Skip to content

5 Amalan Sunat Dan Kelebihan Bulan Malam Nisfu Syaaban

5-Amalan-Sunat-Dan-Kelebihan-Bulan-Malam-Nisfu-Syaaban

Bulan Syaaban adalah bulan yang datang diantara bulan Rejab dan bulan Ramadan.

Persoalannya, adakah terdapat hadis-hadis yang menyebut akan kelebihan tersebut ataupun ia hanyalah seperti bulan-bulan yang lain ?

Di sini aku cuba untuk menyatakan beberapa hadis yang menceritakan akan Kelebihan Bulan Malam Nisfu Syaaban ini.

Malam Nisfu Syaaban adalah malam yang dianggap istimewa dalam agama Islam.

Berikut ini adalah beberapa kelebihan yang terkait dengan malam Nisfu Syaaban:

1. Malam Nisfu Syaaban adalah malam di mana Allah SWT memberikan keampunan kepada hamba-Nya yang berdoa dan bertaubat dengan tulus.

Oleh itu, kebanyakan umat Muslim yang memanfaatkan malam ini untuk melakukan ibadah, seperti solat malam, membaca Al-Quran, zikir, dan berdoa.

2. Malam Nisfu Syaaban juga dianggap sebagai malam di mana takdir manusia ditetapkan untuk satu tahun ke depan.

Oleh kerana itu, banyak orang yang memanfaatkan malam ini untuk memohon kepada Allah SWT agar diberikan keberkatan dan kemudahan di tahun tahun yang akan datang.

3. Selain itu, pada malam Nisfu Syaaban juga dilakukan tradisi membaca Surah Yaasin dan doa khusus, serta mendoakan orang yang telah meninggal dunia.

Hal ini dianggap sebagai bentuk penghormatan terhadap Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda serta sedekah untuk orang-orang yang telah meninggal dunia.

4. Malam Nisfu Syaaban juga dianggap sebagai waktu yang tepat untuk memperbanyakkan sedekah dan berbuat kebajikan.

Hal ini kerana pada malam ini, pahala kebaikan dilipatgandakan.

5. Malam Nisfu Syaaban juga dianggap sebagai malam yang penuh berkat, di mana banyak keinginan dan permohonan yang akan dikabulkan oleh Allah SWT.

Baca Juga Kelebihan Zikir “SubhanAllah Wa-bihamdihi”, Tak Sampai 5 Minit. ALLAH Ampunkan Dosanya!

Itu sebabnya, banyak orang yang memanfaatkan malam ini untuk mengajukan permohonan doa khusus ..

seperti memohon kesembuhan dari pelbagai jenis penyakit,

keberkatan dalam kehidupan,

rezeki yang tak disangka dan sebagainya.

Hadis-Hadis Kelebihan Bulan Syaaban

1# Daripada Usamah bin Zaid RA, beliau berkata: Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan sebagaimana engkau berpuasa di dalam bulan Syaaban?

Nabi SAW bersabda (maksudnya):

“Itu adalah bulan yang mana manusia sering lalai akannya iaitu bulan yang berada di antara Rejab dan Ramadhan. Bulan tersebut adalah bulan bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Rabb al-‘Alamin (Allah SWT), maka aku suka ketika amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa”.

Makna Hadis :

Di dalam hadis pertama yang diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid menunjukkan bahawa Nabi SAW lebih gemar amalannya diangkat ketika baginda SAW dalam keadaan berpuasa.

Tambahan pula, bulan Syaaban adalah bulan yang sering manusia lalai disebabkan bulan ini terletak antara dua bulan yang mulia iaitu bulan Ramadan dan juga salah satu daripada bulan Haram (Rejab).

Telah berkata Ibn al-Qayyim RA:

“Amalan diangkat dan dibentangkan kepada Allah SWT: Amalan tahunan diangkat pada bulan Syaaban sebagaimana dikhabarkan oleh Baginda SAW dan amalan mingguan pula diangkat pada hari Isnin dan Khamis”.

2# Daripada Aisyah RA, beliau berkata:

Maksudnya: “Baginda SAW biasanya berpuasa sehingga kami katakan bahawa baginda tidak akan berbuka (berpuasa terus). Dan baginda SAW apabila berbuka sehingga kami katakan bahawa beliau akan terus berbuka (tidak berpuasa terus). Dan aku tidak melihat baginda SAW menyempurnakan puasanya sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda SAW berpuasa (puasa sunat) dalam sebulan yang lebih banyak melainkan ketika baginda SAW berpuasa pada bulan Sya’ban”.

Makna Hadis :

Hadis kedua yang diriwayatkan oleh Aisyah RA menunjukkan bahawa Rasulullah SAW banyak berpuasa di dalam bulan Syaaban.

Walaubagaimanapun, terdapat sebuah riwayat yang dilihat seolah-olah bercanggah dengan riwayat ini.

Di dalam sahih Muslim:

Maksudnya: “Adapun Rasulullah SAW berpuasa pada bulan Syaaban melainkan sedikit”.

Baca Juga 7 Kalimah Yang Disukai ALLAH. Amalan Seharian Muslim.

Kesimpulan Kelebihan Bulan Malam Nisfu Syaaban

Kita dituntut untuk berpuasa di bulan Syaaban berdasarkan hadis yang dinyatakan di atas.

Ini merupakan persediaan bagi kita dalam menghadapi bulan Ramadan.

Antara hikmah kita diminta untuk banyak berpuasa pada bulan ini adalah berdasarkan hadis pertama yang dinyatakan iaitu pada bulan ini amalan tahunan kita diangkat oleh Malaikat kepada Allah SWT dan juga kita dituntut untuk sentiasa memperbanyakkan amalan soleh serta memohon keampunan kepada Allah SWT.

Akhirnya, semoga Allah SWT menempatkan kita dalam kalangan orang yang beriman dan juga orang-orang yang sentiasa melakukan ketaatan kepada-Nya. Amin.

.
Sumber IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-52: KELEBIHAN BULAN SYA’BAN