Hotel Review

RM60.50 Saja Bermalam Di Mana-Mana Hotel NIDA ROOMS

ASsalamualaikum Warahmatullah, Salam Sejahtera.

Macam biasa mood vacation makin menjadi-jadi. Mentang-mentang kau dapat FREE penginapan Hotel.

Okay, serius. Betul saya dapat percuma je stay di hotel. Tapi bukan best sangat pun, sebab kena bekerja
office hour then baru dapat merasa jalan sana sini dah penat baru manjakan diri di hotel yang tilamnya
buat kita rasa geram nak tidur je. Hahah ..

RM60.50 Saja Bermalam Di Mana-Mana Hotel NIDA ROOMS. Biar betul ? Ya, benarlah fakta ini. Cewah ..

Okay seperti biasa, apa yang saya boleh cakap kat sini ialah saya suka melancong. Tidur hotel sana,
tidur hotel sini tak kisah bajet mahupun premium hotel asalkan dapat merasai nikmat bercuti walaupun
3 hari 2 malam bermula jumaat petang sampai ahad tengahari.

Sedih kan ? Yelah kerja 8 pagi 5 petang. Mana ada masa nak nak pergi travel sana sini macam orang bisnes.

Apapun insyaAllah, satu hari nanti akan jadi macam Jutawan Muda Safiey iLias yang sudi bagi job bernilai kat Asyraf bulan ramadhan lepas. Dah ada bisnes setiap hari masuk duit wah. Best kan ? ..

Berbalik kepada tajuk asal artikel RM60.50 Saja Bermalam Di Mana-Mana Hotel NIDA ROOMS. Saya tertarik untuk menulis penulisan ini khas untuk anda yang kaki travel atau kaki yang suka tidur hotel bajet khususnya.

Atau dalam erti ayat lain maksud yang sama , tak kisah tidur kat mana bila melancong. Asalkan dapat tidur sebentar dan sedikit selesa.

Sebelum saya berkongsi pengalaman tidur 1 malam saja di hotel bajet semurah ini. Sukacita saya
memperkenalkan kepada anda satu kumpulan atau sebuah organisasi bisnes yang ingin membantu orang macam kita-kita yang teringin nak tidur hotel yang “nampak mahal dari luaran TAPI murah je”.

Mereka ialah NIDA Rooms.

NIDA Rooms Tawar Harga Serendah RM60 Dan Keselesaan Serupa Hotel Mewah

Apa NIDA Rooms ni ? Siapa mereka ? Apakah fungsi NIDA Rooms kepada hotel visitor ?

Secara ringkas yang saya boleh bagitahu korang adalah : –

1. Mana-mana Hotel Bajet yang anda pergi ada logo @ lambang NIDA Rooms diluar
Hotel bermakna kawalan harga hotel yang ditawarkan dikawal ketat.

2. Keselesaan mana-mana Hotel dibawah kendalian NIDA Rooms sangat mengujakan visitor
untuk bermalam.

3. Anda akan dibayar 2 kali ganda harga yang ditawarkan NIDA Rooms jika korang jumpa
hotel lain diluar sana lebih murah dari yang ditawarkan NIDA Rooms.

Haa ? Macam mana tu .. okay takpe usah kalut.

Dah ada review pasal ini. Korang klik link ini untuk pemahaman lebih lanjut
mengenai NIDA Rooms menawarkan harga hotel murah mampu milik berkongsepkan
Agoda, Trivago dan Traveloka.

1 Malam Hanya RM60.50 Bermalam di MoonNight Hotel di Bawah Penjagaan NIDA Rooms

Bila dah kata kita ni suka travel, suka jalan-jalan sana sini. Kita kan Blogger. Penulis ni kena ada rasa free mind bila dia kembali nak menulis setelah sekian lama Writer’s Block di minda seorang Blogger sudah tersemat.  Jadi dia seharusnya merasai ketenangan jiwa sebentar.

Jadi saya pilih untuk bermalam di Moonnight Hotel Batu Caves, Selangor.

Sebenarnya saya pertama kali nak bermalam di Hotel dibawah kendalian dan patuhan
syarat-syarat NIDA Rooms ini. Jadi saya pun macam biasa masuk Agoda dan cari hotel bajet
yang berpatutan untuk kembali sihat my otak ni untuk berfikir waras. Hahah ..

Akhirnya terjumpalah Moonnight Hotel dari banyak-banyak Hotel. Ini yang paling murah
hanya bayar melalui kad debit thru online sebanyak RM60.50 dah termasuk tax (inclusive of GST).

Alhamdulillah bermalamlah saya di Moonnight Hotel Batu Caves Selangor ini.

Review Jujur Asyraf Sebagai Blogger ?

Yelah kita sebagai Blogger atau lebih dikenali sebagai orang media yang tak bertauliah
(no degree in masscomm) tapi bolehlah jugak nak tulis sedikit review. Mana tahu kan ,
disebabkan review ikhlas jujur ni boleh menaikkan nama NIDA Rooms dan Moonnight Hotel
pergi lebih jauh.

Lepas tu dapat pulak Complimentary dari pihak NIDA Rooms terutamanya 6 bulan dapat
bermalam di mana-mana hotel bawah kendalian NIDA secara PERCUMA je. Hahah bestnya !

Bercuti jelah saya lepas ni.

InyaAllah, Amiiin.

Berbalik kepada review Jujur Asyraf sebagai Blogger untuk MoonNight Hotel by NIDA Rooms.
Apa yang boleh saya cakap disini ialah : –

Kelebihan –

1. Tengok dalam gambar google dan Agoda online booking cantik dari luar hotel, sampai je
depan hotel yes memang okay sangat. Rasa selamat dan selesa.

2. Walaupun masa check-in tu Front-Desk Hotel seorang bangla. Tapi english communication
and his attitude to customer so brilliant. Thanks to MoonNight Hotel.

3. Melangkah masuk bilik hotel. Wow, wanginya ! Semua sarung bantal, alas tilam katil
dan selimut bau Downy tu kuat giler. So kita sebagai customer rasa selesa sangat
dan tak fikir pun hotel ni pengotor. Tahniah MoonNight Hotel Batu Caves, Selangor sekali lagi.

4. All decorations dalam bilik simple tapi sangat kemas dan memberi kita sebagai customer
akan bercakap dalam hati “Wow hotel ni bagusnya, harga murah tapi decorations and all functions
macam bukan hotel bajet”.

5. Wifi yang disediakan bajet Hotel ni sangat okay, takde masalah line lembab. Sangat laju nak surf
internet.

6. Aircond sejuk dan boleh diselaraskan sedikit panas bila tidur malam. Jadi tiada isu aircond tak
berfungsi selepas dikurangkan suhu sejuknya.

Kekurangan –

7. Jujurnya saya bagitahu anda kalau bawak anak kecil seperti baby tak sesuai untuk bermalam
di MoonNight Hotel. Sebabnya ruang luar bilik hotel terlalu rapat dan sedikit bising.

– Takut anak anda tak boleh tidur dan mungkin jugak anak kesayangan anda menggangu jiran
bilik sebelah.

– Hotel ini bagi saya hanya sesuai untuk bermalam bagi kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke-atas
bersama orang dewasa.

8. Pintu bilik Hotel hanya guna kunci macam rumah sendiri. Bukan pakai touch and Go. Jadi sedikit bahaya tu ada walaupun setiap ruangan pejalan kaki sebelum masuk bilik ada kamera cctv.

Kesimpualannya, bagi saya sebagai Blogger yang sentiasa nak idea menulis bila bermalam di mana-mana Hotel bajet mahupun mewah. Bagi saya MoonNight Hotel hotel bajet yang sangat bagus dari segi hospitality dan berbaloi dibayar untuk 1 malam saja.

Macam Mana Nak Booking MoonNight Hotel dibawah Pantauan NIDA Rooms ?

Senang je tak susah pun. Macam biasa seperti mana mana artikel saya sebelum ini pun dah bagitahu
anda kalau nak booking hotel, better booking dan bayar thru online sebabnya satu je mudah
dan murah. Lebih murah dari harga apabila walk-in ke Hotel.

Sampai hotel je bagi ittenary then boleh masuk hotel rest sepuasnya.

Kalau nak booking Hotel thru online disini ya Beli Harga Bilik Hotel Serendah
RM50 Hanya di NIDA Rooms.

atau

MoonNight Hotel
1-16, Jalan Batu Caves,
Taman Sunway Batu Caves,
68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia

t: +603 – 6177 7365

One thought on “RM60.50 Saja Bermalam Di Mana-Mana Hotel NIDA ROOMS”

    1. Yup , bujang and couple (married) sesuai lah. Rm100 tu mahal kot untuk 1 malam. TuneHotel tak pernah tidur lagi.

      Takut plak nak bermalam kat situ, dengarnya harga yang dibayar hanya untuk kipas je. Nak aircond kena tambah duit. Nak bantal kena tambah.

      Wah kayanya Asyraf!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge