Umum 1 Malaysia mengetahui bahawa permohonan pengeluaran akaun 1 i-Sinar KWSP boleh diakses dan di mohon mulai 21 Disember 2020 bersamaan Hari Isnin.

i-Sinar KWSP ini akan memberi manfaat sekitar 8 juta ahli yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Peruntukan sebanyak RM70 bilion untuk ahli yang terjejas akan di keluarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Belanjawan 2021 pada 6 November 2020 yang lalu.

Cara Mohon i-Sinar KWSP

Berikut adalah Cara mudah yang boleh diakses oleh semua ahli pencarum KWSP >>

1. Semua ahli Wajib memohon atas talian sahaja melalui  https://isinar.kwsp.gov.my/  mulai 21 Disember 2020

2. Isikan nombor pengenalan diri MyKad/MyPR dan nombor telefon bimbit dengan betul

i-sinar-kwsp

3.  Selepas isi dua (2) kotak wajib seperti nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit Tekan ” TERUSKAN ”

4. Masukkan nombor OTP yang diterima melalui SMS dan tekan ” SAHKAN OTP ”

i-sinar-kwsp-2
5. Jawab Soalan Keselamatan untuk pengesahan

6. Tetapkan Jumlah Pilihan untuk dikeluarkan

i-sinar-kwsp-3
7. Lihat gambar di atas, tetapkan Bayaran Bulanan Pertama dan Tekan ” TERUSKAN ”

8. Lengkapkan Maklumat Pemohon ( Ahli) yang Wajib diisi (tiada gambar bagi menjaga privasi)

9. Lengkapkan Maklumat Pembayaran dan Tekan ” TERUSKAN ” ( tiada gambar bagi menjaga privasi)

10. Semak maklumat Pemohon (Ahli) dan Maklumat Pembayaran sebelum Tekan ” HANTAR ”

11. Jumlah RM10,000 anda sebagai Pemohon yang memohon akan terpapar dan Tekan ” Saya Dengan Ini Mengesahkan ”

i-sinar-kwsp-4

12. Permohonan anda Diterima dan akan Diproses

i-sinar-kwsp-5

Semoga artikel Step By Step Cara Mohon & Semakan Status RM10,000 i-Sinar KWSP ini dapat membantu anda yang sedang cari cara mohon i-Sinar KWSP untuk pengeluaran ketika semua orang buat masa ini terdesak perlukan wang untuk perbelanjaan harian dikala pandemik ini.

Semoga bermanfaat.