Macam Mana Nak Kerja Di Airport? 5 Saluran Ini Korang Boleh Apply!

Macam Mana Nak Kerja Di Airport? 5 Saluran Ini Korang Boleh Apply! | Ada yang teringin dan berangan nak kerja di Lapangan Terbang (Airport)? Lebih-lebih lagi dapat bekerja di KLIA 1 atau KLIA 2.

Saya pasti korang yang baca artikel blog ni teruja kan? Tak perlu malu okay. Saya cuba bantu korang yang nak sangat kerja di Airport.

cara nak kerja di airport

Hasil dari pengalaman saya pernah bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dulu. Kini saya sangat berminat nak share dengan korang yang tengah mencari cara macam mana nak kerja di Airport. Sebenarnya cara yang saya nak kongsi ni bukan asing lagi. Ada yang sudah tahu tapi tak ambik tahu. Bila dah resign tempat kerja lama atau terasa nak tukar kerja baru terhegeh-hegeh nak google kan ..

Saya harap perkongsian dari hati ke hati ini Macam Mana Nak Kerja di Airport dapat membantu korang yang mana boleh korang masuk dalam industri penerbangan khususnya.

Syarat & Kelayakan Nak Kerja Di Airport

Untuk pengetahuan korang yang masih lagi tak tahu dan pening lalat syarat dan kelayakan yang macam mana korang boleh cuba untuk bekerja di Airport. Ini antaranya yang saya boleh kongsikan :

1. Berumur 18 tahun ke atas
2. Sihat Tubuh Badan
3. Kelayakan pelajaran serendah PMR dan keatas SPM
4. Boleh memahami dan bertutur Bahasa Inggeris dengan baik (walaupun korang cuba rojakkan komunikasi dengan orang asing)
5. Tiada rekod jenayah

Saya harap korang boleh faham lah syarat dan kelayakan yang mudah ni. Tak susah pun, bukan mereka mintak sijil degree atau diploma tertentu dalam bidang penerbangan dan aviasi.

Oh ya sebelum terlupa. Dan sebelum korang akan banyak tanya saya itu ini. Baik saya jelaskan bagi korang sebaiknya syarat dan kelayakan nak bekerja di Airport seperti yang saya huraikan dekat atas tu.

Tengok syarat nombor 3 dan 4.

Syarat nombor 3. Serendah sijil PMR korang boleh mintak tetapi berkemungkinan bukan bekerja dalam Airport. Korang akan bekerja di luar kawasan Airport contohnya di bahagian kargo dan pembersihan kapal (airplane cleaner).

Syarat nombor 4. Pertuturan korang yang masih lagi tidak lancar boleh je kerja di Airport tetapi bukan dalam company Airlines. Berkemungkinan akan ada jawatan di kedai-kedai serbaneka yang ada di sekeliling airport (dalam aircond).

Saya harap korang faham syarat nombor 3 dan 4 itu okay.

Mungkin korang akan tanya. Macam mana kalau syarat nombor 3 dan 4 itu, Alhamdulillah syukur saya ada sijil SPM dan keatas serta fasih berbahasa Inggeris dengan Cemerlang.

Bagi korang yang ada kelebihan ini. Korang boleh bekerja di dalam syarikat penerbangan (Airlines Company) dan sebagainya yang berada dalam kawasan Airport.

5 Saluran Laluan Mudah Kerja Di Airport

Okay bila korang dah faham syarat yang saya terangkan tadi tu. Kini jom saya kongsikan 5 Company yang ada di Airport yang mana korang boleh cuba mintak kerja di syarikat tersebut :

1. Malaysia Airports

2. Malaysia Airlines Berhad

3. Air Asia

4. Malindo Air

5. FireFly

Klik Link yang saya berikan tu okay. Sebabnya setiap link saya letakkan siap-siap untuk korang masuk ke bahagian career department.

Moga bermanfaat. Jangan Lupa share link artikel ini dekat kawan-kawan saudara mara ya.

Terima Kasih …