Skip to content

REVIEW NetKL. Alhamdulillah Masuk Tahun Ke-7 Aku Guna Servis Domain & Hosting NetKL.

Review-NetKL

Bismillah.

Alhamdulillah, aku sangat bersyukur sebab dah masuk tahun ke 7 aku guna perkhidmatan Domain & Hosting dari NetKL.

Tarikh tepat Domain & Hosting NetKL yang aku guna sekarang ni akan berakhir bulan 12, tahun 2022 ni.

Seminggu yang lepas, aku dapat gaji kerja hakiki pada akhir bulan selepas dah tolak semua komitmen wajib barulah aku renew Domain & hosting AsyrafAsri.com ni.

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sebab dah renew.

Yelah kalau ikutkan nak renew untuk bulan 12 ni nanti, tarikh tu dekat sangat nak gaji bulan 12 tapi ada gap nak tunggu dapat gaji kerja hakiki aku sekarang ni.

So, aku renew lah awal-awal supaya tak kalut kan .. hehe

Kiranya renewal domain dan hosting NetKL untuk tahun 2023 ni, aku renew awal sebulan.

Macam renew insurans kereta aku pulak dah hahah. Yelah weh senang tak kalut kemudian hari.

Aku ni dah la tak suka buat kerja last mins. Walaupun .. hakikatnya setiap hari kita dipenuhi dengan plan last minit kan tapi sebagai manusia yang bertanggungjawab,

chewwaahhh .. ahahah kita kena lah pandai multi-tasking.

Sebelum ni aku ada cerita Kenapa Web Hosting Provider NetKL Terbaik Selama Hampir 7 Tahun Aku Guna. Boleh Baca Sini.

REVIEW NetKL. Alhamdulillah Masuk Tahun Ke-7 Aku Guna Servis Domain & Hosting NetKL.

Setiap orang ada pandangan masing-masing. Ini dari sudut pandang aku sebagai seorang penulis blog yang dah beli domain dan hosting dari NetKL sejak bulan 12, 2016.

Setiap tahun aku renew sehingga lah sekarang dah nak berakhir bulan 12, 2022.

4 Jenis Hosting Berpatutan Yang Sesuai Untuk Blogger @ Webmaster Beginner

Kalau mengikut pemahaman aku dekat website utama NetKL, diorang tawarkan pakej hosting yang bermula dari :

1. Shared Hosting

– sesuai untuk penulis blog yang baru nak berjinak-jinak dengan domain sendiri

– servis ni lebih murah berbanding yang lain bermula dengan harga RM 60 setahun

2. WordPress Hosting

– sesuai untuk penulis blog, webmaster, peniaga .. yang banyak cabang bisnes dan storan maklumat

– bagi aku sangat rugi kalau aku ambik hosting ni sebab aku tak banyak blog dan konten yang pelbagai (buat masa ni lah hehe)

3. VPS @ Virtual Private Server

– sesuai kepada mereka yang ada banyak blog, webmaster yang suka buat kerja editing graphic website client

– company besar yang berjenama mostly guna servis ni

– harganya bermula dari RM 950 sebulan

4. Dedicated Server

– fungsi ni lebih kurang sama seperti VPS tapi lebih advance

Kalau korang tanya aku, mana Hosting yang lebih baik ambik untuk cuba-cuba dulu sebagai Blogger yang baru nak berjinak dengan dunia penulisan, informasi dan konten ??

Cadangan aku yang dah guna servis NetKL yang dah hampir 6 tahun ni, korang patut cuba Shared Hosting je dulu dengan bayaran setahun sekali RM60.

By the way, korang yang pemula @ beginner dalam dunia blog ni tahu dak apa itu Hosting ni?

Okay takpe, aku ceritakan serba ringkas ya. 🙂

Hosting ni dimana kita bayar servis kepada NetKL untuk kita menyimpan data-data blog kita seperti penulisan, gambar, video dan sebagainya.

Hosting ni jugak fungsinya untuk memaparkan website atau blog kita ke seluruh dunia di alam maya – online.

Untuk pengetahuan korang jugak, sekarang ni NetKL dah tak menyediakan servis Domain percuma seperti dulu. Makna katanya, korang kena beli Domain (namablogkita.com) dan Hosting dengan NetKL.

Jadi kat sini, kita kena bayar 2 harga untuk 2 servis dalam 1 invois.

Sebagai contoh, korang ambik pakej Domain dan Hosting NetKL.

Setiap tahun korang akan renew :

1. Domain .com = RM 55

+

2. Hosting (pakej mySilver) = RM 60

Jumlah untuk renew setiap tahun = RM115

Macam aku setiap tahun aku renew domain dan hosting NetKL dengan jumlah = RM 155 (domain .com + pakej hosting myGold)

Baca Juga Review NetKL. Cara Daftar Domain NetKL

Review NetKL Selama Hampir 6 Tahun Guna Servis Terpantas ni

1. Setiap kali server down, kita bagitahu NetKL samada dekat panel akaun NetKL atau hantar je dekat email support.

Alhamdulillah tak sampai 5 minit diorang akan reply mesej kita dan bantu untuk kembalikan blog atau website kita kepada normal.

Server down bermaksud, bila kita buka blog kita dekat phone atau laptop @ pc, takde paparan blog kita dekat google, bing dan sebagainya. Ia macam error, itu maksudnya mungkin disebabkan update terkini kita dari segi penukaran template, update plugin dan lain-lain.

2. Setiap kali blog kita ada masalah, NetKL selesaikan masalah blog kita dengan kadar cepat.

So tak perlu risau untuk tunggu lama-lama dalam masa 24 jam untuk blog kita kembali normal.

Dalam 1-2 jam (mostly expected yang aku alami) macam tu je paparan blog kita kembali normal

Dan Team NetKL jugak akan bagitahu kita Apa Sebenarnya Berlaku kat Blog kita dan mereka juga akan ajarkan cara untuk setelkan sesuatu isu blog ni dengan cara kita.

So akan datang tak perlulah asyik-asyik nak kena suap je kan hehe ..

So dekat sini, aku suka sebab ada ilmu baru yang kita boleh belajar.

Rilekslah guys, hidup ni kan penuh dengan Ilmu. Jadi kita wajib belajar setiap hari.

Diharapnya, perkongsian review jujur aku sebagai seorang penulis blog yang menggunakan servis NetKL ni membantu korang diluar sana yang ingin masuk dunia konten dengan menulis blog ni berjaya dan sentiasa istiqomah dengan apa yang kita niatkan. 🙂

Korang suka baca pasal blogging ni? Nah, tekan sini artikel blogging 🙂