Pengalaman Menginap di Sri Manja Boutique Hotel Bandar Indera Mahkota Kuantan, Pahang

Sri Manja Boutique Hotel | Ia merupakan sebuah Hotel yang bercirikan korporat dan moden. Hotel ini merupakan anak syarikat TMG Group (Tunas Manja Group). Jika dilihat berdasarkan website rasmi TMG Group, mereka ada 5 buah perniagaan iaitu Tunas Capital, Tunas Manja Mart (TMG Mart), Sri Manja Boutique Hotel, D’Embassy Residences Suites dan Hermoso Residences by The Sea.

pemandangan-suasana-luar-kawasan-sri-manja-boutique-hotel

Saya telah diberikan kesempatan untuk menginap di hotel ini selama 5 hari 4 malam,
untuk urusan kerja (rasmi) mengendalikan 2 buah kursus berwajib di sebuah Universiti Awam
yang berdekatan dengan Hotel saya menginap. Ikuti pengalaman dan review ringkas saya bermalam di
hotel yang sangat strategik untuk kebanyakan urusan rasmi kerajaan.

Pengalaman Menginap 5 Hari 4 Malam di Sri Manja Boutique Hotel Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang

Sejujurnya sebelum saya tiba ke Hotel ini untuk urusan rasmi, saya tak tahu pun Hotel saiznya macam mana. Ingat kan biasa-biasa je. “Ghupenya hambik engko, mak aii besaq nya!”

Tapi weh mewah lah Hotel ni. Hotel ni paling tersergam indah di tengah-tengah pusat bisnes.

pemandangan-suasana-malam-luar-sri-manja-hotel

Lokasi dan Tarikan Berdekatan Hotel

Kalau anda yang jenis habis je urusan rasmi kerja tu, nak pergi sana nak pergi sini. Okay, jom
saya bagitahu anda apa yang menarik yang berdekatan dengan Hotel ini.

Berdasarkan website utama Sri Manja Boutique Hotel, tempat yang paling menyeronokkan untuk kita happy-happy kan diri adalah Tasik Chini , Sungai Lembing Mines dan Teluk Cempedak.

Yang pastinya bila orang luar datang Kuantan ini, tempat menarik mereka akan pergi termasuk saya sendiri ialah Teluk Cempedak yang mengambil masa 20 minit dari Hotel atau bersamaan 13 km saja mengikut trafik yang biasa-biasa. Kira okay lah dekat je pun.

Bab makanan. Hah ini semua suka kan ?

Kalau anda yang suka makan terutama datang tempat baru untuk urusan kerja atau bercuti (instant travel), boleh cuba menjamu selera di luar kawasan Hotel iaitu Terminal Satay Zul , Ho Yin Curry Laksa dan Cendol air puteh.

Tapi bila mana kata urusan rasmi ini, saya lebih suka cari makanan yang simple, sedap dan paling best murah. Jimat duit minyak dan Tol dah kira okaylah.

lobi-utama-sri-manja-boutique-hotel

Kemudahan Menarik dan Terbaik Sri Manja Boutique Hotel

Setiap Hotel konfem ada kemudahan untuk setiap tetamu yang hadir bermalam bila dah penat bekerja
atau berjalan sana sini. Antara kemudahan yang disediakan oleh pihak Hotel sebenarnya tak perlu nak cakap dah dekat sini , cuma yang best pasal Hotel ni ada kolam renang di atas bumbung. Sedihnya tak dapat nak mandi waktu malam. Kolam renang ditutup pada jam 7pm. Yelah siang ada urusan kerja.

Harga yang anda bayar untuk setiap bilik hotel samada paling murah dan paling mahal tetap dapat FREE breakfast. Maknanya disini saya stay 5 hari 4 malam, saya dapat la merasai FREE breakfast hidangan mewah yang susah nak dapat kat luar sana tu sepanjang penginapan.

Yang happy sangat ni set breakfast tu macam-macam ada. Air panas seperti teh , kopi dan pelbagai jus buah-buahan.

Makanan pula ada macam-macam jenis seperti breakfast biasa kita hadap setiap hari iaitu roti bakar bersama jem.  Puding, nasi lemak, nasi dagang, nasi ayam, bubur kosong dan omelette yang sentiasa dihidang panas. Beerti setiap kali korang nak makan telur tu dia akan buat dulu panas baru dapat makan bukan yang dah disediakan atas meja ambik.

Pelbagai jenis buah-buahan juga disediakan untuk breakfast tu. Makanlah sepuasnya untuk kecantikan okay.

1 kupon untuk seorang penghuni Hotel. Korang makan lah sepuasnya kat Hotel tu time breakfast. Dah makan , tambah lagi dan lagi. Tak kisah. Apapun Asyraf dah buat. Okay je. Cuma tak boleh bungkus masuk bilik. Hahah .. gediks !

pemandangan-suasana-luar-bilik-sri-manja-boutique-hotel

Jenis-Jenis Bilik Sri Manja Boutique Hotel

Untuk urusan rasmi kerja ini, saya hanya diberi bilik paling murah di Hotel ini oleh majikan. Okaylah kan. Janji dapat bermalam kat Hotel 4 Bintang ni pun dah cukup bersyukur. FREE pulak tu tak perlu bayar pun. Kita datang untuk urusan kerja then semua perjalanan dan penginapan kita dibayar oleh syarikat.

Lagipun kedatangan saya kesini pun seorang saja. Bukan berdua atau beramai. Opkos la company akan
ambik bilik yang lebih besar dan selesa.

kawasan-seterika-pakaian-tetamu-sri-manja-boutique-hotel

Antara bilik Sri Manja Boutique Hotel yang begitu mempersonakan ialah : –

1. Deluxe Queen Room (bilik saya)
2. Superior Queen Room
3. Superior Twin Room
4. Japanese Room
5. Family Deluxe Room
6. Junior Suite

Gambar Menarik Sri Manja Boutique Hotel Bandar Indera Mahkota Pahang

suasana-bilik-deluxe-room-sri-manja-boutique-hotel-sisi-dari-pintu-utama-bilik
suasana-bilik-deluxe-room-sri-manja-boutique-hotel-sisi-dari-dalam
menu-breakfast-sri-manja-boutique-hotel

Review Jujur Asyraf sebagai Blogger ? 

Staff frontdesk sentiasa senyum, friendly dan sangat membantu. Semua kemudahan yang disediakan sangat bagus dan selesa. Bilik paling murah yang saya menginap pun Deluxe Queen Room besar dan senang nak bergerak.

Walaupun bilik saya dapat tu dihujung bangunan Hotel tapi tak dengar apa-apa kebisingan kota di waktu pagi.

Kiranya tingkap Sri Manja Hotel ni dari kualiti terbaiklah. Hahah, boleh gitu ..

Line internet untuk mobile sendiri okay, laju. Line internet disediakan pihak hotel pun okay laju sangat.

Macam Mana Nak Booking Sri Manja Boutique Hotel

Untuk tempahan penginapan Hotel ini, anda boleh tempah melalui pelbagai platform online yang ada sekarang ini seperti berikut : Klik pautan yang Asyraf sediakan ni ..

1. Hotels dot com

2. Nida Rooms

3. Agoda booking thru desktop

 

Nasihat Asyraf, booking dan bayarlah melalui online menggunakan handphone korang. Sebabnya beli online terutama guna gajet ni harganya termasuk tax tu murah je.

 

Okay jom Booking Sri Manja Boutique Hotel disini. 

atau

SRI MANJA BOUTIQUE HOTEL
Jalan IM 7/1 ,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan Pahang Darul Makmur.

t: +609 – 571 6222

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring
  • 175
    Shares

2 Comments

  1. Anuar July 10, 2017
    • asyrafasri July 10, 2017

Add Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: