Baru Aku Faham Perbezaan Endemik, Epidemik dan Pandemik Ni | Baru baru ni aku terbaca satu artikel dekat satu blog berkaitan kesihatan tubuh badan kita sebenarnya dipengaruhi dengan Cara Bagaimana kita memilih makanan dan Cara Bagaimana nak menyediakan makanan tu dengan masakan dan sebagainya.
Biasalah kita ni kan Blogger Lifestyle yang jenis tak suka duduk saja. hehe
Memang setiap masa dalam 24 jam otak aku berfungsi dengan baik nak cari info itu info ini tentang sesuatu perkara.
Biasalah tu blogger lifestyle macam aku ni. Memang gitu kot sifatnya. haha …
Perasan ke tak, sejak Coronavirus atau lebih mudah dikenali sebagai Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia ketika ini.
Kebanyakan syarikat penerbitan berita seluruh dunia sama ada terbitan digital dan cetakan ketika ini sedang menggunakan perkataan “pandemik” apabila menyampaikan suatu berita terbaru dan terkini yang berkaitan dengan covid-19.
Kalau kau orang tak perasan tu.
Aku tak tahu nak cakap apa.
Cumanya tulah pergi la mana mana planet keluar dari bumi ni kau tinggal kat sana.
Jangan balik balik dah! haha …
Sebenarnya sekarang ketika aku sedang tulis artikel ni, aku baru terpikir apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan “pandemik”.
Asyik asyik sebut pandemik.
Kenapa tak sebut peny4kit ke atau apa apa je lah yang boleh disebut kan ?
Maka aku pun tanya lah Mr. Google apa yang dimaksudkan dengan ..
PERBEZAAN MAKSUD ENDEMIK , EPIDEMIK DAN PANDEMIK
Mengikut pencarian, pembacaan dan penelitian aku melalui beberapa sumber rujukan yang terbaik di Google melalui laman Wikipedia
(ewaahhh ..ayat kau Asyraf…macam tengah tulis artikel tuk terbitan majalah jer!) hahah …
Untuk ketiga tiga perkataan ini iaitu Endemik, Epidemik dan Pandemik ia adalah bahasa peny4kit yang sesuai diistilahkan untuk peny4kit berjangkit apabila ingin melaporkan sesuatu berita.
Di Malaysia ni peny4kit berjangkit yang selalu menjengah dan meningkat bilangan kes setiap tahun adalah demam denggi.
Peny4kit yang berjangkit ini boleh terjadi disebabkan di persekitaran perumahan kita yang terdedah dengan pencemaran longgokan sampah yang tidak terkawal dan air kumbahan serta longkang yang tersumbat berkurun lama tidak dibaiki.
Sehingga menyebabkan nyamuk nyamuk aedes tidak cukup makanan untuk bertahan.
Maka nyamuk nyamuk yang sudah tentu kotor ni mencari mangsanya iaitu kita lah orangnya yang terkena virus demam denggi.
Jom kita fahamkan sama-sama apa yang dimaksudkan untuk tiga (3) perkataan ni ..
Jika peny4kit berjangkit itu baru saja berlaku disebabkan sesuatu di sebuah kawasan (daerah dalam negeri) tersebut dan jumlah yang terkena itu masih di tahap biasa ia telah disimpulkan oleh WHO dan dikenali sebagai ENDEMIK.
Jika peny4kit berjangkit itu telah bertambah bilangan orang (jumlah yang masih ditahap minimum) yang terkena dan tersebar ke negeri lain ia lebih dikenali sebagai EPIDEMIK.
Jika peny4kit berjangkit seperti (SARS , CORONAVIRUS , etc) telah bertambah bilangan jumlah pes4kit dan tersebar ke seluruh negara bukan hanya tertakluk di negara tersebut lagi.
Ia akan dikenali sebagai PANDEMIK. Kerana wabak peny4kit ini sudah tidak terkawal lagi.
Mungkin dari segi pencegahannya lambat untuk s3mbuh dan pulih disebabkan (vaksin , ub4t) tidak cukup untuk menampung pes4kit dan kebarangkalian untuk s3mbuh itu susah untuk dis3mbuhkan.
Huh, lega!
Baru aku paham apa itu ketiga-tiga perkataan ni yang sokmo bermain dekat pikiran aku sejak kebelakangan ni.
Aku pun tak paham Kenapa aku sibuk nak tahu pasal ni.
Entah lah! Mungkin pemikiran blogger ni memang macam tu kot.
Susah jadi Asyraf ni.
Berhati-hati lah nak jadi seperti aku ni seorang Blogger Malaysia Paling Helok.
Discover more from ASYRAF ASRI
Subscribe to get the latest posts sent to your email.