Renew Domain Hosting NetKL Hasil Ber Uber Grab Jer


ASsalamualaikum Warahmatullah, Salam Bahagia kepada anda yang terus menerus
sudi singgah ke blog AsyrafAsri.com ini.

Berita gembira buat saya sendiri dan juga follower tegar niche peribadi dan
kerjaya Airlines untuk blog ini Asyraf Asri dot Com. Kerana saya baru saja renew contract dengan pihak NetKL.

Makanya, blog saya akan sentiasa ada wujud di online selama1 tahun akan datang untuk tahun 2018.

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik tak sangka dah hampir 7 tahun saya berblogging.

5 tahun dengan pihak syarikat NetKL untuk hosting dan domain blog ini.

Cukup 2 tahun kekal guna domain www.AsyrafAsri.com .

Sebelum ni guna domain lain. Boleh baca kat post ini.

Renew Domain Hosting NetKL Hasil Ber Uber Grab Jer. Ya, inilah saya nak cerita sikit kat sini.

Best sangat sebenarnya bila kita dapat bayar komitmen blog selain komitmen yang lagi penting  terutama bank setiap bulan untuk kereta, astro, bil internet dan sebagainya.

Blog ni tak lah wajib sangat nak renew. Tapi kalau kita niat nak jadikan blogging satu kerjaya.
Semestinya bila sampai waktu kena bayar, kita renew jelah contract.

Ok, cakap pasal bayar domain hosting NetKL guna duit Uber Grab. Ye memang betul saya cakap. Tak tipu ok.

Lagipun memang saya dah daftar Uber Grab secara legal. Dan merasai pengalaman sebenar bila memandu Uber Grab. Pastinya duit sampingan yang lumayan bagi diri saya pun dah rasa.

Waktunya fleksibel, ikut suka hati lah nak keluar rumah pandu Uber Grab tu. Janji masyukk.

Kadang tu ada waktu saya ber Uber Grab selepas subuh sampai petang. Ada masanya saya mula  drive Uber Grab dari jam 4 petang sampai 11 malam.

Ikut kesesuaian waktu kita nak ada duit.

Tapi jika anda betul betul nak bekerja secara full time dengan Uber atau GrabCar. Lebih baik
teruskan niat murni itu.

Sebabnya memang ada rakan Uber Grab saya yang buat full time. Gajinya dibayar sebulan
mengalah orang pegang jawatan Manager company. Almost RM10K.

Serius tak tipu. Tapi cara anda ber Uber Grab tu kena pandai lah. Jangan hari ni full trip
dari lepas subuh sampai 12 malam.

Esoknya anda rest. So rating tu boleh turun tau. Bahaya la, so manage lah pemanduan
Uber Grab dengan baik.

Okaylah duit tepi saya ber Grab tu dapat komisen RM91 kan. Terus transfer, dan terus
renew dengan NetKL. Setel kerja tak perlu nak tunggu gaji tetap masuk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring

8 Comments

  1. reezluv December 27, 2017
    • asyrafasri December 27, 2017
  2. Ibu Zaid December 22, 2017
    • asyrafasri December 23, 2017
  3. titan December 22, 2017
    • asyrafasri December 23, 2017
  4. Anuar December 22, 2017
    • asyrafasri December 23, 2017

Add Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: