Bismillah
ASsalamualaikum
Artikel blog Pengalaman aku Warded Di Hospital Selayang, Selangor. Artikel kali ni agak panjang diantara 3410 patah perkataan tetapi bernombor sebanyak 41 Poin yang korang boleh baca satu demi satu dari mula drama jam 0730 malam ni sampai habis hehe ..
InsyaAllah korang takkan bosan, aku dah masukkan sekali dengan video dan gambar untuk pemahaman korang terhadap pengalaman aku warded di Hospital Selayang.
Selepas 4 hari MC, hari ke 5 – 20 August 2024 – Selasa, aku kerja macam biasa tapi aku perasan badan aku menggigil kesejukan dan rasa panas membahang bila aku selimutkan diri (kat office memang aku dah standby selimut).
Aku mula kerja macam biasa bermula jam 9 pagi tetapi pada sekitar jam 11 pagi suhu badan aku kesejukannya makin bertambah dan aku mula rasa nak muntah bila batuk makin menggila.
Satu office dengar batuk aku je. Ketika ini aku dah mula lemah, officemate aku si Ellisa betul2 sebelah meja aku pon dah tak selesa nak buat kerja dia , dia bantu aku ke Surau berdekatan untuk aku rehat dalam 1 jam.
Di Surau aku tidur berselimut dalam kesejukan walaupun aircond di surau memang takde pon, so suasana suhu badan je. Masa aku tidur di Surau, aku batuk kuat dan akhirnya muntah dalam Surau selepas 1 jam rest.
Ketika aku ingin cuci kotoran muntah di pantry, aku jugak muntah yang mendesak disitu disebabkan batuk masih menggila.
Akhirnya aku masuk office, aku bagitahu Manager ..”I need go Clinic Now” .. then approved aku terus balik rumah terus ke Klinik Kesihatan berdekatan rumah sewa.
Aku sampai Klinik Kesihatan tempat aku selalu checked with Doc any sickness and got MC pada jam 2 petang. Kali ni aku nak MC lagi sebab tak tahan batuk + demam kuat , dan selepas Doktor General Dr. Deepa Balakrishnan checked, she terpaksa tahan ward untuk aku rujuk kes ke Hospital Selayang terus.
She felt so curious. Kenapa dah 4 hari MC masih belum sembuh, ubat demam dan batuk dah bagi kan ??
Doktor offer Hospital Kuala Lumpur (HKL) mulanya, aku terus reply dekat Doc, ..”sana ramai pakar opkos tapi parking maybe full n bilik mungkin lagi lambat dapat sebab City Center”..
Jadi Doctor pon decided terus rujuk kes aku ke Hospital Selayang je disebabkan dekat dengan rumah sewa.
She offered ambulance hantar dari KK terus ke Hospital petang tu jugak, tapi aku bagitahu tak boleh sebab kereta parking luar Klinik Kesihatan lama2, selama aku warded nanti macam2 boleh jadi.
So aku banyak kali tegas dengan Doktor ketika itu, “please laa faham my situation coz my car is my priority too” , esok lusa nak kemana2 dah takde kereta kan susah, kalau Doc boleh support belanja Lost of Use takpe jugak ahahah…
Jam menunjukkan hampir dekat pukul 5 petang selepas aku ambik ubat dekat farmasi , aku terus balik rumah dan bersih diri tidur 2 jam dulu tenang kan diri (time ni emosi aku terganggu + aku menangis macam hilang orang yang kita sayang).
Tapi sebenarnyaa aku menangis sebab 1st time masuk ward bila dah jadi Adult ni, kita tak tahu apa akan terjadi sekiranya kita ditidurkan atas apa jua alasan, family members, my manager tempat keje tak tau apa2 , ibaratnyaa harta tak habis agih @ hibah pada keluarga lagi aku dah takde , itu yang aku menangis tu (bila aku menaip artikel ni kan aku gelak jugak, sampai macam tu sekali aku pikir) tapi kan apa yang aku fikir ni betul tau anything can happen..
Drama di bawah akan mula ditayangkan kepada korang untuk baca mengikut nombor.
Aku nak bagi korang tak sakit mata faham cerita aku ni ,
Jom mulakan ..
#20 August 2024 (Selasa)
- Selepas solat maghrib, aku drive kereta terus ke Hospital Selayang, lebih kurang 30 minit dari rumah sewa ke Hospital.
2. Setibanya aku dekat main entrance Emergency Department (ED) , aku nampak je parking kereta betol2 sebelah ED tapi aku anggap itu untuk pesakit ED je kot dan untuk Doktor dan staff Nurse.
3. Aku pon drive ke atas dan ke atas lagi sampai jumpa Wad Bersalin, Lagenda Kafeteria, belakang kafe tu ade tulis tanda P (Parking) dan ada petak parking (sebenarnyaa aku parking kat staff quaters sebab dorang punya asrama betul2 dekat dengan parking)
4. Masa ni aku tak fikir apa dah, parking jelah sebab body aku makin panas dan gigil kesejukan serta batuk kuat , asyik batuk je masa otw nak ke Hospital.
5. Dalam keadaan hujan rintik dingin ditambah aku semakin batuk kuat + demam panas, aku berjalan kaki hampir 15 minit ke ED (otw tu aku singgah kedai runcit beli terus roti gardenia coklat, air mineral dan buah potong), sebab aku fikir panjang nanti dah serah diri kena drip air mana mungkin mau jumpa air sedap2 makanan sedap2 dalam ED. Nak keluar dari ED pon belum tentu dapat approval sebab dah kena drip air.
6. Sampai je aku di kaunter ED, aku pergi screening suhu dengan abam kakak MA + dorang pon tengok my document case dari Klinik Kesihatan area rumah aku yang aku dapat approval untuk segerakan fix my issue ni.
7. Semasa screening (perut dan dadaku di letak wayar) untuk tengok graf apa entah yang aku ni teruk sangat stabil ke or teruk sangat tak stabil ke. Aku rasa tak stabil , ya aku tak stabil masa aku serah diri kat ED dan aku stay almost 24 hrs dekat ED ya korang ..
8. Aku betul2 serah diri jumpa Doctor On Call dan Pakar Jantung yang bertugas bermula jam 10 malam 20 August 2024 dan akhirnya pada jam 12am tengah malam 21 August 2024 baru aku dipindahkan ke ward biasa untuk pemeriksaan berkala.
9. Semasa aku di ED, 3 orang Doc pakar dan beberapa MO mendekati aku untuk pasangkan drip dan oksigen, masa nii aku dah pitam pucat lemah terbaring, mataku hanya boleh lihat tanpa buat apa2 , cakap bila Doc tanya je..apa simptom, etc
10. Katil aku diletakkan di ruang yang menempatkan dua orang pesakit yang tengah drip air dan oksigen. Dekat area tu aku masih ingat, aku ditempatkan hampir 5 jam (dalam tempoh drip ni laa aku nak terkencing terberak semua ada) MA bagitau “sebab awak lemah, kesan drip air tu awak akan sentiasa nak ke toilet”..
11. MA kata tak boleh nak kemana-mana sebab tengah drip air + oksigen kat hidung + tekanan darah yang ketip kat ibu jari tu tengah dalam proses data, jadi awak kena pakai pampers ..alamak malunyaaa diaa bukak seluar kita ahahaha, aku refuse!
12. Aku cakap dengan MA, “saya larat nii nak bangun”.. , so aku diletakkan atas wheelchair dan dibantu MA ke tandas dan drip water + machine suhu pon di kendong masuk toilet ahahaha lawak tapi tu laaa kenangan – mesin tu sebesar radio n berat 2kg kot
13. Selepas 5 jam di ward ED, katil aku ditolak ke kawasan lain yang berdekatan dengan pesakit kritikal tapi stabil di satu sudut, disitu banyak Doc, MO dan nurse bertugas. Disini aku mula stay start jam 3pagi sampai jam 10pagi (sepanjang aku disini aku je yang batuk kuat + demam makin panas membara sejuk menggigil) aku serba salah sebab mengganggu ketenteraman pesakit lain yang tengah tidur.
Alhamdulillah semua pesakit tengok aku dalam hati yang tenang. huh legaaa ..
14. Selepas 7 jam aku disitu menahan batuk kuat dan demam yang tak sembuh2 walaupun dah drip, akhirnyaa katil aku ditolak ke satu sudut bilik di kawasan semua pesakit ada tapi masih dalam ED. Time ni lah aku dah boleh bangun sendiri ke tandas, mula tukar pakaian hospital dan berkenalan dengan seorang makcik berusia 50-an yang sekali pandang aku dan aku pun senyum mengangguk, habis terus dia bukak mulut, aku pon reply je laa apa makcik tu nak cerita A sampai Z. Dalam bercerita tu anak buah makcik datang, alhamdulillah selamat aku boleh rest tidur untuk batuk kuat dan demam yang masih tak kebah ketika itu …
#21 August 2024 (Rabu)
15. Okay Finally .. pada jam 12 tengah malam 21 August 2024, bilik ward aku ada katil khas untuk Lungs Infection. Jadi katilku ditolak seperti dalam drama tu kan cemas2 dalam keadaan nak cepat2 ke bilik khas tersebut. Chewwahhh …
16. Aku terkejut selepas masuk bilik, aku ditempatkan seorang diri dalam bilik. Aku fikir ni mesti bilik Kelas Pertama sebab dalam bilik ni ada aircond, ada penapis udara khas, ada tingkap nampak view luar nampak pokok dan ada private toilet dan ada lampu oren untuk sesuaikan mata kita dengan persekitaran dalam keadaan aku terkena Lungs Infection.
17. Pada malam tu aku hanya tidur je sebab drip water dan oksigen sedang pasang nak bagi aku stabil.
18. Jam 0430am pagi aku dikejutkan Nurse untuk bagi Antibiotik di tempat jarum drip water tu. Ya Allah pedihnya lebih sakit dari sunat tau, aku pejam mata je menahan peritnyaa Antibiotik tu ..
19. Jam 0630am pagi food service datang hantar breakfast, alhamdulillah aku bangkit untuk makan sekeping roti dan telur dadar + diberikan instant coffee dan instant milk untuk kesegaran. aku pilih kopi hehe..
20. Rutin topup drip water + antibiotik, check bp, check suhu panas, oksigen di hidung masih dipasang dan makan ubat semua sama je + sampel kahak dan air kencing di ambil so aku malas nak cerita panjang , so korang boleh agak sendiri laa timing tu semua macam mana dalam sehari.
#22 August 2024 (Khamis)
21. Akhirnya pada jam 12pm tengahari, Doktor Pakar Lungs Infection datang inform yang beliau sendiri approved untuk cabut drip water dan oksigen dimatikan. Apa yang buat aku terharu, Doktor Pakar tu nak aku rehat sepuasnya dalam bilik ni dengan fresh air no drip , just stay like your home , ubat makan diberi dan dipantau dari masa ke semasa. Pada jam 3pm petang oksigen dimatikan dan jarum drip dicabut ..uish sakit jugakkk tutup mata betol time ni, jarum drip tu panjang ke dalam ayyo..
#23 August 2024 (Jumaat)
22.. Aku skip drama aktiviti makan ubat semua ikut timing macam biasa. malas cerita, faham kan?
23. Sepupu lelaki aku yang ada duduk di Selayang ni datang ziarah dengan bawak buah anggur hitam dan coffee machine dia sendiri buat homemade, so sweet laa Daniel ni ..
– korang boleh support bisnes 3 Brothers sepupu aku. Search je kat IG & TikTok ok.
