Skip to content

Kat Mana Nak Beli ‘Fever Detector’

Kat-Mana-Nak-Beli-Fever-Detector



Kat Mana Nak Beli ‘Fever Detector’ | Perasan ke tak kadang kadang kita sendiri tak perasan dalam seharian tu kita boleh terkena demam panas. Tak pasal pasal terkena. Sebab apa pun tak tahu kan? Aku sendiri pun kadang kadang ada hari tu mesti terkena. Terutama bila bangun tidur. Seharian sebelum nak tidur tu, okay je suhu badan takde apa apa yang nak berlaku.

Itu yang pelik sangat! Hmmm ..sejak dari tu terus aku cari kat google kat mana nak dapatkan ‘Fever Detector’ yang ada dekat pasaran Malaysia ni. Yang paling penting fever detector jenama apa yang paling okay dan murah. Haaaa … itu yang kena cari tu !

Okay jom aku kongsikan dengan korang ..

10 Fever Detector Terbaik Malaysia

#1 Acrux Digital Thermometer 

– Termometer ini selamat digunakan untuk semua peringkat umur kerana ianya bebas daripada bahan merbahaya seperti merkuri
– Ukuran suhu yang sangat tepat selepas 20 saat korang boleh mengetahui bacaan suhu badan korang
– Ianya mempunyai sistem Auto Switch Off selepas tidak digunakan
– Beli di Shopee dan Lazada

#2 Pigeon Digital Thermometer (
Sesuai untuk bayi berusia 1 tahun ke atas)


– Semasa menggunakan termometer ini, korang disyorkan untuk menunggu selama 5 minit selepas menekan butang on/off
– Suhu bawah ketiak mudah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling, jadi ekstra 5 minit itu adalah untuk memastikan suhu yang diambil lebih tepat
– Selalu suhu badan si kecil lebih tinggi berbanding dewasa, maka suhu badannya juga bergantung kepada keadaan sebelum suhu diambil
– Jika si kecil alami demam, alarm termometer ini akan berbunyi sekiranya suhu melebih 37.8C
– Baterinya juga bertahan lebih lama sehingga 200jam dan termometer ini mudah untuk digunakan dan mesra bayi
– Beli di Shopee dan Lazada

#3 Medisana Fieberthermometer (TM700) Sesuai diletakkan di dalam mulut

– Termometer Medisana beroperasi sangat ringkas dan mudah untuk penggunaan korang
– Ianya termometer yang membaca suhu pada bahagian bawah lengan dan mulut
– Hanya dengan menekan satu butang bacaan suhu badan akan dipaparkan pada skrin dalam hanya 10 saat
– Diperbuat daripada bahan yang sangat ringan, amat mudah untuk dikendali oleh sesiapa sahaja
– Beli di Shopee

#4 Omron Digital Thermometer (MC245) Termometer kebiasaannya digunakan di Klinik Kesihatan

– Omron membantu korang untuk membaca suhu dalam Fahrenheit atau Celsius dengan tepat
– Ianya salah satu jenama yang turut dipercayai ramai tentang ketepatan dan kecekapannya dalam bacaan suhu
– Termometer jenis ini sering digunakan di klinik kesihatan dengan mengukur bacaan suhu di bawah lengan
dan akan mengeluarkan satu bunyi setelah bacaan suhu stabil
– Bersaiz ringan dan kompak, sangat mudah untuk dibawa ke mana sahaja terutamanya apabila pergi bercuti
– Beli di Shopee dan Lazada

#5 Infrared Forehead Medical Electronic Thermometer (Termometer terbaik yang boleh mengukur semua jenis suhu)


– Termometer ini terbaik untuk mengukur suhu badan dengan tepat walaupun keadaan sekeliling mampu mempengaruhi keadaan badan korang ketika itu
– Bergantung kepada jenis dan ketebalan kulit, suhu yang diukur mungkin terdapat sedikit perbezaan
Jika korang berada lama di luar dan kemudian masuk ke tempat yang berhawa dingin, pastikan termometer berada di dalam bilik tersebut 15 – 20 minit sebelum menggunakannya.
– Ini untuk memastikan suhu badan korang bersesuaian dengan keadaan bilik tersebut sebelum mengukurnya
– Beli di Shopee dan Lazada

