Saya Dah Cuba Sos Samyeang Keluaran Domino’s Pizza. Sekarang Nak Kongsikan Satu Dunia!

Saya Dah Cuba Sos Samyeang Keluaran Domino’s Pizza. Sekarang Nak Kongsikan Satu Dunia! | Siapa disini suka pedas dan kepedasan ? Hahah .. okay kita sama ya. Dan siapa disini juga peminat tegar Samyeang mee korea tu ? Kalau korang suka sangat Samyeang mee tu, haaa apa lagi jangan lupa dapatkan segera Samyeang Domino’s Pizza terbaru ini.

first-fan-sos-samyeang

Baru-baru ini Asyraf dijemput menghadiri majlis pelancaran Sos Samyeang di Shah Alam. Sangat teruja! Mana taknya kami dihidangi dengan 3 jenis pizza terbaru yang hangat diperkatakan selama ni ditambah pula dicicah dengan Sos Samyeang terbaru.

3-jenis-dominos-pizza-yang-terkenal-di-malaysia

Bagi korang yang dah tahu atau belum tahu 3 jenis pizza itu adalah Samyeang Tuna Pizza, Samyeang Beef Pizza dan Samyeang Chicken Pizza. Asyraf paling suka dan banyak kali ambik masuk mulut yang tengah lapar masa tu ialah Samyeang Tuna Pizza sebabnya memang kena dengan tekak.

Untuk pengetahuan korang di Korea, orang mereka memanggil menyebut sebutan pizza ini dengan bunyi Samyeang Pij-ja. Hahah lawak kan ? Tapi itulah hakikatnya.

sos-samyeang-pizza

Biasanya kalau kita di Kampung waktu petang, emak kita akan goreng cekodok, pisang goreng untuk dicicah dengan sos kan. Tiba-tiba pulak teringat kampung hahah .. yelah best kan. Oleh sebab itu Domino’s Pizza mengeluarkan Sos terbaru mereka dinamakan Sos Samyeang Pizza. Sos ini fungsinya untuk pelbagai jenis masakan ketika kita di rumah.

Oh ya sebelum terlupa, Sos Samyeang ini dibuat dan dihasilkan dengan teliti selama 6 bulan. Bagi memastikan ia betul-betul rasa asli korea. Seriusli memang sedap. Ia rasa manis dan masam ditambah dengan cili kepedasan yang menusuk. Tapi korang jangan risau ok, kepedasan sos ini memang kena dengan tekak orang Malaysia okay. Tak lah pedas sangat, tapi pedas lah jugak. Macam mana tu, ya orang kena try sendiri.

jejaka-dominos-pizza

Tak sabar nak singgah Domino’s Pizza ? Okay kalau berkehendak berkeinginan beli 1 botol Sos Samyeang ini harganya RM19.90 jika add-on. Manakala kalau nak beli secara ala-carte harganya RM24.90. Pilih lah yang mana satu pilihan kita.

Untuk penjimatan atau tasting tekak dulu, korang boleh dapatkan Domino’s Pizza saiz kecil pada harga RM3.90 pada setiap hari Selasa sahaja. Pembelian ini hanya tertumpu kepada pembelian atas talian (online) atau takeaway. Kalau nak beli terus di kaunter harganya RM4.90. Harga promo ini untuk saiz Pizza personal Samyeang.

model-sos-samyeang-pizza

Jom apa tunggu lagi singgah Domino’s Pizza yang berdekatan dengan rumah sekarang.

Website : www.dominos.com.my
Tel : 1-300 888 333

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring

2 Comments

  1. Anuar May 7, 2018
    • asyrafasri May 7, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: