Kerjaya Call Center Cara Untuk Pandaikan Diri Berkomunikasi Dengan Baik

ASsalamualaikum, Salam Hormat.

Ini cerita lama. Tapi saya nak cerita jugak sebab ada beberapa orang cari jawapan dekat blog saya ni
macam mana nak kerja “Call Center” untuk mana mana syarikat.

Ini proses bila customer call pasal talian phone dan internet problem.

Customer Call : ‘Kring kring … (2 minit kemudian) .. automatik disambung ke bahagian operator yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi.

Call Center akan pickup call bila bip (bunyi) di headset masuk :

Kalau robot bagitahu ‘English’, maksudnya saya kena cakap bahasa Mat Saleh la.

Kalau robot bagitahu ‘Bahasa Melayu’, maksudnya saya kena ready bahasa kita.

Jadi ini serba sedikit pemahaman anda nak faham macam mana situasi Call Center Agent bekerja.

Okay tanpa membuang masa yang sedikit tapi sangat berbaloi sebenarnya saya terus kepada point penting :

Kerjaya Call Center Cara Untuk Pandaikan Diri Berkomunikasi Dengan Baik

Kerjaya Call Center Cara untuk mahirkan diri berkomunikasi dengan sopan. Ya inilah yang cuba saya
tekankan di sini.

3 Point Anda Belajar dari Kerjaya Call Center.

1. Cara Greeting (pembuka kata telefon)

Apabila call masuk ke headset seorang call center.

Apabila robot inform you : English ! (serta bunyi bip)

Call Center terus sambut customer ..“Thank you for calling TM, I am Asyraf. How can i help you?”
– so ini basic skrip you all wajib hafal.”

Sebab apa kena cakap Terima kasih ? Yelah payah kot customer nak reach kita. Kena tekan itu ini
(arahan robot kadang kadang buat kita rasa lamanya nak cakap dengan CC ni, padahal masalah kecik
je pun kan)

Bab Greeting ni you all akan di ajar dalam masa sebulan training (yang ini sebab fresh) di HQ.
Kalau dah ada experiences kerja skop CC. Just take only 1 or 2 weeks je. Depends on company ok.

Masa Greeting ni wajib cakap dengan nada sopan. Tak kisah you all lelaki ke perempuan apatah lagi.

Walaupun .. korang bukanlah sesopan kat luar tu. heheh ..

Tapi bila masuk kerja. Letak je Headset tunggu call masuk. Terus korang kena fake. Hahah (ini real ok)

2. Cara Jawab Pertanyaan Masalah Customer Hadapi

Customer tanya : “Encik Asyraf, telefon saya ok, tapi internet problem. Semua lampu merah je.
Macam mana ya? “

Call Center akan jawab (seperti saya kata tadi di point satu) dengan sopan dan profesional.

Jawapan Call Center kepada customer : “Untuk info Encik Sinclair, internet di kawasan perumahan
encik memang mengalami masalah connection. Jadi dalam seminggu ini pihak kami sedang dalam pembaikan port  di kawasan yang terjejas. Jika masalah sudah selesai, secara automatik sistem kami akan beritahu encik
akan hal ini atau kami sendiri akan call encik.”

(ini jawapan orang yang dah mahir dengan sistem call center okay) heheh ..

Alah senang je, you all kan dah ready buka semua sistem untuk fix all type of issue. Just search kod area,
konfem jumpa jawapan.

Tapi sebelum kerja nanti, kalau korang sampai sejam awal ke center. Buka pc masing masing study sikit pasal
berita terkini yang dah disediakan oleh pihak company.

So nanti kepala korang akan set negeri itu daerah ini yang mana terjejas. So be ready ok.

Sistem nowadays canggih gila. So masuk kerja semua dah ready just nak cakap apa yang patut je.

Tapi ingat kesopanan tatasusila bercakap haruslah profesional.

3. Cara Akhiri Perbualan Telefon Dengan Customer

Bila semua isu you all dah setel kan. Dan customer pun dah mula happy korang dapat tolong customer
(..walaupun isu itu masih tergantung)

Penutup call center agent biasanya : “Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu, Cikpuan Maria ?”
– wajib tanya

Jika customer kata no.

Penutup call Wajib berakhir dengan “Terima kasih kerana menghubungi Telekom Malaysia.”
(nada sopan dan senyum)

Dah setel. Senang je tak susah pun.

Yang penting masa you all dah dapat kerja Call Center ni. Training sebulan tu korang akan belajar
product info company lah. TM ke, Astro ke, Lazada ke dan lain lain lah.

Okay cukup setakat perkongsian Asyraf untuk artikel Kerjaya dalam blog ini.

Asyraf akan kongsikan lagi apa skop kerja call center dan macam mana nak apply dan pastinya macam mana
nak lulus interview untuk pertama kali hadir.

Asyraf pasti korang terhibur dengan cerita ni sebab korang terjumpa info kat blog Asyraf ni,
mohon SHARE dekat media sosial supaya orang lain yang nak tahu skop kerja ini juga Happy giler giler
macam you all.

Note : ini pengalaman Asyraf pernah bekerja Call Center Agent (TM100) pada tahun 2015
(1 tahun contract)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
VIRAL KAN

4 Replies to “Kerjaya Call Center Cara Untuk Pandaikan Diri Berkomunikasi Dengan Baik

    1. Yes betul sangat!

      Kita dibayar sebab sembang sembang je. Sangat mudah.

      Masuk kerja on time. Duduk kat PC sendiri, letak headset ready tekan ON Call .. tu je .. sangat mudah.

      Sampai waktu .. balik.

      Penguasaan bahasa akan sangat baik bila bekerja kat Call Centre environment ni.

      Ia akan menjadikan kita seorang manusia yang tahu macam mana nak hormat orang di luar sana dalam pelbagai keadaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge