Skip to content

Panduan Membeli Insurans Kereta Terbaik

Panduan Membeli Insurans Kereta Terbaik | Kepentingan Insurans Kereta. Memiliki insurans kereta adalah penting untuk kesenangan pemilik pada masa akan datang. Melalui perlindungan insurans kereta, seseorang pemilik kenderaan tidak akan rasa terlalu terbeban apabila sesuatu berlaku pada diri sendiri atau kenderaan kelak. Sekurang-kurangnya kos tersebut akan ditanggung oleh pihak syarikat insurans yang mana secara tidak langsung mengurangkan beban pemilik.

Perkara yang anda perlu tahu mengenai Roadtax

Roadtax adalah wajib – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mewajibkan agar semua pemilik kenderaan untuk memiliki LKM yang juga disebut sebagai roadtax untuk kenderaan digunakan di atas jalan raya.

Pemilik kenderaan perlu memperbaharui insurans dan roadtax sebelum ia mencapai tarikh luput.

Pemilik kenderaan digalakkan untuk memperbaharui insurans kereta dan motosikal serta roadtax 2 bulan sepelum tamat tempoh.

Artikel Berkaitan: Soalan Yang Sering Ditanya Ketika Membeli Insurans Kereta

Jenis-jenis Perlindungan Insurans Kereta

1. Insurans Kereta Komprehensif

Insurans kereta komprehensif atau juga dikenali sebagai insurans pihak pertama. Menyediakan perlindungan paling menyeluruh. Syarikat insurans kereta akan memberi perlindungan kepada anda termasuk jika berlaku kemalangan, kecurian, kebakaran. Selain itu, pihak insurans juga akan membayar perlindungan jika berlaku kemalangan terhadap kenderaan anda dan juga pihak yang anda langgar. Polisi ini sesuai untuk kenderaan berumur 10 tahun ke bawah.

2. Insurans Kereta Pihak ketiga, kecurian dan kebakaran

Insurans kereta ini memberi perlindungan jika berlaku kebakaran atau kecuaian pada kenderaan anda (kejadian berlaku tanpa sengaja). Jika berlaku kemalangan (anda pesalah), pemilik kenderaan (anda) perlu membaiki kereta sendiri, namun kereta yang dilanggar anda akan dilindungi oleh pihak insurans anda.

3. Insurans Kereta Pihak ketiga

Insurans kereta yang paling asas. Hanya memberi perlindungan kepada pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan. Tiada perlindungan akan diberikan jika berlaku kemalangan (seorang diri), kecurian mahupun kebakaran. Bergantung kepada kelulusan insurans.

Berapakah Jumlah Perlindungan Insurans Kereta?

Jumlah perlindungan bermaksud jumlah maksimum kenderaan yang akan diinsurankan mengikut nilai pasaran semasa. Boleh klik sini untuk rujukan.

Jumlah perlindungan boleh ditentukan dalam dua nilai yang berbeza iaitu:

Nilai yang dipersetujui – Pemilik kenderaan dan syarikat insurans bersetuju dengan nilai kereta pada permulaan kontrak dan juga pada setiap pembaharuan.

Contoh: Jika jumlah yang diinsurankan adalah RM35,000 dan kemudian berlaku kejadian, syarikat insurans akan membayar ganti rugi penuh iaitu sebanyak RM35,000.

Nilai pasaran – Ia mengikut kepada nilai kereta seseorang sebelum berlaku sebarang kejadian.

Contoh: Sekiranya jumlah yang diinsurankan adalah sebanyak RM35,000 dan kemudian nilai pasaran kereta ketika waktu kemalangan telah susut ke RM30,000, syarikat insurans akan membayar ganti rugi bergantung pada harga pasaran RM30,000.

Panduan-membeli-insurans-kereta-terbaik

Apakah Pilihan Perlindungan Tambahan Insurans Kereta Semasa Nak Renew Insuran?

Di bawah ini merupakan beberapa senarai perlindungan insurans tambahan yang biasa ditawarkan oleh kebanyakan syarikat insurans kereta dan Takaful. Walau bagaimanapun, terma dan syarat bagi setiap syarikat insurans kereta dan Takaful mungkin berbeza antara satu sama lain.

– Cermin kereta
– Pemandu tambahan
– Semua pemandu
– Bencana alam (Peril khas)
– Rusuhan dan kemusnahan awam
– Perlindungan penumpang
– Kemalangan individu
– Khidmat tunda

Apa Itu No Claim Discount (NCD)?

Tahukah anda, NCD bermaksud diskaun insurans kereta yang ditawarkan kepada anda oleh pihak insurans jika pemilik kenderaan tidak pernah membuat sebarang tuntutan pada tahun tersebut. Jumlah peratusan NCD akan lebih besar jika masih tiada sebarang tuntutan pada tahun berikutnya.

Kadar peratus bagi kereta adalah berbeza seperti di bawah:

Kadar NCD untuk kereta:

1. Tahun pertama – 0%
2. Tahun kedua – 25%
3. Tahun ketiga – 30%
4. Tahun keempat – 38.33%
5. Tahun kelima – 45%
6. Tahun keenam dan ke atas – 55% (maksima)

Bagaimanapun, jika anda telah mempunyai NCD sebanyak 55% dan membuat tuntutan pada tahun tersebut, kadar NCD anda pada tahun berikutnya akan menjadi 0% semula.

Pilihlah Perlindungan Komprehensif Insurans Kereta Anda Sekarang!

Setiap syarikat insurans kereta menawarkan polisi yang agak serupa namun mungkin manfaat atau kelebihan diterima berbeza. Berikut adalah beberapa kelebihan pakej insurans kereta yang ditawarkan.

*Nota: Sila rujuk risalah keterangan (Product Disclosure) produk syarikat insurans dan polisi insurans anda apabila terdapat perbezaan.

Panduan-Membeli-Insurans-Kereta-Terbaik-Takaful-MalaysiaProduct Disclosure

Panduan-Membeli-Insurans-Kereta-Terbaik-Takaful-IkhlasProduct Disclosure

Panduan-Membeli-Insurans-Kereta-Terbaik-Etiqa-TakafulProduct Disclosure

Panduan-Membeli-Insurans-Kereta-Terbaik-Zurich-TakafulProduct Disclosure

Panduan-Membeli-Insurans-Kereta-Terbaik-AllianzProduct Disclosure

Panduan-Membeli-Insurans-Kereta-Terbaik-ChubbProduct Disclosure

Panduan-Membeli-Insurans-Kereta-Terbaik-LibertyProduct Disclosure

Panduan-Membeli-Insurans-Kereta-Terbaik-LonpacProduct Disclosure

Panduan-Membeli-Insurans-Kereta-Terbaik-MPI-GeneraliProduct Disclosure

Panduan-Membeli-Insurans-Kereta-Terbaik-MSIGProduct Disclosure

Panduan-Membeli-Insurans-Kereta-Terbaik-Pacific-OrientProduct Disclosure

Panduan-Membeli-Insurans-Kereta-Terbaik-RHBProduct Disclosure

Panduan-Membeli-Insurans-Kereta-Terbaik-Tokio-MarineProduct Disclosure


Jom Perbaharui Insurans Kereta Anda di Bjak.my Sekarang!

Bjak.my adalah sehenti untuk perbandingan insurans dan platform pembaharuan insurans kereta di Malaysia. Bjak.my membantu pemilik kereta untuk mendapatkan harga terendah bagi insurans kereta mereka dengan melakukan semua langkah yang dinyatakan di atas.

Ramai pemilik kereta telah memperbaharui insurans kereta mereka di Bjak.my dan memberikan maklum balas yang baik di laman media sosial. Anda boleh membaca penilaian berkenaan Bjak.my di sini.

Jom minta sebutharga untuk insurans kereta dari Bjak.my hari ini.

[Button id=”1″]

Baca Juga :

Best Ke Bisnes Car Wash Ni?

Syarat Utama Kerja Sebagai Pemandu Peribadi 

Tayar Kereta Pancit! Apa Nak Buat?

 

Sumber: Panduan untuk membeli Insurans kereta Terbaik

1 thought on “Panduan Membeli Insurans Kereta Terbaik”

  1. terbaik.. terima kasih.
    sebaiknya untuk memilih kenderaan yang anda minat, sila buat carian dahulu. senarai harga kereta proton, sebagai cth harga x90, harga x70, harga x50, harga exora, harga persona, harga iriz dan harga saga.

    anda boleh semak dulu, sebelum membuat pembelian

Comments are closed.