Skip to content

Macam Mana Nak Kerja Di Airport? 6 Saluran Ini Boleh Apply! [UPDATED 2023]

Macam-Mana-Nak-Kerja-Di-Airport

Ada yang teringin dan berangan nak kerja di Lapangan Terbang (Airport)?

Lebih-lebih lagi dapat bekerja di KLIA 1 atau KLIA 2.

Saya pasti korang yang baca artikel blog ni teruja kan?

Tak perlu malu okay.

Saya cuba bantu korang yang nak sangat kerja di Airport seluruh Malaysia.

Hasil dari pengalaman saya pernah bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dahulu.

Pengalaman sebagai Airlines staff itu adalah dari tahun 2014 sehingga akhir 2016. 

Kini saya sangat berminat nak share dengan korang yang tengah mencari cara macam mana nak kerja di Airport.

Sebenarnya cara yang saya nak kongsi ni bukan asing lagi.

Ada yang sudah tahu tapi tak ambik tahu.

Bila dah resign tempat kerja sekarang atau terasa nak tukar kerja, baru terhegeh-hegeh nak google kan ..

Saya harap perkongsian dari hati ke hati ini Macam Mana Nak Kerja di Airport dapat membantu korang yang mana boleh korang masuk dalam industri penerbangan khususnya.


JANGAN LUPA BACA

1. Berminat Ceburi Kerjaya Pemandu Peribadi VVIP? Ambik Tahu SYARAT UTAMA Sebelum Apply!
2. Wanita Ini Sempoi Je Pakai Proton Exora Berniaga Tepi Jalan Jual Nasi Lemak Kueh Mueh
3. Teringin Nak Buka 1 Bisnes Kedai Kopi Ala Starbucks? Wajib TAHU 5 JENIS KOPI POPULAR DALAM BISNES KOPI
4. Pasangan Suami Isteri Ini Bergaji RM5000 SEHARI Hanya Buka CAR WASH. Jom Cari Duit!
5. Susah Nak Dapatkan Sesuatu Pekerjaan? AMALKAN 3 JENIS DOA AMPUH INI

Syarat & Kelayakan Nak Kerja Di Airport

Untuk pengetahuan korang yang masih lagi tak tahu dan pening lalat syarat dan kelayakan yang macam mana korang boleh cuba untuk bekerja di Airport.

Ini antaranya yang saya boleh kongsikan :

1. Berumur 18 tahun ke atas

2. Sihat Tubuh Badan

3. Kelayakan pelajaran serendah Penilaian Menengah Rendah (PMR) @ Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan keatas sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

4. Boleh memahami dan bertutur Bahasa Inggeris dengan baik (walaupun korang cuba rojakkan komunikasi dengan orang asing)

5. Tiada rekod jenayah

Saya harap korang boleh faham lah syarat dan kelayakan yang mudah ni.

Tak susah pun, bukan mereka mintak sijil degree atau diploma tertentu dalam bidang penerbangan dan aviasi.

Melainkan jawatan di syarikat penerbangan (Airlines) itu yang membuka jawatan, barulah sijil diploma atau degree yang mereka akan lihat sebagai kelayakan basic untuk jawatan yang diiklankan.

Dah Baca? Kolej Penerbangan Malaysia Ini Antara Kolej Diiktiraf MQA dan CAAM

Oh ya sebelum terlupa.

Dan sebelum korang akan banyak tanya saya itu ini.

Baik saya jelaskan bagi korang sebaiknya syarat dan kelayakan nak bekerja di Airport seperti yang saya senaraikan dekat atas tu.

Tengok syarat nombor 3 dan 4.

Syarat nombor 3. Serendah sijil PMR @ SRP, korang boleh mintak tetapi berkemungkinan bukan bekerja dalam indoor Airport.

Korang akan bekerja di luar kawasan Airport contohnya di bahagian kargo (ramp service) dan pembersihan kapal (airplane cleaner).

Syarat nombor 4. Pertuturan korang yang masih lagi tidak lancar boleh je kerja di Airport tetapi bukan dalam company Airlines.

Berkemungkinan akan ada jawatan di kedai-kedai serbaneka yang ada di sekeliling airport (dalam aircond) dan airport cleaner seperti 7e. 

Saya harap korang faham syarat nombor 3 dan 4 itu okay.

Mungkin korang akan tanya. Macam mana kalau syarat nombor 3 dan 4 itu ..

“..Alhamdulillah syukur saya ada sijil SPM dan keatas (diploma, degree) serta fasih berbahasa Inggeris dengan Cemerlang..”

Bagi korang yang ada kelebihan ini.

Korang boleh bekerja di dalam syarikat penerbangan (Airlines Company) dan sebagainya yang berada dalam kawasan Airport (indoor Airport).

6 Saluran Laluan Mudah Kerja Di Airport

Okay bila korang dah faham syarat yang saya terangkan tadi tu.

Kini jom saya kongsikan 6 Airlines Company yang ada di Airport Malaysia yang mana korang boleh cuba mintak kerja di syarikat tersebut :

1. Malaysia Airports

2. Malaysia Airlines Group

3. AirAsia

4. Batik Air (previously known as Malindo Air)

5. FireFly

6. Pos Aviation (previously known as KLAS)

Klik Link yang saya berikan tu okay.

Sebabnya setiap link yang saya letakkan di atas dah saya siap-siapkan untuk korang masuk ke bahagian career department.

**   JOIN GRUP TELEGRAM KERJA AIRPORT SECARA PERCUMA DISINI   **

Semoga artikel Macam Mana Nak Kerja Di Airport ini dapat menjadi panduan berguna kepada anda dan kawan-kawan yang lain yang sangat berminat kerja di mana-mana Airport seluruh Malaysia.

Moga bermanfaat.

Jangan Lupa Share Artikel ini dekat kawan-kawan saudara mara ya.

Terima Kasih …

15 thoughts on “Macam Mana Nak Kerja Di Airport? 6 Saluran Ini Boleh Apply! [UPDATED 2023]”

  1. Suami sbelum ni pernah kerja airport subang n klia bhagian baiki lori tenker..bawah cmpony newwin…skrg dah hbis cntract..tggu panggilan utk cmpny bru xpanggil pn..mcam mna nk join apa cmpony pn bleh..

  2. Hi Asyraf,

    Nak tanya,kalau kita dapat offer kerja kat Airport:
    1.biasanya mereka sediakan tempat tinggal tak?

    2.If no,di mana biasanya nak sewa berdekatan KLIA ?

    3.Memang kena ada kenderaan sendiri kalau kerja disana atau Airbus Helicopters ?

    Terima Kasih .

  3. Maaf saya ingin bertanya bagaimana ingin memohon kerja sebagai ramp agent di Airport…terutama di Airport Senai, Johor

  4. Nak tanya la, saya ada apply kerja in airline but dia cakap kena prepare RM500 for admission fee. Kalau kerja airline, mmg macam ni ke ?

  5. Untuk PERTANYAAN – Dan05 –

    Untuk bekerja dalam mana2 bidang di sektor Aviation @ Airlines tak perlu bayar sesen pon.

    Bahkan mana2 pekerjaan pon tak perlu keluarkan kos. Jika perlu keluarkan belanja paling murah RM500 dan sebagainya, itu mungkin Kursus bersijil (tempoh kursus dalam 1, 3 atau 6 bulan duration kursus).

    Sekiranya kursus sesuatu pekerjaan tersebut memang ada Linked dengan syarikat tempat kita akan kerja, Yes itu satu kelebihan in-future (lepas abes Kursus terus boleh kerja).

    Sekiranya kursus tersebut tidak ada Linked antara boleh percaya atau tak itu je. Yang penting kena banyak bertanya pada pihak2 berwajib.

    Please Jangan tertipu dengan Scammer2 yang menipu kita hidup2.

    Ingat tu jangan kena tipu.

    RM10 kalo kena tipu pon kita dah rasa geram, apatah lagi jumlah yang lagi besar kan? Ingatlah..bukan awak saja yang geram, saya pon geram jugak Scammer2 macam ni ..

Comments are closed.