Kopi Kena Injection

ASsalamualaikum, Salam Peminat Kucing.

Baru baru ni Asyraf balik kampung. Ya Tuhan makin kesian tengok si budak pandai, paling
baik paling manja ni kena ragging dengan abang dia si Susu.

Makin teruk belakang badan si Kopi ni luka sana sini merah sampai keluar darah. Ya Allah ..
(keluar air mata jap)

Untuk pengetahuan korang, Asyraf ada dua (2) ekor anak kucing kesayangan nama 2 beradik
ni Kopi dan Susu. Maknya dah takde lari cari jantan entah mana mana hilang.

So tinggallah 2 ekor jantan ni bersama famely kami. Ada lah hikmah tu kan emaknya lari tak nak
susahkan fameli ke kan. Hahah ..

Ok berbalik kepada tajuk asal artikel ni. Si Kopi Kena Injection.

Yeh, memang kena inject lah ceritanya. Teruk sangat kekdahnya.

Kalau kornag tengok luka kat badan si Kopi ni .. herMmmm …

Syukurlah Klinik Haiwan dekat dengan rumah dalam 5 minit je perjalanan.

Sampai je. Macam biasa keluarkan lah si Kopi dari kereta bawak masuk klinik. Mula mula tu dia
macam takut Meow .. meow ..

Tapi, bila duduk atas meja rawatan khas untuk kucing. Huh, lega memang budak baik si Kopi ni.
Yeyyy, happy !

Sebab dah hampir setahun tak bawak pergi klinik veterinar ni.

Okay je si comey ni nak jumpa Dokter ye. Chayangg dia ..

Mungkin si Kopi ni fikiran dia waktu tu “tak kira aku nak sihat jugak!” ..

Petugas Veterinar tu bagitahu kucing awak ni takde kena jangkitan yang tak elok seperti Sporo.

Huh lega. Takut jugak kan ? Yelah fakta sporo ni :-

1. Nak rawat ambik masa lama

2. Kos mahal giler

3. Lebih baik matikan je kucing dari merawat sebab banyak habis duit je

Jadi Dokter pakar kucing ni bagitahu lah kucing awak ni hanya kena jangkitan kuman sebab bergaduh
dengan kucing lain. Bila dah luka dengan kotor makanya terhasil lah luka luka berdarah.

Konklusinya, Docter pun bagi lah injection kat bahagian belakang si Kopi ni.

Okay je si Kopi tak meronta. Lagi sekali nak cakap ; Chayaang Kopi !!

Dokter pun bagi ubat sapu luka setiap kali kering je sapu. Ubat tu namanya Iodin.

Dokter jugak nasihat lepas 10 hari bawak semula, doc nak inject apa entah.

Takpe nanti Asyraf balik kampung semula ok.

So ketika artikel ni ditulis sudah masuk hari ke 4. So tinggal lagi 6 hari counting days nak tengok si Kopi
sihat sejahtera seperti dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring
  • 1
    Share

4 Comments

  1. Elih Japahar January 18, 2018
  2. encikhafiz.com January 8, 2018
    • asyrafasri January 9, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: