Bentong.

5 Hotel Terbaik Di Bentong, Pahang Untuk Tahun 2022

Dalam senarai ini, kebanyakan hotel adalah yang berdekatan dengan pusat bandar Bentong dan ia juga tidak jauh dengan tempat-tempat tarikan menarik yang ada di sekitar Bentong, Pahang.

BACA JUGA 5 Resorts Terbaik Di Bentong, Pahang

Athome-Resort-Bentong
#1. Athome Resort

Athome Resort ini berdekatan dengan restoren kedua Lemang To’ki yang terletak di tepi jalan utama menghala ke Kuala Lumpur iaitu di Kampung Benus.

Sekiranya anda datang ke sini, anda memang tak perasan langsung dimana terletaknya Athome Resort ini kerana resortnya ditutupi pagar daun dan pokok-pokok ala-ala resort.

Tujuanya satu untuk menutup pemandangan hotel ini dari melihat jalan raya di hadapannya.

Ini membuatkan anda sebagai orang luar akan rasa selesa bermalam di Athome Resort.

Jika berminat, anda boleh buat tempahan di LAZADA

Hotel-Kristal-Bentong
#2. Hotel Kristal

Hotel Kristal ini hanya terletak di belakang KFC dan disekitarnya terdapat Pasar Pagi, Stesen Bas, Pasaraya Thong Fat di hadapannya dan bangunan Tabung Haji di tepinya.

Jika berminat, anda boleh buat tempahan di LAZADA

Hotel-One-World-Lodging-Bentong
#3. Hotel One World Lodging

Antara Hotel yang menjadi pilihan orang ramai apabila tiba di bandar Bentong kerana hotel ini betul-betul berhadapan dengan Pasar Pagi, Pasaraya Thong Fat, dan akses ATM seperti Maybank dan BSN.

Jika berminat, anda boleh buat tempahan di LAZADA

Tumike-Hotel-Bentong
#4. Tumike Hotel

Antara Hotel yang menjadi pilihan utama orang ramai apabila datang ke Bentong kerana hotel ini betul-betul berdekatan dengan restoren Lemang To’ki di Batu Satu. Ianya sebuah hotel baru yang terletak di barisan lot kedai.

Selain daripada bilik yang selesa, lokasi hotel ini juga strategik. Disekelilingnya, anda boleh dapatkan akses kedai makan yang pelbagai.

Tidak jauh dari hotel terdapat juga kedai ECO RM2.20, MR. Diy, 7 Eleven, Baker Cottage, A&W dan Ramly Burger. 

Jika berminat, anda boleh buat tempahan di LAZADA

Tras-Mutiara-Hotel-Bentong
#5. Tras Mutiara Hotel

Tras Mutiasa Hotel ini juga antara hotel kedua yang menjadi sasaran utama orang ramai apabila ke Bentong untuk breakfast dan Lunch di Lemang To’ki. Ianya sebuah hotel yang sudah lama bertapak di area Batu Satu di barisan lot kedai.

Lokasi hotel ini juga berdekatan dengan kedai ECO RM2.20, MR. Diy, 7 Eleven, Baker Cottage, A&W dan Ramly Burger.

Serta di bawah hotel terdapatnya Dobi untuk kemudahan anda mencuci pakaian sekiranya ingin bermalam lebih dari 2 hari.

Jika berminat, anda boleh buat tempahan di LAZADA

Jangan Lupa Share dekat kawan-kawan dan family members okay.

BACA JUGA 17 Hotel Di Bentong Pahang Ratingnya 5 Star Dan Breakfast Included


Discover more from ASYRAF ASRI

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

By Asyraf Asri

Disini aku menulis.