Seminggu Sekali Sejak Ber Uber Grab

ASsalamualaikum, Salam Sejahtera to all my Uber Grab Friends.

and of course my beloved followers ..

Ketika artikel ni ditulis, saya memandu Uber dah genap 3 bulan. Grab baru cukup 1 bulan.
Alhamdulillah syukur walaupun secara part time lepas balik dari kerja 8 pagi 5 petang.

Boleh baca artikel ini : Pengalaman Memandu Uber di Kuala Lumpur

Penat tu tak sangat rasa sebab kita minat. Bila kita passion sesuatu yang kita boleh pergi,
why not kan ?

Seminggu Sekali Basuh Kereta

Ya, seminggu sekali basuh kereta sejak ber Uber Grab ni.

Bila kotor sikit je bahagian luar kereta terutama bahagian tayar dan body konfem terus cuci.

Tak boleh tengok kalau kereta kesayangan kita kotor. Lagipun tak smart la ..

Awak muda hensem lagi, kereta kotor kemain .. hahah!

Paling saya tak boleh tahan kalau interior kereta terlalu berhabuk dan bau kepam telah menyakitkan hidungku yang sensitif. Oh, serius. Konfem akan pergi cepat cepat cari kedai ..

Bau kepam ni tak pernah wujud pun sejak beli kereta sampai sebelum register Grab dan register Uber.

Bau ni wujud sebab fahamlah kan bila kita nak ambik rider ni kan macam macam orang.

Ada yang terlebih wangi sampai pening kepala nak drive.

Ada yang tak pakai perfume pun satu hal. Adoi .. mujurlah kita ni berjiwa khidmat pelanggan.

Dah biasa dengan dunia Airlines so okay je lah.

Baca artikel ini juga : Jom Sertai Dunia Airline Bersama Asyraf

Auto Wash Machine Kemudahan Basuh Kereta

Setiap dari kita mungkin sedikit berbeza terutama bila nak cuci kereta kan.

Kalau macam Asyraf nak segera tapi kualiti tetap seiring.

Harga pun tak mahal mencekik. Masuk mesin terus keluar lap lap bayar je RM 10.00 .

Mudah setel. Tak perlu nak keluar kereta. Masa kereta korang tengah dibasuh cuci bersih bersih
oleh auto-machine tu. Korang boleh make up ke, buat live instagram fesbuk ke atau apa jelah kan ..

Tak perlu nak keluar kereta semata mata akan bertukar driver WALAUPUN sekejap je nak
alih ke tempat khas basuh kereta.

Bukan apa kereta kita kan. Kita yang duduk tidur kat situ. Makan McD pun kat dalam kereta .. hahah …

Kalau dalam kereta tu semak sangat kita tengok dengan habuknya ..

Suruh lah abam hot bangladesh lap lap sikit kotoran tu supaya nampak clean je kereta kan ..

Nak tanya ni, korang kalau basuh kereta berapa spend duit tu dan di mana ?

Nak join .. mana tau boleh review sikit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring

5 Comments

  1. Saliza sachari February 14, 2018
    • asyrafasri February 15, 2018
  2. Ikhwan January 17, 2018
    • asyrafasri January 18, 2018
  3. Ikhwan January 17, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: