Skip to content

Biodata Ahmad Jazlan Yaakub

Biodata-Ahmad-Jazlan-Yaakub

Biodata Ahmad Jazlan Yaakub | Jom kita kenal salah seorang ahli politik di Malaysia ini. Supaya senang nak jawab soalan exam SPA nanti. ehek

Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub ialah ahli politik di Malaysia, beliau juga merupakan bekas ahli Dewan Rakyat Malaysia yang mewakili kawasan Parlimen Machang di Kelantan dari 2013 hingga 2022.

Beliau telah menyandang kerusi Parlimen Machang selama 2 penggal iaitu 2013-2018 dan 2018-2022 mewakili parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Kini, beliau menjadi Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Dalam parti, Ahmad Jazlan merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dipilih).

Ahmad Jazlan juga pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dalam Kabinet pada tahun 2015 hingga 2018.

Buku Undang-Undang Perlembagaan Malaysia

LINK 1   |   LINK 2

Latar Belakang Keluarga

Ahmad Jazlan dilahirkan pada 30 Ogos 1964 di Jelawat, Bachok, Kelantan. Anak kepada Allahyarham Haji Yaakub bin Muhamad dan Allahyarhamah Hajah Fatimah binti Jusoh dan merupakan anak ke tiga daripada 21 adik-beradik, beliau merupakan anak lelaki sulung dalam keluarga yang besar.

Keluarga beliau berpindah ke Machang setelah mengikuti bapa beliau yang berkhidmat sebagai pendidik anak bangsa ketika itu, dan mengambil keputusan untuk terus menetap di Machang setelah bersara.

Setelah bersara, bapa beliau memulakan perniagaan yang terlibat dengan jual-beli kereta import terbesar di Kelantan, syarikat pemaju, perladangan dan memiliki hartanah yang diberi sewa kepada penduduk setempat di Machang, Bachok dan Kota Bharu seawal tahun 1980 an.

Ahmad Jazlan turut membantu bapa beliau menguruskan perniagaan seawal usia 18 tahun. Sebagai pendedahan awal, beliau sering ditugaskan untuk ke Jepun dan United Kingdom untuk memilih dan membeli kereta terpakai, dan beliau memilih untuk terus menguruskan perniagaan keluarga bagi membantu adik-adik yang masih di bangku persekolahan setelah bapa beliau meninggal dunia.

Beliau turut memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ketika itu bagi memastikan adik-adiknya tidak ketinggalan di dalam pelajaran. Ibu beliau merupakan penyeri rumah bagi keluarga besar Allahyarham Haji Yaakub yang hanya menumpukan sepenuh masa untuk menguruskan hal-hal rumah tangga dan membesarkan anak-anak.

Pendidikan

Ahmad Jazlan yang memiliki Diploma Keusahawanan (Level 4) dan Diploma Lanjutan Pengurusan Perniagaan sebelum meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan di University of West Scotland dengan tesis yang bertajuk Strategic Orientation in adopting an open approach to innovation on business performanceː A study on rural development.

Walaupun di peringkat awal beliau tidak meneruskan pengajian demi menjaga adik-adiknya yang masih kecil untuk terus belajar serta menjadi ketua keluarga, beliau amat menitik berat akan hal pendidikan dan percaya hanya pendidikan mampu merubah masa depan seseorang dan akan menjadikan sesebuah negara itu maju.

Falsafah hidup beliau antaranya, pendidikan tidak akan terhenti selagi kita bernafas.

Pengalaman Pentadbiran

Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan beliau, Ahmad Jazlan turut menjawat beberapa jawatan penting di dalam pentadbiran kerajaan, antaranya ː

2020 – 2021 Pengerusi, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

2015 – 2018 Timbalan Menteri, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)

2015 – 2016 Pengerusi, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN)

2013 – 2016 Pengerusi, Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSN)

2004 – 2007 Presiden, Kelantan FA (KAFA)

Penglibatan Sosial / Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

Ahmad Jazlan amat dekat dengan masyarakat, beliau turut dilantik oleh pertubuhan-pertubuhan untuk beberapa jawatan antaranya adalah ː

2018 – kini Penolong Kanan Pesuruhjaya Kehormat Jabatan Penjara Malaysia

2017 – kini Penolong Pesuruhjaya Kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

2017 – 2018 Timbalan Menteri Mentor Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

2017 – 2018 Timbalan Menteri Mentor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

2016 – kini Penolong Pesuruhjaya Kehormat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

2016 – kini Pengerusi Majlis Pembangunan Luar Bandar Parlimen Machang

2008 – kini Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Machang

1996 – 2001 Pengerusi Majlis Sukan Daerah Machang

1996 – 2001 Pengerusi Majlis Belia MAYC Daerah Machang

Penglibatan dalam politik

Parti UMNO

Beliau mula terlibat di dalam landskap politik Malaysia seawal usia 25 tahun dengan menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan mula mendapat kepercayaan di usia 31 tahun di bahagian Machang.

Antara jawatan-jawatan yang pernah disandang sejak tahun 1995 sehingga kini adalah ː

2018 – kini Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan

2018 – kini Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia

2008 – kini Ketua Bahagian, UMNO Bahagian Machang

2014 – 2018 Timbalan Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan

2004 – 2008 Pemangku Ketua Bahagian, UMNO Bahagian Machang

2004 – 2004 Timbalan Ketua Bahagian, UMNO Bahagian Machang

1998 – 2001 Timbalan Ketua Pemuda Negeri, Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan

1997 – 1998 Setiausaha Pemuda Negeri, Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan

1995 – 2001 Ketua Pemuda Bahagian, UMNO Bahagian Machang

.
sumber Wikipedia