6. Infrared Multifunction Non-Contact Digital Thermometer (Sesuai digunakan oleh semua peringkat umur)

– Elakkan daripada terkena jangkitan wabak penyakit pada musim COVID-19 ini dengan menggunakan termometer yang tidak memerlukan sentuhan secara fizikal
– Korang boleh merekod sehingga 32 bacaan sebelumnya untuk memantau keadaan kesihatan agar kekal sihat
– Skrin LCD termometer ini sangat jelas, membolehkan mengukur suhu untuk semua peringkat umur
– Termometer ini lengkap dengan fungsi penggera bahawa badan berada dalam keadaan demam korang boleh segera melakukan proses pencegahan dengan berjumpa dokter
– Beli di Shopee dan Lazada

7. Leagoo Infrared Thermometer
(Termometer infrared sesuai mengukur suhu di dahi)

– Termometer infrared ini sesuai diukur suhu badan melalui dahi sahaja
– Ianya mengukur secara tepat dalam masa 1 saat sahaja dengan jarakkan 3 – 5cm daripada dahi korang
– Terdapat juga butang untuk mengukur suhu dalam Farenheit dan Celcius serta baterinya mampu bertahan sehingga 7 hari tanpa perlu mengecas
– Jika korang alami demam atau suhu badan tinggi daripada biasa, termometer ini akan membunyi alarm tanda amaran bahawa badan tidak sihat
– Beli di Shopee dan Lazada

8. Digital Infrared Non-Contact (Thermometer Terbaik untuk mengukur suhu badan lebih tepat)


– Termometer dengan reka bentuk yang agak besar ini boleh membaca bacaan suhu badan ataupun objek di sekeliling dengan hanya perlu menukar mod pada termometernya sahaja
– Direka bersama skrin LCD yang jelas untuk memudahkan lagi pembacaan suhu
– Bahkan, ia juga termometer yang menjimatkan penggunaan kuasa
– Termometer ini sangat bagus dan berkualiti tinggi kerana akan berbunyi sekiranya suhu badan anda melebihi tahap normal
– Setiap keluarga wajib memiliki termometer jenis ini walaupun harganya sedikit mahal berbanding biasa tetapi masih berbaloi
– Beli di Shopee dan Lazada

9. Digital Non-Contact Infrared Thermometer (Termometer dengan built-in laser pointer)

– Termometer yang sangat ringan dan bersaiz kompak ini dapat mengukur suhu badan dengan tepat
– Serta skrin LCDnya memberi bacaan jelas
– Tidak menyentuh secara fizikal, termometer ini mempunyai built-in laser pointer yang membolehkan anda mengukur suhu badan pada jarak jauh
– Jika badan anda berada pada suhu lebih tinggi daripada biasa, termometer ini akan menunjukkan tanda amaran dengan menukar lampu bacaan
– Diperbuat daripada plastik ABS, termometer ini tidak mudah pecah sekiranya terjatuh
– Beli di Shopee dan Lazada

10. Fluke 59Max Infrared Thermometer (Skrin bacaan lebih jelas dan terang)

– Walaupun harganya mahal berbanding termometer biasa yang lain, kualiti termometer ini dijamin terbaik
– Dengan pengalaman melebih 65 tahun di dalam industri pembuatan alatan untuk ujikaji, Fluke telah mengeluarkan rangkaian termometer terbaiknya
– Hanya dengan jarak 1m sahaja, suhu boleh dibaca tanpa menyentuh mana-mana bahagian
– Termometer ini sangat ringan dan bersaiz kompak serta mudah dibawah kemana sahaja kerana ianya menjimatkan ruang penyimpanan
– Skrin digital yang luas memudahkan bacaan suhu dibaca dengan lebih jelas
– Beli di Shopee dan Lazada

[Dah Baca?] Modal Bawah RM50 Jer Rumah Panas Boleh Disejukkan Dengan Kadar Segera


Cukup lah dulu 10 Fever Detector atau lebih dikenali sebagai Termomoter yang femes ada dekat pasaran Malaysia yang kita boleh dapat beli dekat Shopee dan Lazada ni. Fever Detector ni memang barang wajib ada dekat setiap rumah kita. Terutama kalau pergi bercuti lagi lagi lah kena bawak, jangan tertinggal sudah.

Haaa siapa yang suka bercuti travel tu yang bawak anak kecik lagi lagi lah kena sentiasa standby fever detector ni. Jom sama sama kita jaga kesihatan bersama okay.

Sebenarnya kan fever detector ni bukan kena ada dekat rumah semata mata sepanjang masa. Sekarang kan musim covid19, selagi kita kena hidup dengan wabak ini tanpa Vaksin yang sesuai selagi itulah kita kena sentiasa berhati hati.

Share dengan kawan kawan serumah kita betapa pentingnya fever detector ni dengan tekan butang facebook, whatsapp dan twitter sekarang supaya mereka jugak alert.