Kucingku Sahabat Syurgaku

ASsalamualaikum Warahmatullah, Salam Sejahtera. Salam Ramadhan.

Siapa sini peminat dan pencinta kucing ?

Kalau anda minat sangat bela kucing dan jaga kucing dengan baik. Yes, kita sama.

Ada diantara kita disini yang berpengalaman dengan haiwan kesayangan Nabi Muhammad iaitu Kucing sudah
lama dalam industri. Wah kerlas ayat. Hahah ..

Macam saya sendiri kalau ikutkan suka dan minat sangat kecomelan kucing ni sejak kecil lagi.

Tapi ada rasa kasih sayang untuk pelihara kucing macam manusia ni sejak di peringkat Universiti.

Ketika itu, di kawasan asrama memang banyak dengan kucing-kucing yang berkeluarga (ibu kucing dan anak-anak)
dan kucing terbuang berseekor. Senang citer keseorangan. Kan mudah bahasa nak faham. Kahkah.

Jadi, disitu timbul perasaan alah siannya kucing ni. Dengan kotor bajunya (bulu kucing) dan tak makan lapar
sangat. Sejak tu saya ambik kucing terbuang tu bawak masuk rumah asrama. Mandikan dan bagi makan.

Bila kucing dah bersih wangi serta ceria je. Mula la perasaan kesian pulak kalau aku biarkan kucing ni
terbiar semula. So mulalah drama melayu ketika itu. Huh !

Kucingku Sahabat Syurgaku

Saya tak dapat nak letak gambar kucing kesayangan yang saya amat sayang masa belajar di Arab dulu.

Disebabkan external harddisk dah kena virus terus tak boleh guna. Dalam tu macam-macam gambar kenangan
masa belajar saya masih simpan rapi. Dah cuba beberapa kali buat sendiri (try error) dan rujuk kawan
pakar IT di tempat kerja tapi masih tak berjaya sehingga kini.

Korang ingat pasal Virus Ransomware yang melanda Malaysia bulan lepas (bulan May 2017 macam tu) ?

Yes, time tulah external harddisk and my company laptop terkena virus gila tu.

Jadi jika sesiapa disini yang tahu pakar-pakar godam (White-Hacker) kat Malaysia ni
sekitar Kuala Lumpur Selangor tahu nak fix-kan masalah harddisk saya ni.

Boleh pm di ruangan komen ya. Memang berharap dapat balik file tu semua. Ya Allah kenangan kot.

Terima kasih kalau korang sudi tolong saya.

Okay berbalik kepada Tajuk Utama artikel Kucingku Sahabat Syurgaku.

Saya akan attach-kan jugak gambar kucing terkini yang kami (mak,ayah,adik) bela
mereka dari kecil dan anaknya masa tu baru lahir. Saya beli dari Tokey restoran masa kerja
Call Center TM dulu.

Ibu kucing namanya Owning diberi siap-siap oleh Tokey Restoran. Kami call centre agent ni bila
lunch time memang akan makan kat kedai tu. Sebab pelbagai hidangan. Dan sedap giler.

Pada masa tu Owning (ibu kucing) merayau-rayau sekitar restoran untuk menunjukkan dirinya
yang cantik molek tu.

Saya pun apalagi , minah mana pulak ni. Cantiknya ! Wow .. Hahahah ..

Kesimpulannya, lepas seminggu asyik makan kat situ. Hari terakhir kerja sebelum
offday 2 hari. Saya tanya Tokey restoran. Rupanya memang Tokey Melayu ni sedang
tunggu pemilik kucing.

Ya Allah , apa lagi kan. Terus ambik hari tu jugak dan sanggup bayar RM500 untuk seekor ibu kucing
dan anak-anak kucing yang masih kecil dan semua gebu like kucing parsi.

Tapi seriusly saya bagitahu korang, Ibu kucing ni memang keturunan campur / mix kampung malaysia
dan parsi serta siam. Kira dah bercampur teruk la.

Patut la lawo giler.

Perkembangan Owning dan Anak-Anaknya

Alhamdulillah sudah hampir 2 tahun bersama. Owning makin banyak buat kilang. Hahah ..

Makin ceria disamping 2 ekor dari 3 ekor anaknya (mati sebab tak cukup nutrisi ketika tu).

Time tu sedih giler. Sebab si betina tu dah la lawo macam mak dia. Tapi mati macam tu je.

Usianya dah hampir 3 bulan. Serius, sedih tak dapat tengok dia membesar.

Bersyukur saya jugak, 2 ekor jantan hitam dan putih campur ni pembersih , pandai jaga diri (tak main jauh-jauh)
dan manja giler. Sabor jelah.

Hope mereka terus istiqamah / berterusan hidup bersama kami di kampung.

Moga amal jariah kita sebagai manusia untuk mereka makhluk Allah mendapat keberkatan
dunia dan akhirat. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge