BISNES CAR WASH : Tahukah Korang Modal Buka Car Wash Bermula RM20k Sahaja! | Ya Betul, untuk membuka sebuah kedai cuci kereta atau kita juga panggil bisnes car wash, kos yang kita perlukan hanyalah serendah RM20k sebagai permulaan bagi yang betul-betul berminat nak jalankan bisnes ini bagi tempoh yang lama.

Jom kita fahami dan hayati perkongsian 16 Poin Penting Tuan Haryzat berkenaan kos buka car wash.

..Saya memang minat nak buat bisnes car wash ni dari dulu. Ya bisnes yang saya minat semua bisnes cap ayam je. Bukan bisnes fancy-fancy dan glamour..

..Jadi sebelum betul-betul nak buat saya pergilah sedut ilmu 3-4 orang pemilik pusat car wash yang berjaya..

Pernah sekali pemiliknya seorang aunty cina yang Sales bisnes car washnya dalam RM120,000 sebulan..

Semalam pula saya berjumpa dengan Ah Long!

Haa yang ni betul-betul nama dia Ah Long bukan Ah Long yang ceti tu. Ah Long ni dia pengurus kepada rangkaian car wash S-S yang mempunyai 70+ rangkaian pusat car wash. Dia bukan pemilik tapi pengurus.

Dia uruskan lebih 70+ pusat car wash bos dia. Antara tugas dia ni adalah untuk pantau semua sales branch pusat car wash di bawah jagaan dia.

Kalau sales tak sampai target beliau lah yang kena fikirkan jalan macam mana nak naikkan sales jadi sampai kepada target yang ditetapkan.

Jadi semalam adalah lebih 2 jam saya belajar insight tentang bisnes car wash dari Ah Long disertakan sekali dengan data-data dan angka-angka report jualan dan operasi yang beliau tunjukkan.

Dah Baca : Best Ke Bisnes Car Wash

bisnes-cuci-kereta

Jadi saya sharelah sikit input-input yang saya dapat semalam:

1 – Modal untuk buka satu pusat car wash yang boleh menjalankan aktiviti cuci kereta dan juga polish dan coating adalah dalam lingkungan RM20,000 sehingga RM30,000.

2 – Kos overhead sebulan operasi untuk satu pusat car wash yang mempunyai 10 orang pekerja dan seorang branch supervisor adalah sebanyak RM40,000 sebulan.

3 – RM40,000 tu tadi termasuk kos RM500 duit kopi pada pegawai majlis, RM500 duit kopi lain-lain pihak dan juga RMXXXX untuk abg kawasan bagi yuran keamanan!

4 – Sales yang ditetapkan sebulan bagi satu-satu pusat car wash adalah sebanyak paling minima RM47,000 sehingga RM70,000 sebulan.

5 – Sales sehari paling selamat bagi satu pusat car wash mesti dapat dalam RM2,000.

6 – Income utama adalah datang dari jualan pakej ahli RM1999 2 tahun bagi pakej 4 layer wax yang diberi percuma sebanyak 6 kali.

7 – Walaupun income utama datang dari penjualan pakej ahli namun benda yang paling penting untuk dapat jual pakej tersebut adalah membuatkan ramai orang untuk masuk cuci kereta dahulu.

Maknanya kena pastikan ramai orang datang untuk cuci biasa yang RM12 tu dahulu. Bila customer dah masuk cuci kereta baru boleh offer upsell pakej.

8 – Mereka pernah tutup 8 branch mereka kerana sales amat teruk. Setelah mereka kaji punca utamanya adalah apabila branch manager mereka tak ambil customer untuk cuci kereta biasa/atau hanya layan mereka yang nak jadi pakej ‘member’ sahaja.

9 – Jadi setelah itu mereka ubah strategi yang mana pelanggan bukan ahli pun boleh cuci kereta mereka di pusat car wash mereka tetapi dengan harga yang berlainan.

10 – KPI sales ‘cucian biasa’ yang mereka perlu capai adalah dalam 900-1000 kereta sebulan bagi satu cawangan.

11 – Selain itu perkata paling penting yang mereka perlu selamatkan adalah memujuk supaya customer yang dah jadi member RM1999 untuk renew semula pakej mereka selepas 2 tahun.

Kena jadikan repeat customer. Itu duit in advance dan sales yang dah confirm.

12 – Pastikan beroperasi di premis yang proper dan pastikan ada proper brand. Jangan operasi di bawah pokok kerana susah nak berkembang katanya.

13 – Benda paling susah nak uruskan adalah pekerja, Nak kena sediakan tempat tinggal pekerja dan sediakan makan minum staff bangla, myanmar, vietnam supaya mereka tak lari.

14 – Kedua susah adalah nak dapatkan tempat hot -iaitu premis di kawasan parking kereta shopping mall. Kalau dapat tempat di parking mall yang TOP kiranya macam Jackpot.

15 – Tak perlu takut nak buka car wash dalam satu-satu kawasan walaupun dah ada lebih dari 10 pusat car wash lain di situ.

Dia kata kalau branch manager ramah, talak sombong, cakap elok-elok, kilija buat kereta customer takda tipu – mesti sales akan datang juga. Kunci utamanya adalah PR (public relation).

16 – Gunakan chemical dan barang yang kualiti. Jangan guna yang murah. Memang boleh untung dan jimat tapi customer yang pandai nilai akan lari.

Macam mana? Rasa terbakor ke tak nii bila dah tahu Tip-tips yang dikongsikan ni sangat membantu kite untuk buka bisnes cuci kereta.

Apalagi jom laa buat duit untuk kaya dan berjaya dunia akhirat!