Kerja Airlines Best Kot, Kenapa Kau Resign ?

ASsalamualaikum Warahmatullah, Salam Bahagia. Salam Ceria.

Kerja Airlines Best Kot, Kenapa Kau Resign? Penulisan kali ni saja nak throwback apa yang patut
untuk korang-korang yang selalu tengok Asyraf update gambar dan video di instagram.

Hampir 7 bulan saya meninggalkan dunia penerbangan (Airlines). Boleh dikatakan ramai jugak yang dm (direct message) tanya khabar, tanya itu ini. Jenuh jugak nak menjawabnya.

Maklumlah kita bukan artis. Kita just model penerbangan untuk Malaysia Airlines je.

Bagi yang tak tahu, dulu Asyraf di MH sebagai apa dan dari mana bermula kerjaya? Okay ni nak cerita ..

Asyraf mula berjinak-jinak dengan dunia penerbangan ni lepas habis belajar di Tanah Arab dulu. Masa tu tengah cari kerja lah. Tak nak susahkan mak ayah. So kita cari la sana sini.  Mujurlah Asyraf ni blogger kan.

So macam-macam sumber online kita jumpa macam mana nak kerja kat Airport tu.

pos aviation the airport services provider

Tahun 2014 adalah tahun yang menjadi saksi dan kenangan mula-mula kita menapak kaki sebagai Airlines staff.

Ketika itu ada interview sebagai Customer Service Frontliner di KLAS (KL Airport Service). Kini KLAS dipanggil  sebagai Pos Aviation under Pos Malaysia.

Masa interview tu kita kena yakin lah bla.. bla.. bla.. kan. Dalam 2 minggu tunggu result. Alhamdulillah
dapat title sebagai Frontliner kerja di KLIA 1.

Hampir sebulan jugak kami di-train untuk menjadi pegawai khidmat pelanggan yang bertauliah ni.

Habis je training. Terus pergi on-job training (OJT) di KLIA. Ikut senior kesana-kesini. Tengok macam mana dia check-in customer dan cara dia komunikasi secara profesional dan sebagainya.

Tak sampai 2 minggu training. Emirates, Singapore Airlines dan Cathay Pacific buka interview untuk masuk jadi team.

So dari 60 orang trainee (budak-budak baru nak up). Saya masuk geng Emirates Airlines.

Al-kisahnya dari 20 orang yang hadir interview ketika itu. Saya diantara 10 orang saja yang terpilih
untuk menjadi team EK.

Okay cukup sampai sini. Nanti Asyraf cerita lagi di artikel akan datang okay. hahah …

Berbalik kepada tajuk asal kita Kenapa Resign Kerja Airlines ?

Ini Jawapannya …

1. Mak Abah Paksa Berhenti Jika Dapat Tawaran Lebih Better (#kerjaGomen)

2. Dapat Bertakbir di Hari Raya dan Makan Makanan Raya Puas-Puas

3. Office Hour, Sabtu Ahad Off

Sedih kan ? Yes sangat sedih. Tapi Rezeki Allah tu luas. Takpe sabar je.

p,s: Di Emirates Airlines 1 tahun setengah + di Malaysia Airlines 1 tahun setengah. Jadi dalam
dunia penerbangan ni ada 3 tahun experiences.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
VIRAL KAN
  • 760
    Shares

KLIK DAN TERJAH

25 Comments

    1. Setuju sangat dengan Mama. Duit bukan segalanya. Kasih sayang itu lebih penting. Nilai love itu lebih mahal dari harta benda.

    1. Betul tu bro Bahrain. Terbaik ! Kata-kata dan nasihat parents is the best. InsyaAllah rezeki lebih better after resign tu .. (sedih)

    1. Sebenarnya sangat sayang Kak. Giler banyak benefit kot. Kalau kerja under Emirates stay Dubai lagi laa saya tak nak lepaskan pekuang begitu saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge