I pernah dapat satu Whatsapp ini daripada seorang penonton.
Dia bertanya boleh tak dia dapatkan Takaful Hibah on behalf of suami dia? Dia akan bayarkan.
Contribution untuk hibah itu dan letak nama dia sendiri sebagai penerima hibah.
I punya jawapan kepada dia adalah memang tak boleh.
Dia tak boleh ambil Takaful Hibah on behalf of suami dia jika suami dia sendiri tak mahu benda itu, illegal ya buat benda ini.
Kalau nak buat pun, si suami kena ambil untuk diri dia sendiri dan barulah register isteri dia sebagai penerima hibah.
Lepas itu kalau si isteri nak tolong bayarkan contribution bulanan itu, silakan. I faham sangat concern isteri ini.
Dia risau kalau apa-apa berlaku pada suami dia, dan dia sebagai seorang suri rumah, anak pula dua-dua perempuan, tak ada anak lelaki dan tak boleh mengandung lagi, kalau apa-apa jadi dekat si suami, susah tak si isteri ini?
I pun kesian jugalah sebab si suami ini macam tak faham kepentingan Takaful Hibah.
Baca Lagi 5 Cara Pilih Kad Kredit (Kewangan) Jangan Salah Pilih!
Discover more from ASYRAF ASRI
Subscribe to get the latest posts sent to your email.