24. Sepupu aku ambik sejam jugak tanya khabarku dan bagi kata-kata semangat cepat sembuh, aku terharu nak nangis sebab diaa adik sepupuku. Mak dia dengan mak aku adik beradik (murah betul rezeki orang bisnes ni).
#24 August 2024 (Sabtu)
25. Alhamdulillah, masa yang ditunggu-tunggu Parents dan adik aku dengan isteri serta anaknya 3 orang datang melawat. Kanak2 tak dibenarkan masuk di bawah 12 tahun elak bising ganggu pesakit lain.
26. Hanya Emak Aboh dan adik je naik atas , anaknya di taman permainan bersama isterinya. Untuk info korang, di Hospital Selayang ni akan dibuka mini playground untuk kanak2 bermain sambil menunggu family members dewasa ziarah pesakit di ward.
27. Waktu ziarah untuk family members and friends visit kita as pesakit untuk Weekends dari jam 1230pm sampai 0700 malam. So time ni memang nurse rest lah , just buat service bila perlu
#25 August 2024 (Ahad)
28. Ada 3 orang sahabat baik nak ziarah. Seorang dari Putrajaya, seorang dari Ampang dan seorang dari Rawang. Si Putrajaya dah plan sejak 2 hari lagi nak datang tapi weekends tu dia urgent di luar kawasan KL Selangor so tak dapat datang, its ok aku just wasap dia just bagitau hadiahkan aku Surah Al-Fatihah dari jauh je moga sihat sepenuhnya. Ini cara aku treat people, tak perlu marah , just faham keadaan dan cooperate. Senang kan dealing dengan aku ni ..
29. Kawan Ampang nak datang sangat dah plan awal, sekarang kan musim hujan petang so area Ampang dah hujan lebat lagipon dia naik motor. So takpe bahaya kita faham, dan kawan offer nanti dah discharged boleh datang rumah dia makan2. Ok setel.
30. Kawan Rawang sanggup datang dari jauh berkereta so okaylah lagipon dia memang seorang yang aku anggap abang kandung sebab diaa sangat baik dan ikhlas untuk semua perkara. Alhamdulillah ziarah dia dan perbualan kami lebih kurang 1 jam 30 minit.
31. Aku mula menaip artikel blog ni adalah selepas solat maghrib sehingga sekarang jam menunjukkan jam 12am tengah malam bersamaan Ahad 25 August 2024.
32. Aku menunggu episod drama esok bagaimana? Adakah aku boleh discharge seperti dijanjikan Doktor Pakar or KIV je yang diperkatakan MA dan Nurse2 yang menjagaku.
Okay nombor ke-32 ni, aku tidur dulu .. esok pagi sambung typing …
#26 August 2024 (Isnin)
33. Jam 5am pagi nurse datang check bp , check demam. 0730am pagi food service sediakan breakfast dan 10 minit kemudian nurse datang bagi 3 jenis ubat kesemuanyaa kena telan dalam 12 biji, ada besar ada kecik, ubatnya semua pahit aku sulamkan dengan buah2 je nak elak muntah ..
34. Jam 9am pagi dua orang MA, mereka berdua ni seorang lelaki seorang wanita yang khas untuk jaga aku selama nii datang dengan senyuman yang lebar sambil tolong kemas2 kan bedroom aku dan bagitau “Orang tu tak sabar betol nak discharge ye” ahhhahaah …
Then dorang siap cakap, ..”jangan lupakan kami kat sini tau Asyraf!” aku jenis open and friendly person so aku tak lupakan all staff yang sangat polite, kind and professional sepanjang aku warded. Mestilah tidak!
35. Aku ni Introvert. Experiences in Customer Service almost 10 years menjadikan aku Extrovert (currently Ambivert – dua dua boleh)
36. Once aku dapat Golden Announcement dari 2 MA ni, aku terus mandi siapkan diri sebelum Doctor Pakar masuk bilik bagi Official Announcement as a approved untuk discharge.
37. Masa aku tengah mandi, Doc Specialist as Assistant ke-2 kepada Dr. Anum masuk bilik dan terjah “Asyraf awak mandi ya? Nanti jumpa saya dekat kaunter ok. – aku balas “ok Doc” dalam keadaan happy dah nii ..
38. Siap je aku serum kan rambut dan spray perfumes, terus melangkah keluar bilik aku dapatkan Dr. Azfar ASAP. Doc sambut aku dengan senyuman manis penuh bersemangat dan peluk erat tubuhku yang aku terfikir, Apakah ini?
39. Dr. Azfar terus tarik aku ke bilik khas aku untuk Happy News and consultation.
40. Selepas 10 minit bersama Dr. Azfar, dengan happynya wajahku ketika itu masuk ke bilikku 3 orang lagi antaranya Dr. Anum Head of Specialist, Dr. Izyan as Specialist as 1st assistant kepada Dr. Anum dan seorang lagi Medical Officer (aku rasa dia management people kot untuk approval aku dah boleh discharge maybe he is witness)
41. Dr. Anum mulakan bicara dan menyatakan dengan penuh bersemangat dengan wajah semua Doc ketika itu senyum je melihat apa reaction aku akan dengar ..
..”Congratulations Asyraf, you free now can discharge today! I give you more MC until 1st of September 2024 (Sunday) to recover and rest yourself at home 1st before you go work by 2nd September”..
Drama announcement bersurai dengan penuh emosi happy dalam sedih gituu, sebab memang aku request dekat Dr. Anum aku nak discharged awal supaya aku boleh ready untuk mula kerja selepas beberapa hari – Hospitalisation Leave.
Ketika mereka keluar bilik aku, Dr. Azfar bagitahu dia akan mulakan proses documentation Hospitalisation Leave aku dan bills rawatan serta farmasi sebelum aku gerak balik rumah secara Official.
###########
Tips Sebelum Dan Semasa Warded Di Hospital
1. Pastikan semua toiletries kita dah ready seperti ubat gigi penting ya, berus gigi, sabun mandi (pastikan gel bukan buku ya nak hygience kan), pencuci muka bagi yang suka hensem cantik tu bawak laa kan + Febreze Spray or Dettol Spray sangat digalakkan
2. Actually spray Dettol ni aku baru dapat spray persekitaran bilik aku stay hari Sabtu masa parents aku datang ziarah. Ya Allah lepas spray, segala gatal2 hama dan bau bilik yang dah macam2 pesakit masuk bilik aku stay tu semua hilang. Dan YES aku perasan batuk aku makin kurang sebab dah avoid any flu and cold virus yang terperangkap dalam bilik aku stay.
3. Sebagai pesakit, walaupun kita dah dibenarkan cabut jarum drip water dan oksigen dan kita bebas kemana2 , pesakit hanya boleh bersiar2 sekitar floor di mana tempat dia baring je , so memang tak boleh turun lif ke bawah walau tingkat 9 (aku stay tingkat 10) apatah lagi ke ground floor. Once kita breach this order akan jadi kes Polis so beringat lah ya.
4. Dan paling penting sebelum nak serah diri ke ED, pastikan kita sekiranya datang seorang atau dengan penjaga wajib dah beli air mineral a few bottle, air perisa oren ke anggur ikot korang lah, roti dan paling penting buah potong tu beli banyak laa sebab sangat membantu untuk hilangkan dehidrasi semasa di ED. Suasana di ED sibuk dan panas di beberapa sudut.
5. Semasa kita di ED, sebagai Muslim aku amalkan doa2 amalan dan tawakal sebab kita tak tahu anytime kita boleh tak sedarkan diri. Nanti banyak kemungkinan akan menyusahkan Doc, MA dan Nurse fokus ke kita je, pesakit lain? Aku yakin korang akan reply ..”alah klo nak collapse, colapse jugak” hehe betul tu semua tapi jujur aku cakap bila kita sangka baik dengan Allah, aku sendiri terkejut Kenapa aku dapat Ward Kelas Pertama ??
MasyaAllah amazing!
Sampai sekarang aku menaip blog post ni aku masih shocked dengan anugerah Allah Yang Maha Kaya.
############
My 100% Rating for Hospital Selayang Staff (no kipas2 , ni pengalaman warded as Adult)
1. Terima Kasih Dr. Deepa Balakrishnan, General Dr. Klinik Kesihatan Gombak Setia kerana cepat bertindak untuk keluarkan Surat Arahan untuk terus Warded di Hospital Selayang.
2. Dari pusat screening ke kaunter pendaftaran di ED, staff sangatlah welcome dengan senyuman walaupun dorang tengah pakai mask dan kelam kabut dekat ED. So dapat rasakan kelainan tu ..
3. Dr. Pakar, MA, Nurse di ED tak putus2 tanya khabar, soft spoken, helpful dan so professional handled my case.
4. In 24 hrs aku di ED, ada seorang Dr. Indian berkaca mata 40-an datang kat aku usap kepalaku penuh lembut macam aku ni anak diaa dan bagi kata2 semangat. Serius time nii body aku gigil sejuk panas badan dan worst cough , he come as good person , MasyaAllah!
5. After 24 hrs aku di ED, aku dibawa ke ward biasa untuk isolate and taking care from time to time dekat sebuah bilik khas yang aku stay alone with private toilet inside and window with green forest view. MasyaAllah!
so siang hari aku tak la bosan nak amik mood untuk sihat kan..
6. Sepanjang aku di Ward, from Specialist Dr to MA and all nurses lelaki wanita semua ya Allah sangatlah helpful, soft spoken, professionals, caring, open and friendly and talkative in good ways (sebab aku suka bertanya, jadi dorang akan reply in good words) MasyaAllah!
7. Terima Kasih kepada semua staff nurse in general dan khasnya Bro Kudin dan Kak Ruzaimah, you are my best friends yang aku rasa berat nak discharge pada masanya. Tapi apakan daya, kehidupan luar kita mesti teruskan, insyaAllah pape rojer je wasap hehe ..
– Bro Kudin and Kak Ruzaimah is Specialist Staff Nurse untuk kes aku Lungs Infection –
8. Head of Specialist kes aku Dr. Anum, she’s Indian her acting like mother and son. Ya Allah so helpful and can cooperate with my request and her words always make me touch and obey what she want to say. so ikut je cakap mak ..
9. Specialist Dr. Izyan, she’s Malay pon suka senyum like sister to her brother. Her advice make me like ..”okay kakak adik ikot jer”.
10. Dr. Azfar, general Doc untuk semua pesakit di Ward ni pon open minded, friendly anggap aku macam kawan je bila talk consultation tapi still maintain professionals , same like Dr. Anum, he can hear my request and try to slow talk with Dr. Anum , i need this and like that then YES! Alhamdulillah .. Allah mudah je urusan aku.
############
Costing Bills Warded + Parking Rate Hospital Selayang
– Warded RM116 (warded + blood test + radiology)
– Parking Kereta RM90 (RM14 per day X 6 hari warded)
– Total = RM206.00
Korang boleh rujuk website rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan Caj yang dikenakan Disini —> https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/165
ALAMAT HOSPITAL SELAYANG & NOMBOR TELEFON (MAIN LINE)
– Hospital Selayang, Lebuhraya Selayang – Kepong, 68100 Batu Caves, Selangor
– 03-6126 3333
.
.
Terima Kasih sudi baca cerita pengalaman aku Warded di Hospital Selayang ni dari atas sekali sampai lah kesini. Mungkin artikel penulisan aku ini akan dapat membantu korang untuk bersedia warded di mana2 Hospital Kerajaan khususnya nanti.
Korang ada pengalaman warded dekat Hospital negeri mana? Share lah komen, nanti aku baca.
Discover more from ASYRAF ASRI
Subscribe to get the latest posts sent to your email.