Skip to content

Renew Insurans Axia Secara Online Dengan Takaful Malaysia

Renew-Insurans-Axia-Secara-Online

Hari ni 4 July 2022, aku baru saja renew insurans kereta Axia secara online dengan Takaful Malaysia. Hampir 2 jam jugak lah aku belek-belek harga dengan beberapa syarikat insurans yang ada dekat Malaysia ni. hahah

Antara syarikat insurans yang aku review perbandingan dari segi harganya tu adalah dengan Etiqa Takaful, Takaful Ikhlas dan Takaful Malaysia.

Sebagai seorang Muslim, kita digalakkan elak riba’ dalam apa jua urusan.

Jadi aku memilih Takaful untuk renew insurans Axia.

Maksudnya aku renew Takaful Axia instead of aku renew Insurance Axia.

Fahamkan sedikit perbezaan kalimah tu okay ?

Tapi jangan ambil enteng ya. Kalau difahamkan maksud Syariah Compliant tu sangat banyak benda yang kita boleh elak dalam urusan jual beli ni.

Okay lah, kita sambung …

Renew insurans Axia aku pada tahun ni agak sedikit awal ya lebih kurang 2 minggu awal macam tu, disebabkan aku risau aku terlupa nak renew nanti memandangkan sedikit masa lagi kita akan menyambut dan meraikan Hari Raya Haji.

Hari Raya Haji telah diumumkan Kerajaan dan akan disambut umat islam pada hari Ahad 10 July 2022 bersamaan 10 Zulhijjah 1443.

So aku sangat yakin jika aku renew lewat dekat-dekat insurans nak expired, time tu lah system syarikat insurans tergendala lah .. lack of staff lah disebabkan semua nak bercuti balik kampung.

Kita semua bukan tak tahu Malaysia ni kan pantang bila nak dekat perayaan je mesti akan ada lompong-lompong lah dekat mana-mana syarikat untuk pulang berhari raya.

Konfem segala urusan kita yang masih jauh lagi nak setelkan tu akan jadi semakin lambat disebabkan isu-isu macam ni lah.

Lagipun aku pernah ada pengalaman kerja dalam syarikat insurans ni so aku sangat faham situasi cemas itu. hahah ..

Baca Juga Modal Buka Car Wash Bermula RM20k Sahaja

# Harga Insurans Axia Pada Tahun 2022

Daripada perbandingan yang aku buat hampir 2 jam tu (berpinar ya mataku) sebab nak tengok perbezaan harga dan kelebihan yang setiap syarikat insurans tu tawarkan kepada customer mereka.

Harga Takaful Ikhlas adalah RM6.62 lebih mahal dari Takaful Malaysia.

Etiqa Takaful sedikit murah iaitu sekitar RM4.28 lebih mahal dari Takaful Malaysia.

So lepas dah tolak :

NCD 55% (No Claim Discount) + Rebate (Discount) 10% :

Maka aku betul-betul decided untuk renew takaful insurans Axia pada tahun 2022 ini dengan Takaful Malaysia sebanyak RM 370.74 sahaja TANPA Add-on Benefits.

Harga-RENEW-Insurans-Axia-2022-TAKAFUL-MALAYSIA

# Kelebihan Takaful Malaysia Untuk Setiap Kali Renewal Insurans

Haaa .. ini part paling best ya untuk renew Insurans Axia secara online dengan Takaful Malaysia.

Bahagian ni lah mata aku berpinar sekali lagi nak faham setiap kelebihan yang ditawarkan oleh syarikat insurans berdasarkan Terms & Condition yang mereka tetapkan.

Serius penat aku nak faham bahagian ni semua ya.

Walaupun aku pernah bekerja dalam sebuah company insurans suatu ketika dulu tapi sebagai manusia biasa, kita jangan terlalu nak cepat buat keputusan dengan terburu-buru.

Nanti apa yang kau sepatunya dapat, melepas macam tu je. Dah rugi bayar mahal-mahal.

1. Complimentary Personal Accident (PA) coverage of RM 15,000 for each driver and passengers.

Setelah aku baca dan fahamkan Product Disclosure Sheet ni, makna kata Driver kereta dan setiap passenger dalam kereta akan diberi RM 15,000 setiap orang sekali sahaja secara lump sum apabila berlakunya kemalangan.

Sebagai contoh dalam sebuah kereta ada 5 tempat duduk dan didalamnya ada 5 orang termasuk driver, Takaful Malaysia akan bayar RM 15,000 setiap orang secara lump sum untuk satu tuntutan kemalangan sahaja.

Berbeza dengan Etiqa Takaful tidak disediakan Add-on PA

dan

Takaful Ikhlas hanya akan bayar RM 10,000 untuk seorang peserta dalam 1 kereta apabila kemalangan berlaku.

2. All authorised drivers are automatically covered with no extra costs.

Untuk benefits ni hanya Takaful Malaysia yang cover semua drivers secara unlimited.

Etiqa Takaful hanya cover 10 driver sahaja. Driver ke-11 dan seterusnya perlu bayar untuk di-cover.

Takaful Ikhlas customer kena add-on (tambah duit) untuk dapat kelebihan ini.

# Add-on Benefits Yang Aku Tambah Sebelum Check-out

Okay bab ni paling aku berfikir panjang ya untuk Renew Insurans Axia Secara Online.

Sangat crucial dan memenatkan .. haha

Mana taknya, jika aku teruskan pembayaran RM370.74 sahaja dari sudut kos renewal insurans tu memang dah sangat murah untuk Perodua Axia yang dah masuk tahun ke-5 ni.

Tapi ia akan menjadi sangat costing dalam masa setahun akan datang sekiranya berlaku perkara tak diingini, time tu tak usah cakap lah.

Jenuh fikir mana lagi duit nak cekau time terdesak. Time tengah-tengah bulan pulak tu kan?

Aku ni stay dekat bandar Metropolitan KL, gaji aku still di tahap B40 beb. Miskin bandar ya.

hmmm ..bertabah lah

Jadi aku Add-on benefits untuk COVER FOR WINDSCREENS, WINDOWS AND SUNROOF dengan tambahan minimum RM75.00 untuk Sum Covered (jumlah perlindungan) sebanyak RM500 sahaja.

Aku ada buat bacaan tambahan di beberapa blog kereta, sekiranya berlaku cermin kereta pecah, untuk ganti tu ia akan menelan kos diantara RM500 – RM600 untuk kereta Axia.

Kos RM500 – RM600 ini adalah cermin original bukan cap ayam yang dah termasuk kos upah pasang.

Serius penat ya bila aku nak fikir, perlu ke aku tambah RM75 lagi ni.

Perlu ke tak perlu ??

Ya Allah penat weh.

Yang faham je fahammmm kan …

Yelah mana nak cekau duit ganti cermin kereta dalam 500 lebih macam tu kawan-kawan oii!

Total sebelum Add-on windscreen RM 370.74

Total selepas Add-on windscreen RM 442.29

Alhamdulillah … wa lau pun haha!

Sekiranya anda rasa artikel ni bermanfaat.

Jangan lupa share dekat kawan-kawan dan sedara mara okay.

Moh ler kita jadi seorang yang in-details dalam bab-bab duit ni .. githuw

Baca Juga Servis 80,000 km di Perodua Service Centre Bentong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *