Skip to content

Kelebihan Berniaga Tepi Jalan Laluan Ke Masjid. Wanita Ni Sempoi Je Pakai Exora!

bisnes-di-tepi-masjid



Kelebihan Berniaga Tepi Jalan Laluan Ke Masjid. Wanita Ni Sempoi Je Pakai Exora! | Berniaga tepi jalan adalah perkara biasa yang kita akan jumpa di seluruh Malaysia. Ia sangat sinonim dengan pengusaha atau penjual makanan yang dipelopori oleh bangsa Melayu. Ada yang jual Nasi Lemak saja, ada yang jual kueh mueh je, ada yang jual burger dan macam macam lah.

Satu kesalahan ke berniaga makanan tepi jalan ni ? Ia takkan jadi kesalahan berat jika abam abam beruniform pon seperti Polis, JPJ, akak akak office kerajaan dan swasta singgah beli breakfast setiap pagi dekat peniaga ni.

Kita kan 1 Malaysia, support each other tu satu kemestian dalam budaya kita. Tak gitu!

Yang menjadi masalah bila peniaga tepi jalan tu tak amalkan SOP kebersihan menutup makanan seperti kueh mueh terhidang atas meja. Yelah kan, di tepian jalan ni bukan saja motor yang lalu membawa asap malahan lori saiz kecil pun setiap masa lalu jalan tersebut. Konfem lah asap kenderaan yang mereka bawa itu ada bahan kimia yang sangat merbahaya kepada pembeli seperti kita yang akan menjamu nanti.

Eh, bukan asap je lah, pasir pasir yang berterbangan tu ? Haaa ..tau pun kan!

Jadi kepada peniaga peniaga makanan tepi jalan raya ni harapnya boleh la sentiasa amalkan kebersihan untuk pembeli (yang memberi duit (rezeki) kepada peniaga). Kena ingat, takde pembeli takde lah hasil jualan hari tu.

Setiap pagi mak aku suruh beli Breakfast dekat kawawan rumah ni. Dah hari hari membeli Nasi Lemak dan Kueh mueh. Rugi lah kan tak update 1 artikel pasal akak proton Exora ni.

Lama dah aku dok ushar akak ni. (maksud aku cara akak ni berniaga. Jangan pikir lain!)

Berniaga tepi jalan je. Jual pun bukan mewah sangat. Sekadar kelihatan atas meja jualannya Nasi Lemak, Mee Goreng, Kuey Teow Goreng dan pelbagai jenis kueh (aku tak gheti nak sebut, sebab tak tahu nama kueh kueh ni) makan je aku tau … hahahaha !! ..

Satu side positif yang aku nampak pada akak ni ..

Dia tak malu berniaga benda yang biasa orang jual ..

Dia jual tepi jalan je (siap renovate buat port dia sendiri je) .. tak kacau bahagian orang …

Dia pakai pelitup muka (sebelum covid19 pkp pon) .. tu kadang kadang aku pelik maybe sebab malu kot ..yang nak jaga kebersihan tu bagos lah kalau akak tu jaga untuk berdepan dengan customer dia .. tapi ni hari hari ..

..dari sudut positif aku .. mungkin akak ni pemalu tapi minda dia tetap Brilliant nak Cari Duit Mudah dengan Cara berniaga secara kecil kecilan tepi jalan ..

Okay teruskan kak. Saya sokong !! Sokong produk Muslim ..

Kelebihan Berniaga Tepi Jalan Laluan Ke Masjid. Rugi Sangat Sape Tak Ambik Port!


Okay ini kelebihan yang aku nampak sebagai seorang netizen yang sangat menjaga kebersihan diri dari segi makanan, pakaian dan tempat tinggal dan sebagainya sepanjang hidup aku lah.

1. Makanan Yang Dijual Tu Ada Keberkatan

– yelah cuba korang fikir sendiri dari sudut agama kita seorang Muslim. Berniaga dekat dekat dengan tempat ibadah seperti Masjid ni ..dia punya feel tu lain sikit ..perasan tak ?

– kita sebagai peniaga sudah tentu seorang Muslim. Jadi tak pernah lagi aku nampak agama lain dan bangsa lain akan berniaga tepi tepi Masjid ni.

– peniaga muslim tu konfem konfem akan jaga kebersihan diri sebelum, semasa menyediakan makanan dan menjual di gerai yang berdekatan Masjid. Ini adalah tuntutan agama kita agama Islam kan sentiasa bersih dalam apa jua aspek dalam kehidupan.

– perasan tak .. bukan saja orang Melayu Muslim je yang beli. Bangsa lain seperti Indian and Chinese pun beli.

– sebab apa bangsa lain beli jugak dengan peniaga Muslim tepi jalan dekat dengan Masjid ni ? Sebab diorang tahu yang berniaga dekat tepi tepi Masjid insya Allah orangnya baik dan bersih dalam agamanya. (Insya Allah itu yang kita nak harapkan dekat mana mana peniaga lah)


– jadi kita sebagai penjual kalau dah rasa nikmat Tuhan bagi ni. Kita kena bersyukur lah sebab bangsa lain percaya dengan kita.

– jadi peniaga peniaga ni kena jaga lah nama baik agama tu sendiri.

– nampak kan apa yang cuba aku sampaikan ni ?

2. Rezeki (duit niaga) Yang Dapat Tu Insya Allah Ada Berkatnya

– Aku sangat yakin orang yang sanggup berniaga dekat tapi tepi Masjid ni adalah mereka yang kuat ibadahnya. Yelah kau orang cuba bayangkan lah eh, dari pagi lepas subuh berniaga sampai ke petang lepas asar baru habis bisnes (dekat sesetengah kawasan lah)

– wanita dalam gambar ni bukak kedai nasi lemak tu lepas subuh sampai jam 10 pagi je.

– insya Allah dari sudut lain yang aku amati ..orang yang berniaga tepi Masjid ni secara automatik, ingatan ..lidah dan otaknya sentiasa berzikir (sambil sambil berniaga dapat untung dunia (duit niaga) , dapat pulak pahala sebab ibadah sunat tu.. Allahu .. hmmm  bahagianya hidup mereka mereka ni ..

Okay itu lah dia pandangan 50 sen yang aku boleh fikirkan tentang bisnes sperti ini dari seorang aku Blogger Sendu ..

Okay bercakap mengenai Akak yang pakai Proton Exora ni. Aku Kagum !


Sebabnya dah pakai kereta besar pun tetap berniaga tepi jalan. Tak malu kot!

Yelah biasanya orang orang di luar sana termasuk aku (hahahahah) dah malu dah nak buat kerja kecik kecik ni terutama tepi jalan pulak tu ..

Tapi Wanita ni sempoi jer !

Alhamdulillah bersyukur. Ini lah yang kita nak dalam industri kita. Bila dah kaya jadi hartawan jutawan tetap Humble @ Low profile.

Selamat Berbisnes kepada semua sahabat sahabat saya di luar sana ! Semoga Tuhan bersama anda selalu.