Minta Doa Yang Baik Baik

ASsalamualaikum Warahmatullah, Salam Kemuliaan.

Dalam kehidupan sehari hari kita pernah tak setiap kali berjumpa dengan sesiapa sebelum
kita berpisah, orang yang kita jumpa tu sengaja menyuarakan minta doa dari kita ?

Ayat yang kita selalu dengar;-

“Bro, doakan aku tau.”

“Wey, jangan lupa dalam sujud doa untuk aku.”

“Ikram, whatever it is i am. Just DOA yang baik baik, OK !”

Apa jawapan kita atau pendapat peribadi kita apabila seseorang yang kita jumpa
tu saja saja minta kita doakan ?

Bagi mereka, nak senang tak perlu nak mention doa spesifik untuk kita doakan.

Bagi mereka, cukup seperti dialog di atas ; “Ali, doakan aku.”

Kalau kita yang jenis kuat drama sedih. Jenis hati lembut ..

Mesti terfikir kenapa dengan kawan aku ni ?

Apa tanda tanda ni.

Hakikatnya dalam kehidupan kita bermasyarakat memang amalan berjiran dan berbuat baik
sesama jiran itu satu kemestian.

Sebabnya banyak. Rasanya kita boleh fikir sendiri.

Fikir secara logik, konfem tercetus juga jawapan itu.

Antara sebab sebab positif orang itu suruh kita doakan yang baik baik antaranya :

– Seseorang Itu ..

1. Terlalu banyak dosa samada besar atau kecil
2. Terlalu banyak hutang sana sini
3. Hidupnya sempit dengan pelbagai komitmen
4. Familynya porak peranda
5. Rezeki susah nak masuk
6. Segala kerja yang dilakukan ada yang tak kena
7. dan.. banyaklah yang kita boleh fikirkan sendiri

Daripada Ibnu Umar RA, Rasullulah SAW berkata maksudnya :
“Doa yang paling segera dimakbulkan ialah doa secara ghaib
(tanpa pengetahuan orang yang didoakan itu).”

(Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).

Think positive apabila seseorang itu mahu kita ‘Doakan yang Baik Baik’.

Kita yang berfikiran waras ni boleh tersentak sendiri di hati, mungkin dia ..

Oh takpelah.

Niat saja dalam hati selepas berpisah tu.

“Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan dia.”

Kalau nak lagi better, doalah apa apa sahaja dalam lingkungan perkara yang baik.

Moga disebabkan kita mendoakan seseorang itu.

Tuhan makbulkan terus DOA kita tanpa hijab.

(Allah, Allah. sedih sayu rasa)

Disebabkan positifnya fikiran kita ketika itu, bukan saja doa kita kepada seseorang itu makbul.

Apa sahaja doa yang kita hajat kepada Allah.

InsyaAllah mudah je segala urusan kita.

Soalan cepumas ;

Pernah anda dapat permintaan sebegini rupa ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring

5 Comments

  1. akubiomed December 31, 2017
    • asyrafasri January 1, 2018
  2. encikhafiz.com December 31, 2017
    • asyrafasri January 1, 2018
  3. Anuar December 30, 2017

Add Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: