Rugi Tak Cuba Nasi DALAI Sajian D’Hidang, Shah Alam

ASsalamualaikum, Salam sejahtera to all ..

Baru baru ni Asyraf datang Shah Alam ada job commercial perlu setelkan. Tapi sebelum
nak pergi singgah lah ke sebuah restoran melayu ni. Yelah dah panas terik mesti la nak makan dulu kan.

Baru bertenaga nak shoot itu ini. Kata artis ! Hahah ..

Apa yang Asyraf terkejut bila masuk je kedai makan ni. Macam bukan kedai makan biasa. Its look like
korang balik kampung dah lama tak jumpa atuk nenek. Ni haa .. 1001 makanan kampung terhidang.

Ya Tuhan, sungguh berselera.

Macam Asyraf sendiri kalau makan nasi tak kisah lauk apa. Asalkan ulam ulaman mesti kena ada.
Kalau takde rasa macam tak kena.

- Rugi Tak Cuba Nasi DALAI Sajian D'Hidang, Shah Alam

Bak kata budak budak Airlines, “Mariaa, semalam iolls lupa nak consume Vitamin C ! Patut lah
flight mak delay je”.

Hahahh, apa maksudnya ? .. Maknanya Asyraf rasa tak selesa lah senang cerita kalau takde sayur sayuran ulam ulaman hijau ni.

Maaflah, kita orang Kampung. hehe

Berbalik kepada tajuk asal artikel posting ni.

Rugi Tak Cuba Nasi DALAI Sajian D’Hidang, Shah Alam

Rugi You Alls Tak Cuba Nasi DALAI yang dihidang secara tradisi kampung oleh Sajian D’Hidang, Shah Alam.

Ya, sangat rugi ! Percayalah .. jom baca review ikhlas Asyraf ni.

- Rugi Tak Cuba Nasi DALAI Sajian D'Hidang, Shah Alam
Sebelum tu nak cerita sikit pasal Nasi DALAI. Apa itu Nasi DALAI ?

Dengar macam Arab kan. Tapi bukan. Sebutan je pelat Arab kat lidah Asyraf ni. heheh ..

Sebenarnya DALAI adalah singkatan bagi Nasi Masak Lemak Daging Salai.

Nasi DALAI ni adalah menu Ideal untuk orang yang sibuk sebabnya ia sudah dimasak dan dihidangkan
dalam 1 set pinggan.

- Rugi Tak Cuba Nasi DALAI Sajian D'Hidang, Shah Alam

Apa yang ada dalam pinggan ? Jangan risau konfem terliur dan kenyang insyaAllah.

Dalam 1 pinggan saja anda akan dihidangkan Nasi opkos kalau tak konfem tak kenyang.

Ingat awak tu tekak orang Melayu. So mohon faham heheh ..

Lauk yang anda akan dapat dalam 1 pinggan adalah :

1. 1 mangkuk Daging salai masak lemak (dagingnya banyak)

2. Kerabu Sayur

3. Ikan Masin berlada (cukup resepi)

4. Sambal Belacan (ada limau nipis, pergh!)

Beserta PERCUMA 1 gelas air Teh O Ais.

Macam mana ? Terkeliur ke lapar ni ..

- Rugi Tak Cuba Nasi DALAI Sajian D'Hidang, Shah Alam

Promosi Nasi DALAI dari 8 – 10 Januari 2018

Sempena artikel ni Asyraf dah kongsikan untuk anda area Shah Alam dan sekitar KL book cepat tarikh siap siap datang ke restoran D’ Hidang ya.

Tarikh tu harinya adalah isnin, selasa dan Rabu.

Yang paling best Asyraf nak SHARE korang boleh dapat menjamu selera dengan harga PROMOSI mereka ..

Nikmati DISKAUN ..

1 set Nasi DALAI hanya serendah RM4.95 sahaja. Harga biasa RM9.90.

Bayangkanlah, 1 pinggan penuh lengkap menu utama tradisi Melayu hanya boleh dapat dengan harga
sebegitu rupa.

Tapi ingat ya PROMOSI ini hanya diadakan pada tarikh yang Asyraf sebutkan tadi.

Haa, lagi Best nak war war kan ni ..

Anda boleh dapat 20% diskaun lagi dari harga Promosi tu hanya dengan :

.. nyatakan ‘ DISKAUN NASI DALAI ‘ dan send sms ke 018 – 253 4773

Ingat taw, nak dapat diskaun 20% tu kena SMS dulu sebelum datang at least sehari sebelum korang datang makan.

Maknannya korang dapat 50% DISKAUN dari harga asal Nasi DALAI RM9.90 tu.

- Rugi Tak Cuba Nasi DALAI Sajian D'Hidang, Shah Alam

Lagi Satu Rahsia

Sebagai blogger yang peramah dan suka senyum ala model. Asyraf nak bagi tahu satu RAHSIA restoran Sajian D’Hidang juga ada buat 1 Kad Sajian yang boleh didapati secara PERCUMA jika korang mintak dari cashier.

Kad Sajian tu fungsinya dapat makan secara PERCUMA pada hari hari tertentu setiap minggu yang D’ Sajian sudah sediakan jika dapatkan kad tersebut.

Siapa Yang Patut Datang ke D’ Sajian Hidang, Shah Alam

Yang pastinya semua orang yang suka makan masakan tradisi Melayu boleh datang.

Tapi Asyraf nak fokus terutamanya golongan sibuk :

1. Pekerja yang sibuk kesana kesini tak sempat nak cari parking kereta, datang je tempah, bungkus
boleh makan kat mana mana PERCUMA sekali Teh O Ais

2. Pemandu Uber dan GrabCar yang sibuk mencari rezeki yes anda semua dialukan datang mencuba

3. Student Universiti Kolej datang rasai nikmat masakan kampung dengan harga mampu milik

Untuk info korang, Nasi DALAI ini adalah menu set Ideal yang lengkap dalam 1 pinggan
dengan harga yang sangat mampu.

- Rugi Tak Cuba Nasi DALAI Sajian D'Hidang, Shah Alam

Dah Kenyang, Apa lagi bergambar dengan Owner Sajian D’Hidang
(Brother pakai Topi berkaca mata dan isterinya)

Alamat dan Contact Number Sajian D’Hidang

Bagi mereka mereka yang nak datang merasa masakan kampung yang sungguh sedap dan pastinya
kenyang tersenyum gembira.

Ini alamatnya :

Restoran Sajian D’Hidang
No. 10, Pusat Dagangan UMNO Bahagian Shah Alam,
Persiaran Damai, Seksyen 11,
40100 Shah Alam,
Selangor.

No Telefon : 03 – 5511 4015
Whatsapp : 018- 2534 773

Facebook klik sini Restoran Sajian D’Hidang

p/s – all great pictures shot by Jimmy from 90’s Studio 

- Rugi Tak Cuba Nasi DALAI Sajian D'Hidang, Shah Alam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring
  • 23
    Shares

4 Comments

  1. Wan Syahida Kahar January 7, 2018
    • asyrafasri January 9, 2018
  2. Anuar January 6, 2018
    • asyrafasri January 6, 2018

Add Comment

CommentLuv badge
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: