Seronok Bermalam Di Royal Langkawi Yacht Club

Seronok Bermalam Di Royal Langkawi Yacht Club | Ya seronok tak terkatalah senang cerita. Seronok sangat. Sampai tak nak balik bila rasa seronok macam ni. Eh, seronok lah!

Apa yang seronok sangat tu? Nanti aku cerita apa yang seronok apabila bermalam di Royal Langkawi Yacht Club ini okay.

Royal-Langkawi-Yacht-Club-model-of-the-year

Sekarang aku akan cerita dengan korang sebab munasabah Kenapa Royal Langkawi Yacht Club atau lebih dikenali sebagai (RLYC) ini orang golongan seperti korang wajib stay sini bila ke Langkawi.

# Antara Golongan dan Ciri-ciri orang ini memang wajib stay RLYC ini :

1. Orang Kerja Kerajaan
2. Orang Kerja Swasta yang sepatutnya balik jam 5 petang tapi Bos suruh balik jam 9 malam setiap hari
3. Orang yang selalu alami masalah kemurungan
4. Orang yang selalu stress
5. Orang yang selalu bosan lakukan semua benda mesti stress
6. Orang yang baru berkahwin
7. Orang yang takde anak masih lagi nak honey moon
8. Orang yang nak rasa ala-ala mewah seketika
9. Orang yang suka acah-acah kawan korang dengan view cantik percutian
10. Orang yang suka bergambar selfie ala-ala model pavilion KL tu

Royal-Langkawi-Yacht-Club-blogger-of-the-year
11. Student yang nak gambar cantik sambil-sambil siapkan assignment
12. Student yang baru habis exam
13. Student yang baru grad konvo
14. Orang yang nak gambar pre-wedding tu berlainan dari yang lain
15. Orang yang baru nak belajar bergambar dengan kamera Canon, Nikon
16. Orang biasa-biasa nak jadi luarbiasa bila bermalam disini
17. Orang yang nak ada networking with business people dekat sini
18. Orang yang baru nak buka bisnes nak dapatkan idea dekat sini
19. ..DAN… banyak lagi jenis orang yang korang rasa sesuai nak listkan
20. Terakhir, orang itu adalah AKU. Sebagai Freelance Writer dan Blogger. Aku memang ingin sentiasa ada Idea dan semangat untuk menulis perkara-perkara positif. Supaya penulisan aku itu best.

Bila best, korang pun suka baca kan? Hehehe…

inside-royal-langkawi-yacht-club-hotel-room-in-day-night

# Info Menarik Royal Langkawi Yacht Club

DAH BACA : Resort Ala-Kampung Tidur di Sawah Bendang Langkawi

Okay sedikit info mengenai Royal Langkawi Yacht Club korang wajib tahu sebelum bermalam dekat sini.

inside-royal-langkawi-yacht-club-hotel-room-in-day-light

1. Royal Langkawi Yacht Club ini merupakan hotel yang sangat bergaya dan bercirikan moden.

2. RLYC ini betul-betul terletak di kedudukan terbaik untuk melihat pemandangan sunset dan sunrise apabila tiba waktunya.

– itu sebab aku cakap 20 Golongan Orang yang Wajib stay sini patut fikir baik-baik bila datang bercuti ke Langkawi walaupun sekejap.

3. Archipelago Awards menganugerahkan RLYC ini sebagai Award-Winning Marina.

– nak tahu apa itu Archipelago tu apa? Ia sebuah badan NGO travel award di Britain. Nak tahu lebih lanjut korang boleh google ya. hihihi…

4. RLYC mempunyai 44 buah bilik. Antara bilik yang betul-betul best untuk view di pagi hari dan di petang hari adalah One King-Size bed atau 2 single beds.

Royal-Langkawi-Yacht-Club-Dinner-View

5. Nama-nama bilik RLYC yang penuh gaya dan moden ini adalah Hill View, Courtyard Room, Executive Deluxe Room dan Executive Suite Room.

6. Setiap bilik mempunyai fasiliti yang lengkap seperti biasa iaitu flat-screen TV, tea and coffee facility dan juga bilik air yang cukup moden interior design mereka.

7. Tetamu hotel boleh merasai pelbagai aktiviti di hotel sendiri iaitu Outdoor pool, Jacuzzi yang disediakan dan water sport yang berada di sekitar kawasan hotel.

Booking.com “The room is clean and spacious. Breakfast is simple but good quality with a breath-taking view of the yachts. The place itself is strategically located, a five-minute walk from Kuah Jetty”.

Booking.com “The view is good, feel relaxed when having breakfast with a sea view. The room is spacious and I stay in comfort.”

Haaa, tengok Mat Saleh pun cakap seronok stay dekat Royal Langkawi Yacht Club ni.

Royal-Langkawi-Yacht-Club-morning-view

Tak perlu cari review lain. Korang dah singgah blog Asyraf ini pun dah cukup bukti review kan. Jadi, apa tunggu lagi. Booking reservation Royal Langkawi Yacht Club ini Sekarang!

Royal Langkawi Yacht Club
Jalan Dato Syed Omar
07000, Kuah, Langkawi
Kedah Darul Aman

Tel: +604 966 4078
www.langkawiyachtclub.com

 

The Langkawi Travelogue is brought to you in a collaboration between Borakkita Media / Travelogue Malaysia and The Influenzas team.. supported by LADA. Thanks to our main sponsors – Mega Watersports ,
Umgawa Legendary Adventures, Sea Splash, Crocodile AdventurelandOmbak Villa, Nadias Hotel, Smiling Buffalo, Huggin’ Hippo….

As well as.. The Cliff Langkawi, Anytime Holidays, Sky Trex and the Royal Langkawi Yacht Club

- Seronok Bermalam Di Royal Langkawi Yacht Club

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring

Add Comment

CommentLuv badge
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: