Kopi Susu Sudah Besar Makin Sado

ASsalamualaikum Warahmatullah, Salam Bahagia.

Kopi Susu Sudah Besar Makin Sado. Kejap. Korang tahu ke apa yang saya cuba cerita ni ? huhu ..

Okay. Asyraf ada kucing kesayangan dari kecil, mereka ni terberanak dari perut ibu kucing namanya Owning.

Hahah nampak tak ayat tu ‘terberanak’.

Maka muncullah panggilan Kopi dan Susu.

Kopi sebab bajunya hitam dan kasutnya putih.

Susu pulak opkos lah putih tapi bulu-bulunya ada warna hitam keperangan.

Kopi Susu Kucing Kesayanganku Yang Sado

Hahah .. Sado ?

Ya, sado macam abang-abang gym tu.

Lebih sado dari tuannya. huhu (malunya)

Sado yang saya cuba maksudkan disini ialah kucing namanya Kopi dan Susu ni makin gemuk dan manja.

Sudah lah gemuk manja pulak tu.

Paling geram sekali bila si Kopi pandang kita buat muka manja. Korang rasa nak bagi penumbuk ke ..
nak cium ?

Kalau Asyraf akan picit-picit hidung dia dulu dan peluk erat-erat then cium kat muka dia.

Geram !!

Paling geram bila balik kampung time weekend selepas penat bekerja di bandar metropolitan KL.

Jenama Cat Food untuk Kopi dan Susu ?

Okay, sebenarnya Asyraf tak berapa tahu sangat sebelum ni nak bagi kucing yang kita betul-betul
jaga ni makan apa ?

Jadi google lah.

Dan tanya kawan-kawan yang bela kucing.

Google dan kawan-kawan bagitahu untuk bagi kucing :

1. Makan waktu pagi kenyang sampai petang
2. Lepas makan main-main terus tidur kepenatan (berdengkur)
3. Untuk bagi cepat membesar walaupun kucing masih kecil selepas habis tempoh menyusu ibu
4. Untuk melawakan bulu kucing nampak lebat dan bersinar
5. Bila dah selalu bagi makan, konfem cantik ensem je ..

Bagi makan Royal Canin dan Blackwood.

Royal Canin tu Asyraf beli versi pilihan untuk Kitten. Bagi je makan untuk si Ibu dan anak-anak.

Konfem mak ngan anak sampai menjilat kuku. hihi .. comel je tengok depa kenyang.

Asyraf dah usha kat beberapa kedai sekitar Kuala Lumpur dan opkos paling mudah beli online
melalui Lazada.

Untuk pengetahuan korang. Tapi rasanya korang pun pandai memilih tempat nak restock makanan kucing kan ..

Sudah tentulah, berat kg setimpal dengan harga kita bayar.

Maksudnya nak beli tu tak teragak nak keluar duit untuk si comel.

Macam Asyraf sendiri. Komitmen makanan kucing memang terhad RM100 je.

Duit 100 ni pun dah banyak giler melayang. Dengan ekonomi tak menentu.

So kita kena pandai menggunakan duit.

Okay cakap pasal kat mana nak dapatkan makanan kucing yang mudah ni kalau online of course lah paling
mudah kebanyakan rakyat Malaysia pun dah tahu nak shopping kat mana.

Jadi sama-samalah kita shopping di Lazada.

Lagipun Lazada ni setiap 1 jam akan buat promotion. So harganya memang tiptop mampu nak beli.

Kalau nak mudah untuk korang. Klik link The Cheapest Cat Food Only at Lazada Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KONGSI :

KLIK DAN TERJAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge