Skip to content

5 Resorts Terbaik Di Bentong, Pahang Untuk Tahun 2022

resorts-terbaik-di-bentong

Jika anda bercadang untuk bercuti di Bentong, Pahang dan sedang mencari tempat penginapan, mungkin anda boleh tengok sini dulu senarai 5 Resorts Terbaik yang ada di Bentong, Pahang untuk tahun 2022.

Bentong bukanlah sebuah bandar besar jika dibandingkan dengan ibu negeri Pahang iaitu Kuantan. Tetapi ia merupakan bandar ketiga terbesar selepas Temerloh.

Jadi anda boleh agak ianya tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

Dahulu Bandar Bentong ni sunyi je, tetapi sekarang 1 Malaysia apabila menjelangnya hari Jumaat dan hari minggu akan terus jammed sesak sama ada dari KL nak masuk Bentong atau dari Bentong nak pulang ke Kuala Lumpur.

Kerana Bentong kini bukan sahaja terkenal dengan Genting Highland, Bukit Tinggi dan Janda Baik.

Bentong kini sangat terkenal disebabkan adanya restoren melayu Lemang To’ki di tepi sungai.

Jadi sambil-sambil anda datang ke Bentong untuk singgah makan Lemang To’ki dan menikmati pelbagai jenis durian yang ada.

Anda juga boleh bermalam di bandar Bentong dengan perkhidmatan Resorts Terbaik di sekitar Bentong, Pahang.

5 Resorts Terbaik Di Bentong, Pahang Untuk Tahun 2022

Dalam senarai ini, kebanyakan resort adalah yang berdekatan dengan pusat bandar Bentong dan ia juga tidak jauh dengan tempat-tempat tarikan menarik yang ada di sekitar Bentong, Pahang.

BACA JUGA 5 Hotel Terbaik Di Bentong, Pahang.

athome-resort-bentong-pahang
#1. Athome Resort

Athome Resort ini berdekatan dengan restoren kedua Lemang To’ki yang terletak di tepi jalan utama menghala ke Kuala Lumpur iaitu di Kampung Benus.

Sekiranya anda datang ke sini, anda memang tak perasan langsung dimana terletaknya Athome Resort ini kerana resortnya ditutupi pagar daun dan pokok-pokok ala-ala resort.

Tujuanya satu untuk menutup pemandangan hotel ini. Ini membuatkan anda sebagai orang luar akan rasa selesa bermalam di Athome Resort.

Athome Resort mempunyai 6 jenis bilik antaranya Deluxe Family Suite, Family Suite, Deluxe Room, Junior Suite, Supreme Room dan Triple Deluxe Room.

Athome Resort beralamat di Lot 1057, Batu 2 1/2 Jalan Karak, Bentong Town, 28700 Bentong, Pahang.

Apabila anda keluar dari pintu gerbang Athome Resort ini, anda akan terus nampak beberapa kedai menjual durian dan berdekatan dengan Masjid Ketari.

Jika berminat, anda boleh buat tempahan di Shopee

The-Waterway-Villa-Bentong-Pahang
#2. The Waterway Villa

The Waterway Villa ini hanya beralamat di PT 21564 , Batu 7 , Jalan Kuala Lumpur Lama, Bukit Tinggi, Bentong Town, 28750 Bentong, Pahang.

Jika anda seorang pencinta alam semulajadi dan anda juga ingin berangan seperti Superstar seolah-olah bermalam di luar negara untuk tujuan konten media social anda ..

The Waterway Villa mempunyai 10 bilik yang ekslusif antaranya Glass Villa Deluxe Room, Glass Villa First Floor Room, Glass Villa Ground Floor Room, Stone Villa Family Suite, Stone Villa Suite, Bali Villa Corner View Room, Bali Villa Corner Suite, Bali Villa Suite, Bamboo Villa dan Deluxe Hill Villa.

Rata-rata pengunjung memberi rating positif untuk setiap view bilik yang ditawarkan.

Jika berminat, anda boleh buat tempahan di Shopee

Ellin-Forest-Karaoke-Pool-Resort-Bukit-Tinggi-Bentong-Pahang
#3. Ellin Forest Karaoke & Pool Resort Bukit Tinggi

Ellin Forest Karaoke & Pool Resort Bukit Tinggi beralamat di Leafre Vacation House, Bentong Town, 28700 Bentong, Pahang.

Anda tidak akan menyesal bermalam di Ellin Forest Karaoke ini kerana rata-rata pengunjung yang bermalam memberi rating 10 Bintang Value for Money di laman Agoda.

Ellin Forest Karaoke & Pool Resort Bukit Tinggi mempunyai 8 bilik yang selesa antaranya Premium Quadruple Room, Quadruple Room, Family Room, Standard Double Room, Superior King Room, Standard King Room, Deluxe Double Room (1 adult + 1 child) dan Deluxe King Room.

Jika berminat, anda boleh buat tempahan di Shopee

The-Acacia-Retreat-Bentong-Pahang
#4. The Acacia Retreat

The Acacia Retreat beralamat di Lot 3579 & 3580, Lebuhraya Karak E8 (LPT) KM70, Bentong Town, 28600 Bentong Pahang.

Rata-rata pengunjung yang bermalam memberi komen 10 bilik yang ditawarkan sangat Spacious dan relax serta pemandangan hutan semulajadi yang mendamaikan antara biliknya Mansion Villa, Wooden Chalet, Wooden Block, Wooden Villa, Red Cottage, Simple Plus Double, Simple Double, Bachelor Room, Specialty King Room dan Deluxe 2 Twins.

Jika berminat, anda boleh buat tempahan di Shopee

Bentong-Eco-Welness-Resort-by-CH-Home-Services-Pahang

#5. Bentong Eco Wellness Resort by CH Home Services

Bentong Eco Wellness Resort by CH Home Services beralamat di 2679, Bentong Town, 27600 Bentong, Pahang.

Kebanyakan penjunjung yang bermalam memberi rating positif antaranya Good for educational activities for kids because the are big swimming pools, fish and Agro farm.

10 bilik yang ditawarkan bukan saja Value for money untuk bermalam tetapi Bentong Eco Wellness juga mempunya Agro Farm mereka yang tersendiri.

Antara biliknya Building Room, Deluxe Villa, Building A Triple Room, Family Suite Garden View, Eight-Bedroom House, Superior Suite, Super Deluxe Room, Junior Suites, Deluxe Room dan Family Suites.

Jika berminat, anda boleh buat tempahan di Shopee

Jangan Lupa Share dekat kawan-kawan dan family members okay.

BACA JUGA 17 Hotel Di Bentong Pahang Ratingnya 5 Star Dan Breakfast Included