Selamat Hari Raya Aidilfitri (Raya2017)

ASsalamualaikum Warahmatullah, Salam Sejahtera. Salam Hari Raya Aidilfitri 1438 Hijrah.

Malaysia kan boleh beraya sampai sebulan. Inilah keunikan kita berhari raya sebagai orang Malaysia.

Best kan ? Paling tak syok esok dah hari Ahad 02 July 2017 dah masuk 8 syawal.
Cepat masa berlalu. Rasa nak balik semula ke hari pertama solat raya dan berhari raya semula.

Isnin ni 03 July dah start kerja bagi yang kerja ikut standard kerajaan. So sape lagi kalau
bukan Asyraf. Tapi seriusly Alhamdulillah syukur dapat cuti raya bermula tahun 2017 ni.

Dulu masa kerja Airlines , masa kerja mengikut timing shift. Of course la Senior-senior dulu
yang diberi keutamaan berhari raya. Masuk raya kedua or ketiga baru junior-junior ni dapat bercuti.

Tapi bagi Asyraf la. Mana-mana tempat pun sama sebenarnya bukan industri penerbangan saja kan ?

Asyraf Raya di Mana ?

1. Hari Raya Pertama – 1 Syawal

Sejurus selepas solat hari raya di masjid kawasan perumahan , kami sekeluarga pergi
ke rumah nenek sebelah ayah. Dekat je pun 15 minit dah sampai. Huhu ..

2. Hari Raya Kedua – 2 Syawal

Macam biasa pagi-pagi tu diantara jam 0800 pagi – 1000 pagi. Kami mengalukan
kedatangan tetamu dari kawasan sekitar rumah datang beraya dulu.

Tengahari , selepas solat zohor kami ke rumah nenek sebelah emak pulak.
Tak jauh pun dekat je 15 minit dah sampai. Hahah ..

Alhamdulillah, syukurlah kampung sebelah ayah dan emak memang dekat je dalam
daerah Bentong di negeri Pahang.

3. Hari Raya Ketiga – 3 Syawal

Raya di Pahang setel. #teamrayapahang tamat.

Kami konvoi 2 buah kereta dari rumah nenek sebelah emak pergi ziarah Atok dan Nenek saudara
yang sangat rapat di Perak.

So hashtag benda ni akan muncul pulak , hahah #teamrayaperak

Kami akan ke Perak setahun sekali. Tapi keakraban kami macam 3 kali balik Utara.

Alhamdulillah famili disana sangat baik melayan kami terutama kalau ada plan nak bercuti mesti
mereka akan bantu kami apa patut nak kemana-mana terutama ke Thailand. Hahah .. memang best ..

Sebab anak mereka sangat arif jalan Thai tu dan tahu apa yang patut dan tak patut bila kita
melancong kesana.

Juadah Hari Raya Asyraf Paling Suka ?

Kalau tanya bab makan bila hari raya ni opkoslah rendang dan lemang. Giler weyh setahun sekali kot
dapat rasa. Kalau ada orang buat pun selain dari bulan syawal tak sama rasa dan suasana raya tu.

Betul kan ? Korang pun tahu beza kesedapan lemang tu bila patut dimakan ..

Kueh raya ?

Cakap pasal kueh ni sebenarnya banyak jugak yang Asyraf suka makan.

Tapi yang paling minat setiap kali makan tak kisah waktunya. Masa datang rumah orang , ataupun kat rumah
sendiri sekalipun makan kat depan tv dan mengadap blog. Kueh raya yang bertuah sangat tu ialah

1. Almond London
2. Tart Nenas
3. Chocolate Chip
4. Cornflakes Madu

Korang cuba bagitahu Asyraf , korang minat kueh apa nak tahu jugak.

Oh, sebelum terlupa Asyraf nak ucapkan ..

” SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN to all my followers and readers ”

Terima kasih sudi menjadi Followers setia blog ini dan terima kasih juga kerana
setia membaca artikel Selamat Hari Raya Aidilfitri (Raya2017).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
VIRAL KAN

KLIK DAN TERJAH

11 Comments

    1. Conrnfllake and chocolate chip tak dapat dipisahkan dengan diriku. Gituh ..

      Selamat Hari Raya Amirul ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge