Skip to content

Khutbah Jumaat 21 Februari 2020 Bertajuk “Sakaratul Maut”

khutbah-jumaat-jakim-2020

Khutbah Jumaat Hari ini bertajuk “Sakaratul Maut”.

Jemaah yang biasanya dah rasa mengantuk terkesima seketika bila Imam memberitahu tajuk ni di kawasan tempat aku tinggal.

Aku macam biasa fokus je. Sebab kite budak baik kan.

So tak nak tunjuk terkejut sangat sebab tak nak rasa bongkak. hehe …

Alhamdulillah banyak input informasi ilmu baru aku dapat hari ni dari Masjid tempat aku stay.

[Dah Baca Ke?] 5 Amalan Hari Jumaat Umat Islam. Rugi Tak Amalkan !

Kesakitan ketika mati (sakaratul maut) tu ibarat seekor haiwan sembelihan disembelih.

Lebih senang cerita, pernah ke korang tengok atok dan ayah korang sembelih ayam nak buat satay?

Ayam tu mengelupor lompat sana sini kat semak lepas kena sembelih tu… haa macam tu lah rasanya

Tapi Sakaratul Maut manusia ni Allahua’lam (Allah saja Maha Mengetahui).

Ibarat macam kita sembelih daging korban Hari Raya Aidil Adha. Haaa .. macam tu lah kot

Serius aku tak dapat bayangkan bila sampai waktunya nanti.

Imam ada bagitahu banyak banyak lah berdoa pada Allah setiap kali solat.

Doa tu dalam Bahasa Arab Hadis Nabi Muhammad.

So aku memang tak ingatlah hadis mana satu.

Tapi aku penah dengar dari alim ulamak yang femes kat youtube Ustaz Azhar Idrus, kalau kita tak mampu berdoa dalam bahasa Arab.

Kita doa je dalam bahasa yang kita faham.

..”Ya Allah, permudahkanlah sakaratul maut ku nanti”..

Macam biasa lah, jemaah lain memang rasa tajuk ni macam menakutkan tapi berguna.

So semua pandang khusyuk kat Imam Khutbah.

Tapi aku pandang sejadah je. hehe …

Kalau korang rasa nak hayati tajuk tajuk Khutbah Jumaat secara Online dengan membaca lebih details dekat phone korang atau laptop korang.

Meh sini aku share ..

Klik Sini untuk membaca tajuk khutbah jumaat  – http://www.islam.gov.my/e-khutbah

Klik Sini untuk download pelbagai ebook islamik – https://t.me/c/1928388884/3

Semoga Bermanfaat.

Jangan Lupa SHARE dekat saudara semuslim kita artikel Khutbah Jumaat 21 Februari 2020 Bertajuk “Sakaratul Maut” ni okay. 🙂

.
Kredit Gambar: About Islam dot net