Nadias Hotel Cenang Langkawi Hotel 3 Bintang Terbaik Di Kawasan Strategik

Nadias Hotel Cenang Langkawi Hotel 3 Bintang Terbaik Di Kawasan Strategik | Aku suka bermalam dekat sini sebab 1 perkara. Perkara itu adalah keseronokan dunia. Hahah…ayat tak boleh blah. Tapi korang mesti nak tahu apa keseronokan dunia itu kan?

Jom aku kongsikan apa yang menarik sangat apabila korang tidur di Hotel Nadias di kawasan Cenang ini.

View-bilik-Deluxe-Twin-Nadias-Hotel-Cenang-Langkawi

Semua orang tahu. Terutama orang Malaysia lah Cenang ni adalah kawasan atau lubuk pusat beli belah barangan Cenderahati dan banyak tempat menarik yang terdekat di dalam kawasan ini. Korang hanya perlu jalan kaki je. Jangan malas. Tak perlu naik Grab okay. Walaupun Grab dekat kawasan ini bersepah sana sini tunggu lambaian korang tu. hehehe…

Eh, kejap. Apa sebenarnya aku nak cerita dengan korang ni? Aduh, panjang pulak bebel ya. Okay jom aku share sikit apa yang menarik sangat dekat area Cenang ni.

Nadias-Hotel-Cenang-Langkawi-booking
Sampai tertulisnya artikel Nadias Hotel Cenang Langkawi Hotel 3 Bintang Terbaik Di Kawasan Strategik. Haaa, mesti korang terfikir-fikir apa yang strategiknya dan diiktiraf sebagai Hotel yang terletak elok dekat Cenang ini.

Sebenarnya untuk pengetahuan korang, TripAdvisor (world’s largest travel community) telah mengiktiraf Nadias Hotel ini The Best Hotel 3 Star in Strategic Area.

Jadi aku ingin mengiakan pengiktirafan mereka dengan point-point penting yang aku akan share dengan korang dekat sini.

Mohon hadam ya. hehehe…

Fakta Menarik Nadias Hotel Cenang Langkawi :

1. Sebuah Hotel 3 Bintang yang mengamalkan sikap profesional dalam setiap aspek pengurusan hotel.
– yang ini aku sebagai customer dapat jejaki dan rasakan setiap staff mereka telah di-train dengan ilmu customer service yang bertaraf 5 bintang. Walaupun hotel ini adalah hotel 3 Bintang.
– jadi sepanjang aku disana. Segala pertanyaan dan layanan staff Hotel Nadias sangat friendly dan aku rasa macam family je berborak.

Starbucks-OldTownWhiteCoffee-bersebelahan-dengan-Nadias-Hotel-Cenang-Langkawi-Booking-sekarang

2. Nak makan fast food dan bergaya ala-ala mewah bak budak-budak muda zaman sekarang baru nak-up. Ya, Nadias Hotel Cenang adalah hotel 3 Bintang terbaik yang dekat dengan tempat-tempat sebegini.
– korang nak tahu apa? Starbucks dan Old Town White Coffee.
– ya aku tak tipu. Sebelah hotel je.
– jangan naik Grab Car okay.
– beberapa langkah kaki je pun.
– gambar berbicara ya. Mohon tengok betul-betul.

3. Berdekatan dengan aktiviti-aktiviti laut.
– pada siang hari korang boleh main JetSki atau apa saja lah aktiviti pantai yang disediakan.
– pada malam hari pula. Korang boleh tengok pertunjukkan Abang-abang Pantai main api. Aku dah lupa apa nama permainan tu. Tapi best sebab bukan selalu dapat tengok.
– lagi sekali aku ingatkan, tak perlu naik Grab Car ya.
– jalan kaki je pun. Betul-betul depan Nadias Hotel Cenang ni.

Okay, aku rasa Fakta Menarik NADIAS HOTEL CENANG LANGKAWI ini telah memberi sedikit pencerahan dan buah fikiran dekat korang apabila nak bercuti di Langkawi nanti.

Terutama ibu bapa yang bawak anak-anak yang dah terbiasa makan fast-food sejak dari kecil lagi. Jadi Nadias Hotel Cenang adalah pilihan yang bijak.

Selain itu, apa yang menarik perhatian aku apabila bermalam di Nadias Hotel Cenang ini adalah akses nak ke tempat-tempat popular seperti Under Water World dan nak ke Rumah Urut tersangatlah dekat.

Lagi sekali aku ingatkan, tak perlu naik Grab Car. Jalan kaki pun best. Sebab macam-macam benda korang boleh tengok dekat kawasan Cenang ni. Kira kawasan ni macam Bukit Bintang KL lah.

Kolam-Renang-Nadias-Hotel-Cenang-Langkawi

Seperti Hotel-hotel lain yang berada di kawasan Cenang ini. Apa yang aku nak highlight kan ialah Swimmng Pool. Ya, ia berada di belakang Nadias Hotel. Jadi tak perlu khuatir jika ibu bapa yang membawa anak kecil menangis tak henti sudah. Boleh bawa mereka ke kolam renang yang disediakan di tingkat bawah sekali sebaris dengan Café Nadias Hotel.

SPA-full-body-Nadias-Hotel-Cenang-Langkawi

Antara Fasiliti yang agak menarik bagi aku untuk sebuah Hotel 3 Bintang dekat area Cenang ini. Di tingkat atas sekali. Atau lebih dikenali sebagai Rooftop. Mereka menyediakan Lounge Bar dan Spa Urut badan.

View-Lounge-Bar-Nadias-Hotel-Cenang-Langkawi

Terutama korang yang tak suka nak berjalan jauh dan suka akan privasi. Maka bolehlah pergi ke Rooftop mereka untuk aktiviti menikmati malam hari yang sejuk oleh angin-angin Cenang bersama orang tersayang. Cewaahhh!

View-RoofTop-Nadias-Hotel-Langkawi

Jika korang dah puas shopping coklat. Terutama jenama Daim tu. Dan esok lusanya nak pergi aktiviti air atau kemana-mana lah sekitar Langkawi tu kan. Segala coklat yang korang beli itu bolehlah diletakkan di dalam peti ais mini yang disediakan di setiap bilik Nadias Hotel.

Jadi tak perlu takut Coklat yang awal-awal korang beli tu cair macam tu je kan. So boleh lah simpan dahulu biar ia kesejukan. Hahah…

Sebelum terlupa, nak ingatkan Nadias Hotel Cenang Langkawi ada menyediakan perkhidmatan penghantaran dan jemputan kenderaan khas dari Hotel ke Airport dan begitulah sebaliknya. Tapi ingat, perkara ini haruslah dibuat booking semasa sebelum datang ke Langkawi ya.

DAH BACA : Satu-Satunya Resort Terapi Terbaik Tidur Di Atas Sawah Padi

Model-Nadias-Hotel-Cenang-Langkawi
Lot 977, Pantai Cenang, 
Mukim Kedawang
07000 Langkawi, Kedah
Tel     : +604 – 955 1401 
Faks  : +604 – 955 1405
Emel : sales@nadiashotel.com

www.nadiashotel.com

 

The Langkawi Travelogue is brought to you in a collaboration between Borakkita Media / Travelogue Malaysia and The Influenzas team.. supported by LADA. Thanks to our main sponsors – Mega Watersports, Umgawa Legendary Adventures, Sea Splash, Crocodile Adventureland, Ombak Villa, Nadias Hotel, Smiling Buffalo, Huggin’ Hippo….

As well as.. The Cliff Langkawi, Anytime Holidays, Sky Trex and the Royal Langkawi Yacht Club

- Nadias Hotel Cenang Langkawi Hotel 3 Bintang Terbaik Di Kawasan Strategik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring
  • 10
    Shares

Add Comment

CommentLuv badge
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: