LOKA Malaysia Hub Fesyen Selebriti Terkenal Dunia Kini

LOKA Malaysia, Hub Fesyen Selebriti Terkenal Dunia Kini | Selalu ke pergi NU Sentral ? Ada pernah dengar atau terlihat butik LOKA Malaysia? Haaa kalau korang selalu lepak atau shopping atau window shopping kat NU Sentral, mesti korang perasan akan keberadaan LOKA Malaysia ni. LOKA Malaysia berada di tingkat 1 NU Sentral, dan benar-benar bersebelahan dengan butik H&M. Asyraf sendiri memang selalu jugak ke NU Sentral untuk shopping, makan-makan, lepak dan tengok wayang. Almaklumlah, lokasi NU Sentral tu memang strategik, berdekatan dengan kebanyakan public transport. Paling penting dekat je dengan rumah .. hehehe … Asyraf kerap jugaklah perasan butik LOKA ni tapi sekali pandang je, mata mesti akan pandang tempat dan butik yang femes je tak pandang LOKA. Tapi kali ini pandangan Asyraf sangat terkejut rupa-rupanya LOKA ini bukan butik biasa-biasa. Jom ikuti perkembangan terkini mengenai LOKA Malaysia. Ewah ..

blogger-of-the-year-goloka-malaysia

Baru-baru ini Asyraf berkesempatan ke majlis Meet & Greet Bersama LOKA Malaysia. Kebetulan memang masa itu percuma saja. Jadi memang okay sangat Asyraf join. Mana tahu kedatangan ini boleh jugak ketahui lebih lagi tentang apa yang dijual dekat LOKA Malaysia. Awalnya Asyraf sangkakan LOKA Malaysia ni merupakan sebuah butik yang mengeluarkan produk pakaian dibawah jenama LOKA sendiri. Jujurnya seikhlasnya, sangkaan Asyraf sangat meleset sama sekali! LOKA Malaysia merupakan hub fesyen yang menggabungkan jenama-jenama tempatan termasuk jenama-jenama dari selebriti popular dalam negara kita. Ketika majlis Meet & Greet tersebut, turut diadakan mini fashion show bagi pakaian yang dijual di butik LOKA Malaysia. Eh, sempat jugak mata ni curi-curi pandang model yang meragakan pakaian yang ada di butik LOKA. Yang penting kamera phone dah sedia untuk merakam memori yang ada.

model-pakaian-goloka-malaysia

- LOKA Malaysia Hub Fesyen Selebriti Terkenal Dunia Kini
Untuk pengetahuan bersama, LOKA Malaysia menempatkan hampir 60 jenama fesyen serta gaya hidup tempatan digabungkan di bawah satu bumbung. Orang melayu dulu-dulu cakap atap. Banyak kan? Jika tidak salah apa yang diberitahu, konsepnya lebih kurang macam vendor boutique. Perbezaannya, LOKA Malaysia berjaya menjalankan operasi butik mereka di pusat beli-belah ternama di Kuala Lumpur. Yelah, biasa kita lihat vendor boutique lain beroperasi di premis berasingan seperti rumah kedai dan sebagainya. Ini satu perkara yang sangat baik dalam industri perniagaan yang diterapkan LOKA Malaysia.

model-ionascarf-goloka-malaysia
model-kunyit-power-Avaa-Vanja-Goloka-Malaysia

Apa yang menariknya semasa event diadakan, kelihatan kehadiran ke majlis Meet & Greet tersebut ialah beberapa artis tempatan yang turut mengambil bahagian dalam menempatkan jenama mereka di gedung fesyen LOKA Malaysia. Antaranya ialah Raja Ilya, Avaa Vanja, Normah Damanhuri, Didie Alias, dan ramai lagi. Apa yang Asyraf suka, happy dan tertarik tentang LOKA Malaysia ialah ianya berusaha mengetengahkan jenama-jenama tempatan sebaris dengan jenama antarabangsa di pasaran pusat beli-belah. Dengar-cerita, di masa akan datang pihak LOKA Malaysia akan turut membawa jenama-jenama tersebut ke peringkat antarabangsa. Untuk Asyraf, ia satu tujuan yang sangat bagus untuk masa depan ekonomi negara tercinta kita. Tahniah Loka Malaysia !

branch-goloka-NU-Sentral
- LOKA Malaysia Hub Fesyen Selebriti Terkenal Dunia Kini

Mesti korang tak sabar nak tahu apa jenama yang terdapat di butik LOKA Malaysia ? Jenama yang dihidangkan untuk pengunjung adalah Georgeous dan Precious Luxe daripada Rozita Che Wan, WD Exclusive daripada Wak Doyok, Fazbulouscom daripada Fazura, Tumeric Mask daripada Avaa Vanja, Abam Brands daripada Abam Bocik, dan Raja Ilya Edition daripada Raja Ilya. Tambahan lagi, turut mengambil bahagian adalah Erma Fatima menerusi jenamanya Khalif, Asyraf Zainal, Akma Xclusive by Akma AF, Iman Hood, Iona Scarf, Bateklah, Mariamah, Sambal Merican, Wardrobe.IM, Kuih Raya Salina Saibi, Blaugrun dan banyak lagilah. Eh, lebih baik korang singgah dan tengok sendiri okay !

outlet-goloka-NU-Sentralkoleksi-pakaian-maskulin-goloka-malaysia

NU Sentral melaporkan, seramai 2.2 juta pengunjung telah masuk-keluar-masuk pusat beli-belah ini setiap bulan dan telah mendapati bahawa hampir 50 juta pengunjung dalam negeri serta luar negara membanjiri NU Sentral. Ini satu berita yang sangat baik untuk pertumbuhan ekonomi bersama terutama golongan artis Malaysia membawa jenama mereka pergi lebih jauh.

koleksi-kasut-branch-goloka-malaysia
- LOKA Malaysia Hub Fesyen Selebriti Terkenal Dunia Kini

Beringatlah korang semua, masuk NU Sentral Jangan lupa singgah LOKA Malaysia okay !

www.goloka.my
Instagram : @loka.malaysia
Facebook  : facebook.com/LOKAMalaysia
Phone : +603-22764128 / +603-22764129

- LOKA Malaysia Hub Fesyen Selebriti Terkenal Dunia Kini
- LOKA Malaysia Hub Fesyen Selebriti Terkenal Dunia Kini

- LOKA Malaysia Hub Fesyen Selebriti Terkenal Dunia Kini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring

Add Comment

CommentLuv badge
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: