Skip to content

Masuk 10 Malam Terakhir Ramadan, Apa Nak Buat?

Masuk-10-Malam-Terakhir-Ramadan-Apa-Nak-Buat

“Masuk 10 malam terakhir Ramadan, apa nak buat?”

1. Doa banyak-banyak

2. Baca Quran & hayati maksud

3. Solat isyak & subuh berjemaah

4. Solat sunat tarawih & witir bersama imam sehingga habis

5. Bersedekah walaupun sikit setiap hari

6. Banyakkan diam dan berzikir

7. Tidur secukupnya, tidak berlebihan sepanjang hari

8. Berhenti buat perkara lalai / sia-sia

9. Makan iftar & sahur berpada-pada

10. Doa mohon keampunan

Perbanyakkan doa yang diajarkan Nabi selepas solat atau pada bila-bila masa, siang dan malam:

اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

[Lafaz: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni]

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.”

Baca Juga Checklist 10 Amalan Terakhir Ramadan Yang Dikongsikan Ustazah Asma Harun

“Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua.”

Paling kurang, pilihlah satu dua amal yang paling kita suka.

Amalan favourite tu buat, buat, buat!

Berterusan walaupun sedikit!

Moga-moga amal berterusan kita dikurniakan peluang beribadah dalam Lailatul Qadar. Allahumma amin.

.
sumber Tip Produktif Ramadan