Pendaftaran Coway Run 2018 Dengan Tema “Beat The Heat” Telah Dibuka

Pendaftaran Coway Run 2018 Dengan Tema “Beat The Heat” Telah Dibuka | Assalamualaikum Salam Sejahtera .. Satu sidang media bersama Coway Malaysia bersempena dengan acara Running kali ke-2 pada 10 Oktober 2018 di MAEPS, Serdang. Tahun kedua ini Coway Malaysia membawa tema ‘Beat The Heat’ yang dengarnya sangat menarik untuk disertai warga Malaysia.

Pakcik Google ada memberitahu, ‘Beat The Heat’ membawa maksud ..to remain cool in hot weather.. kalau tak faham lagi, cuba fahamkan sedalamnya. Hehehe ..

Coway-Malaysia-press-conference-coway-run-2018

Menurut Mr. Kyle Choy Ki Ryong, Managing Director Coway Malaysia Sdn Bhd, cuaca panas di negara kita jika berlari akan menyebabkan terlalu banyak rasa keletihan dan dehidrasi. Tetapi beliau cuba untuk mencipta kelainan pada acara ini dengan membawa suasana larian nanti akan kesegaran dan keselesaan kepada semua pelari di MAEPS, Serdang. Apa yang cuba Coway Malaysia laksanakan semasa event larian tersebut adalah, mereka menyediakan Food Truck bertemakan Kampung Style ala Korea, Prop bergambar dan juga Live Band untuk para pengunjung pada hari yang dinantikan.

- Pendaftaran Coway Run 2018 Dengan Tema “Beat The Heat” Telah Dibuka

Tambahan lagi, Coway Run 2018 merupakan satu inisiatif Coway Malaysia menjalankan tanggungjawab komuniti CSR terhadap penduduk setempat disamping mengadakan ‘Happy Water Project’. Projek ini berteraskan galakan komuniti mendapatkan air yang bersih suci dan semulajadi. Untuk pengetahuan bersama, setiap pembelian tiket untuk acara Coway Run 2018 ini sebanyak RM10 akan disalurkan kepada tabung Happy Water Project. Tabung ini bertujuan untuk disumbangkan kepada 1000 keluarga dalam tempoh masa 5 tahun.

Baca : Coway Malaysia Lancarkan “Happy Water Project”

entry-fees-Coway-Run-Malaysia-2018
Coway Run 2018
akan menawarkan dua jarak iaitu 10KM dan 5KM untuk lelaki dan wanita mengikut kategori yang ditetapkan seperti berikut :

1. Terbuka (Umur 16 keatas)
2. International (Umur 16 keatas)
3. Veteran (Umur 40 dan keatas)

Beat-The-Heat-pack-Coway-Run-2018

Model Kesihatan Terkenal Malaysia iaitu Jordan Yeoh juga akan menyertai larian Coway Run 2018 ini dan beliau mengalukan semua penyertaan rakyat Malaysia untuk menyertai larian ini supaya kekal sihat sepanjang hari. Selain itu, penyertaan bersama kanak-kanak sangat digalakkan kerana kanak-kanak berpeluang untuk meluangkan masa mereka dengan Obstacle yang disediakan khas sementara ibu bapa atau penjaga mereka menyertai larian 10KM dan 5KM itu. Pihak Coway Malaysia akan memastikan mereka akan dikawal ketat sepanjang acara berlangsung.

Coway-Malaysia-blogger-member

Jom lah daftar sekarang, masih lagi ada masa ni. Rate penyertaan pun taklah mahal memang sangat berbaloi duit korang tu.

Asyraf pernah join Coway Fun Run ni tahun lepas, itu adalah larian pertama dianjurkan pihak Coway Malaysia. Pengalaman pertama kali join event running dengan Coway Malaysia, klik sini.

Pendaftaran Coway Run 2018 Di siniwww.CowayRun.com.my

- Pendaftaran Coway Run 2018 Dengan Tema “Beat The Heat” Telah Dibuka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring
  • 5
    Shares

Add Comment

CommentLuv badge
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: