NIDA Rooms Live to Explore Tawar Harga Serendah RM50 Untuk Sebuah Bilik Hotel

ASsalamualaikum Warahmatullah, Salam Sejahtera. Salam 1 Malaysia.

NIDA Rooms Tawar Harga Serendah RM50 untuk Sebuah Bilik Hotel. Betul ke kenyataan ni?Mengikut website rasmi NIDA Rooms , mereka cuba memperkenalkan satu visi Lowest Price Guarantee and NIDA Quality Assurance.

Untuk pengetahuan anda, NIDA Rooms diterajui oleh Kaneswaran Avili. Beliau seorang Ketua Pegawai Eksekutif dan CoFounder Global Rooms Limited. Jawatan terakhir sebelum menubuhkan NIDA Rooms, beliau memegang jawatan Ketua Pegawai SpiceJet di India.

Beliau juga sebahagian orang-orang besar yang membangunkan Air Asia dan TuneHotels.

Live to Explore Tagline Rasmi NIDA Rooms

NIDA Rooms sangat mengiakan tagline mereka iaitu mahu masyarakat merasai kenikmatan
yang ada didunia ini dengan mudah dan murah. Apa yang kamu rasa, mereka juga mahu rasa.
Apa yang kamu makan, mereka juga mahu kita makan.

Tagline NIDA Rooms ni memang bermakna sangat kalau kita cuba baca sehingga faham apa yang disampaikan.

Dalam erti kata lain, NIDA Rooms mahu menyediakan servis yang mampu dimiliki oleh semua orang
untuk merasai kepuasan itu.

Seperti artikel post yang telah ditulis sebelum ini RM60.50 Saja Bermalam Di Mana-Mana Hotel NIDA ROOMS. Artikel tersebut saya telah share-kan beberapa gambar menarik di hotel bawah kelolaan NIDA Rooms.

Jom kita tahu lebih lanjut VISI UTama NIDA Rooms ..


Lowest Price Guarantee Promised by NIDA Rooms

Mengikut pengalaman saya menggunakan perkhidmatan online booking hotel melalui Agoda. Harga disana juga sangat membantu saya untuk memilih hotel bajet yang cantik luaran dan selesa tambahan pula duit pun berbaloi-baloi.

Begitu juga dengan NIDA Rooms. Mr. Kaneswaran Avili mahukan perkhidmatan servis untuk
mana-mana hotel bajet kendaliannya hanya dibayar pada harga mampu mengikut kapasiti , reka bentuk
dan nilai bajet sesebuah hotel tersebut.

Beliau juga berkata, apabila anda menempah dan tinggal bersama kami, kami mahu anda mendapat apa yang anda mahu, pada kadar yang paling rendah.

Dan pasti janji CEO nya, Mr. Kaneswaran Avili berkata lagi jika anda menempah hotel dengan mereka. Mereka akan pastikan bayaran yang dikenakan termasuk tax hanya pada kadar terendah yang pastinya berbaloi dan puas hati.

Sekiranya anda mendapati harga yang lebih rendah untuk hotel dalam talian yang sama di mana-mana laman web pelayar yang layak dalam masa 24 jam membuat tempahan Bilik NIDA anda, kami akan mengembalikan anda 2X perbezaan (sehingga RM 60 per malam) dalam nilai kupon untuk tempahan di lain hari anda di NIDA Rooms.

Maksudnya NIDA menawarkan bilik Hotel 1 malam hanya RM60. Dan pada masa sama anda membuka servis online lain seperti Agoda dan lain-lain. Harganya lebih kurang sama seperti yang ditawarkan NIDA Rooms. Mereka akan beri anda kupon bersamaan 2 kali ganda harga bilik untuk booking di masa akan datang hanya di NIDA Rooms.

Wah, bestnya ! Kalau macam tu saya pun nak.

Tapi peringatan bersama ya. Ada terma dan syarat NIDA Rooms sudah terbuku :-

Dalam masa 24 jam selepas tempahan dibuat, anda boleh bagitahu NIDA Rooms jika terdapat isu
itu anda jumpa beritahu mereka dengan syarat seperti berikut :-

1. Hotel in same locality. Means hotel bajet yang serupa tapi hanya dalam alamat yang sama.

2. Dalam tempoh yang sama. Tarikh booking yang sama.

3. Bilik yang sama. Jenis bilik yang sama.

4. Kuantiti orang dalam bilik yang sama.

5. dan macam-macam lagi yang dinyatakan .. di website NIDA Rooms.

5 Values Propositions by NIDA Qualuty Assurance

Mana-mana hotel di dunia ini samada bajet mahupun mewah menawarkan prinsip ini
di premis perniagaan mereka. Tetapi ada juga beberapa hotel bajet yang kita telah pergi luar nampak
best tapi masuk bilik tidur hampeh.

Jadi NIDA Rooms memperingatkan mana-mana company yang berdaftar di bawah mereka apabila menawarkan servis hotel untuk customer, mereka wajib mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Ibaratnya NIDA Rooms adalah sebuah vendor yang besar untuk mana-mana Hotel bajet yang ingin buat duit lebih dalam perkhidmatan pelancongan dan perhotelan. Mereka sudah patuh kepada Terms and Conditions yang telah digazet-kan.

5 Nilai yang Diterapkan NIDA Rooms untuk Hotel-Hotel mereka ialah :-

1. Get Refreshed. Boleh mandi dengan air hujan yang bersih dan pancutan airnya kuat serta ada air panas semasa membersihkan
tubuh.

2. Sweet Dreams. Apabila customer tidur pada malam hari, bilik Hotel di bawah NIDA Rooms sentiasa dalam keadaan selesa untuk
bermimpi indah.

3. Stay Connected. Wifi sangat penting kemana saja kita berada hari ini. Orang bisnes orang kebanyakan semua perlukan jalur lebar
internet yang baik.

4. Clean Room. Bilik sentiasa dalam keadaan kemas. Sebelum customer check-in dan check-out untuk memastikan customer lain dapat merasai nikmat yang sama di bilik tersebut.

5. Stay Cool. Aircond sangat penting terutama duduk dalam bilik hotel yang privasi dan tertutup. Jadi hotel-hotel dibawah  NIDA Rooms sentiasa kemaskini Aircond mereka dalam keadaan baik untuk customer.

Konklusinya, betullah kata CEO NIDA Rooms sendiri. Tagline mereka hanya satu “Live to Explore”. Semua orang boleh merasai nikmat yang sama.

Jangan lupa baca perkongsian Asyraf pasal artikel review hotel MoonNight by NIDA Rooms.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
VIRAL KAN

KLIK DAN TERJAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge