July 14, 2020

Pengalaman Apply Pinjaman Peribadi di RHB Bank. 10 Minit Jer Dah Lulus!

Pengalaman-Apply-Pinjaman-Peribadi-di-RHB-Bank

Pengalaman Apply Pinjaman Peribadi di RHB Bank. 10 Minit Jer Dah Lulus! | Pengalaman ini aku kongsikan sebab nak bagi sesiapa dekat sini nak tahu serba sedikit pinjaman peribadi yang aku buat dulu dan apa kesan dalam hidup aku ketika itu. 

Alkisah ceritanya, ketika itu aku bekerja di sebuah syarikat swasta dalam industri penerbangan (Airlines). Tahunnya seingat aku lagi lah tahun 2015 rasanya. Haaa .. betullah tahun 2015 !!

Yelah masa tu kebanyakan blog sumber kewangan ketika itu dan social media seperti facebook, instagram, telegram dan sebagainya mana ada lagi info berkaitan pengurusan kewangan peribadi. 

Aku pon dengar lah akak senior tu cakap, abang senior tu cakap.  

..”Apply je personal loan. Nanti one day bila kau nak beli kereta atau beli rumah, Bank akan tengok kau punya sejarah kewangan .. pernah ada ke tidak pengalaman meminjam dengan Bank”.. 

Abang akak senior masa kerja Airlines tu bagitahu macam tu lah. 

Biasalah kita ni budak hingusan terasa nak kaya sekejap dan teringin jugak nak rasa kesenangan mudah nak buat pinjaman kereta, rumah nanti bila ada pengalaman Apply Pinjaman Peribadi ni. 

Jadi aku pun dengan perasaan yang tak teragak agak ketika itu buat lah pinjaman personal loan. 

Alhamdulillah aku bersyukur ketika aku buat pinjaman tu tak banyak pon jumlahnya. 

Hahaha .. sampai sekarang kalau aku ingat balik .. Ya Allah kurangnya ilmu waktu tu. 

Serius memang kurang giler ! 

Okay korang nak tahu berapa jumlah pinjaman peribadi aku apply dan berapa tahun pulak aku nak kena setelkan dengan RHB ?? 

Okay .. jumpa di lain artikel posting !!
.

.
.

.
.

.

.
.
.
… hahahah … takkanlah aku beria nak buat posting lain. Okay gurau! Aku cerita sekarang eh .. mohon faham dan hadam ..supaya korang alert isu kritikal ni. 

Kenapa Aku Cakap Kritikal ? 

Sebab tanpa ilmu pengurusan kewangan diri sendiri .. Korang bakal berdepan jenayah kewangan yang terbesar dalam hidup jika takde ilmu sebelum memohon mana mana pinjaman Bank. 

Okay, berbalik kepada Berapa Jumlah Pinjaman Peribadi RHB aku apply dan Berapa tahun nak bayar ? 

Alhamdulillah, tak banyak ! (menangis weh nak citer) 

Pinjaman Peribadi aku buat ketika itu pada pertengahan tahun 2015 sebanyak RM 3000 sahaja. 

Tempoh pembiayaan balik (nak bayar hutang) kepada RHB ketika itu kalau ikot peratusan ..entah aku tak ingat berapa bunga (interest) dikenakan masa tu. 

Setiap bulan aku WAJIB setelkan hutang dengan RHB sebanyak RM157.00 sahaja

RHB staff kata waktu nak apply personal loan tu, nanti bila awak nak bayar hutang ni boleh je nak bayar ikot yang RHB dah bagi tu atau nak bayar lebih cth : WAJIB bayar RM 157 setiap bulan .. 

Kalau ada duit lebih bayarkan RM 200 ke dan sebagainya .. nanti selepas setahun call RHB tanya ..Adakah dari 2 tahun pembiayaan tu akan berkurang ke 1 tahun setengah ke .. 

Kadang kadang aku bayar ikot amaun tu, kadang kadang aku bayar paling banyak pon RM 170 haha ..tak banyak pon ..

Selama 2 tahun !! Alhamdulillah ..sampai sekarang aku bersyukur SEBABNYA DUA TAHUN je. 

Kalau 5 tahun ? 10 Tahun tak ke ..jenuh nak membayor nyer !! 

Yelah nama pon 2 tahun bersamaan RM 3 ribu. Kalau 30 ribu, 300 ribu ?? !! 

Hmmm, aku rasa giler kot nak membayar. 

Kau orang nak tahu apa aku buat dengan duit RM 3 ribu tu? Aku joli la shopping sana sini. 

Nak tau berapa lama duit 3 ribu boleh habis sekelip mata ? Disebabkan aku ni jenis yang berhati hati bila berbelanja WALAUPUN ilmu kewangan kurang waktu tu .. ambik masa habis dalam sebulan je .. 

Apa kau rasa ? Sebulan joli 3 ribu nak setelkan hutang dalam masa 2 tahun !! Fikirkan lah yer ..

Okay setel bab ni .. 

[Dah Baca?] 3 Bank Terbaik Untuk Pinjaman Peribadi. Nombor 3 tu Syarat Minimum Gaji RM1000 jer!

Syarat Nak Apply Pinjaman Peribadi di RHB Bank ? 

Syarat Utama Mestilah : 

1. Warganegara Malaysia 

2. Berumur 21 tahun – 60 tahun 

3. Pendapatan Gaji minimum mestilah sekurang kurangnya RM 1500 sebulan

4. Jumlah pinjaman minimum   : bermula RM 2000 
    Jumlah pinjaman maksimum : sehingga RM 150 000

5. Tempoh Kelulusan : hanya ambik masa dalam 10 minit jer ..YES ini sahih itupon jika kau orang BETUL BETUL ikot Syarat Utama yang aku senaraikan tu .. 

Jika okay takde masalah memang Cepat ..Segera orang Bank tu proceed ! 


Okay bila dah approved and verified oleh RHB staff, RHB akan transfer duit yang kita nak pinjam tu ke mana mana akaun bank yang kita miliki dalam masa 7 hari

Mana mana akaun bank tu maksudnya .. walaupun masa kau orang buat pinjaman tu, kau takde pon akaun kat RHB tapi boleh je mohon then bila lulus Pegawai RHB tu akan bagitahu siap siap kat mana RHB nak transfer duit ni .. tu je ..tak susah pon prosedur dia.

Tapi dalam kes aku sebelum nii hanya ambik masa 5 hari je. 

Aku rasa sebab syarat utama tu aku takde aral melintang. 

Ingat pinjaman peribadi Kelulusan untuk disemak hanya dalam 10 minit TAPI duit pinjaman akan di-Transfer ke akaun bank dalam masa 7 hari (bisnes day bank).

Nasihat Aku Kalau Kau Orang Nak Jugak Apply Personal Loan 

PLEASE JANGAN ikot cara dan flow aku ni. Macam aku bagitahu aku apply loan ni tanpa ilmu kewangan yang kukuh. 

Setiap individu yang akan buat apa apa pinjaman dari pihak Bank ada risiko tersendiri mengikut kemampuan individu tersebut dari segi kewangan bila nak bayar semula setiap bulan. 

Tak kisah berapa jumlah pinjaman peribadi kau orang nak pinjam .. 

RM 2 ribu ? RM 5 ribu ? RM 15 ribu ? RM 25 ribu ? 

Yang penting WAJIB ada ilmu kewangan. 

Lebih lebih lagi sebelum kau orang kawen. 

Dapatkan Set Combo 9 eBook Kewangan & Hartanah + 9 Video Teknik Loan ASB Sekarang. RM 30 jer!

Okay sekarang nii sejak pandemik Covid-19, aku banyak membeli dan membaca Ilmu dari Pakar Kewangan yang ada di sekitar kita ni. Mereka diiktiraf oleh banyak pihak terutamanya Bank Negara Malaysia. 

Korang WAJIB beli dan baca eBook (versi PDF) boleh baca dekat phone, tablet, pc, laptop. 

Sebelum Hari Raya 1 Syawal hari tu eBook kewangan ni berharga RM 20 je. 

Sekarang dah berharga RM 30 untuk 9 ebook Kewangan & Hartanah berserta 9 video Teknik Loan ASB.

Memang sangat berbaloi !! 

pustaka-ilmu-kewangan-dan-pelaburan-malaysia

Dapatkan Disini 9 ebook Kewangan & Hartanah berserta 9 video Teknik Loan ASB HANYA RM 30 sahaja.


Semoga perkongsian aku pasal Pengalaman Apply Pinjaman Peribadi di RHB Bank ni memberi korang idea dan cara yang betul sebelum memohon sesuatu pinjaman dari mana mana Bank. No worries, aku tau korang terdesak dalam pandemik covid-19 ni, tapi please laa cedok dulu ilmu kewangan yang aku Share tu dulu okay. 



.
.
Disclaimer : Aku sebagai penulis blog peribadi ini tidak bertanggungjawab atas sebarang info yang salah dan sudah expired ketika artikel ini ditulis untuk perkongsian. Mohon buat rujukan dan semakan dengan orang orang yang pakar dalam sistem kewangan perbankan yang bertauliah. 


Kredit Gambar Clipdealer

Asyraf Asri

Pernah bekerja sebagai Arabic Speaker Specialist di Emirates Airlines Ground Staff dan Customer Service Officer Malaysia Airlines Berhad di KLIA1. Sangat menyayangi kucing. Meminati rumah exterior dan interior minimalist". - Asyraf Asri 2020

View all posts by Asyraf Asri →

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: