Pengalaman Menginap di Sri Manja Boutique Hotel Untuk Kali Ke 2

ASsalamualaikum Warahmatullah, Salam Sejahtera. Moga kita semua sentiasa sihat dan ceria selalu.

“Best lah kau asyik outstation je. Semua benda free”. Hahah ini perbualan klishe bila korang dapat kawan yang jeles dengan apa yang korang dapat bila bekerja di Unit yang wajib nak tak nak kena pergi jugak melawat kawasan.

Ibarat korang macam Abang Long kawasan la. Bila sampai waktu kena tengok site. So kena pergi ye dak.

Hahah, gedik betul korang ni. Apapun sayang korang !

Okay berbalik kepada tajuk artikel yang sama kali kedua pasal hotel review.

Pengalaman Menginap di Sri Manja Boutique Hotel Untuk Kali Ke 2

Sebelum ni saya dah pernah stay dekat Sri Manja Boutique Hotel ini untuk pertama kali sebab ada urusan rasmi yang perlu saya attend. Jadi segala apa yang saya rasa happy ke tak happy, saya dah tulis review dekat artikel Pengalaman menginap di Sri Manja Hotel Bandar Indera Mahkota Pahang ini.
Klik link biru untuk pembacaan dan rujukan korang kalau nak check-in nanti.

Macam biasa hari Isnin start kerja. Ahad petang sampai dekat parking betul-betul depan Sri Manja Boutique Hotel.

Dulu first time saya datang FREE je. Kali ini dah ada sign-board yang mengatakan wajib bayar sewa nak parking oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). So kalau korang datang nanti jangan nak marah Hotel management pulak ya. Tak pasal-pasal Front-Desk counter korang balun. Jangan macam tu tak baik. Elok-elok mereka sambut korang dengan senyuman paling ikhlas tu, dan .. dan muka rimau kelihatan haha ..

Okay, plis jangan buat benda tak senonoh ya. Elok-elok benda kecil je jadi isu pulak nanti.

Kalau Sri Manja Boutique Hotel management boleh berunding dengan baik dengan pihak kerajaan. Korang pulak yang sibuk beria ni dah kenapa ? Hahah .. rileks sudah ..

So parking je macam biasa kalau korang sampai hari Jumaat petang tu. So sabtu ahad FREE. Tapi kalau korang still bermalam kat hotel sampai isnin selasa dan seterusnya. Eloklah cari ketenangan jiwa di tempat lain. hihi ..

Dont worry guys. Masa check-in nanti, Front-Desk counter yang hensem cantik kat situ akan bagitahu korang kalau bawa kereta sendiri, beri kami no plat untuk Sri Manja Hotel bagi FREE parking kat korang utk manjakan kereta kesayangan korang dekat bawah tanah. Selesa dan selamat kereta korang nanti nak tidur jugak macam korang.

Review Jujur Asyraf sebagai Blogger ?

Okay malas nak cerita panjang-panjang. Sebab saya dah review-kan Sri Manja Boutique Hotel
dekat artikel ini, korang boleh klik dan baca Dapat Emel Rasmi dari Sri Manja Boutique Higher Management Hotel Beri Peluang @ Rewards kepada Asyraf sebagai Blogger yang hensem kacak untuk bermalam lagi nanti.

Secara ringkas review kedua tidur dengan nyenyak di Sri Manja Hotel :-

1. Dapat bilik Deluxe Queen Room ditengah-tengah bangunan Hotel.

– sebelum ni saya dapat bilik Deluxe Queen Room di hujung bangunan hotel lagi besar lagi selesa

2. Bilik yang saya dapat Deluxe Queen Room untuk kali kedua ni ditengah-tengah. Keluar pintu bilik
ada internet box terletak kat syiling. Patut lah seronok saya ber-internet. huhu .. best !

3. Dekat dengan laluan nak ke lif. Kalau urgent nak keluar jumpa orang atau apa-apa tujuan Just Run Like Coway Run yang Asyraf join sebelum ni.

4. Professional Communication. Bila korang di check-in counter. Mostly frontline-counter dah ada penampakan bercakap dengan customer dengan bahasa yang betul tak putus-putus. Ibarat macam nak check-in bag kat aiport dengan Airlines counter. Bahasa dan body languages tu look professional.

– so excellent ! Tahniah Sri Manja Hotel.

5. Overall, Sri Manja Boutique Hotel ni lebih ramai visitor dari pelbagai agensi kerajaan dan korporat
yang menginap di hotel ni.

– tempat yang sangat strategik bagi hotel ni untuk berbisnes.

Cara Nak Booking Sri Manja Boutique Hotel

Kalau korang datang ke Kuantan, Pahang untuk bercuti nak pergi sana sini. Sri Manja Boutique Hotel
antara pilihan terbaik untuk penginapan bajet tapi sangat selesa like hotel 5 bintang.

Untuk info, 1 bilik untuk 2 orang bilik paling murah seperti dinyatakan di website hanya RM108.

Tapi nak lagi murah lebih baik beli secara online booking Hotel. Kalau tak silap Asyraf, harga bilik termasuk tax tak sampai RM100. Kira sangat berbaloi for money lah.

Jimat kan ? Okay jom Booking Sri Manja Boutique Hotel disini.

atau

SRI MANJA BOUTIQUE HOTEL
Jalan IM 7/1 ,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan Pahang Darul Makmur.

t: +609 – 571 6222

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
VIRAL KAN

KLIK DAN TERJAH

1 Comment

    1. Sangat selesa. Datanglah nanti. Kalau tengok kat website official Sri Manja harga untuk Family Deluxe Room RM198 per malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge