Set Lunch Thailand Food Mueang Kao Thai Cuisine Damansara

Set Lunch Thailand Food Mueang Kao Thai Cuisine Damansara | Selalu orang bekerja office hour akan makan tengahari atau lunch ni dekat tempat yang biasa kita pergi setiap hari. Terutama waktu bekerja office hour yang hanya ada peruntukan satu jam untuk makan tengahari. Apakata kali ini jom kita manfaatkan waktu lunch satu jam yang diperuntukkan tersebut dengan Set Lunch Thailand Food yang dibawakan khas oleh Mueang Kao Thai Cuisine terletak di Damansara Jaya.

rakan-media-Mueang-Kao-Thai

Baru-baru ini Asyraf ada singgah makan tengahari di Mueang Kao Thai selepas selesai urusan kerja. Memandangkan kawan Asyraf ni pun jenis suka cuba benda baru jadi kita ikut sajalah. Nanti menyesal pulak. Jadi tak nak rasa kesal tu, Asyraf pergi lah makan. Well, apa yang Surprise .. Jom ikuti butirannya!

interior-design-Mueang-Kao-Thai-Cuisine
Sebenarnya apa yang Asyraf paling teruja dan rasa membuak-buak tak sabar nak rasa masakan dekat restoran yang lain dari lain adalah senireka bentuk interior design yang diketengahkan. Kaki melangkah keluar dari kereta dan berjalan kaki sedikit ke restoran berhampiran. Tengok dari luar saja dah nampak keunikkan restoran ni. Nama pun kedai makan Thailand jadi kita nak tahu apa yang menarik dan tertarik sebagai pelanggan kita nak jamu ni. Hehehe …

dessert-set-mueang-kao-thai-cuisine-damansara-jaya
Set Lunch Thailand Food Mueang Kao Thai
ini baru saja diperkenalkan. Jadi semasa kehadiran kami tu kira macam surprise lah dapat rasa masakan ini terlebih awal. Untuk pengetahuan korang yang kaki minuman chocolate dan coffee. Kita beruntung sangat sebab set Lunch Thai Food ini akan disediakan sekali. Jika nak minuman lain harga akan berubah. Itu sahaja.

Apa yang bagusnya restoran Mueang Kao Thai ini adalah dari benak hatiku yang suka memerhati, hahaha .. Restoran ini bukan saja mengekalkan tradisi masakan Thai itu sendiri malahan dekorasi yang mereka wujudkan sangat unik dari kedai makan yang biasa kita makan bila waktu lunch. Kira makan seperti dekat kedai Hipster lah tapi ini bukan kedai have have ya, hanya kualiti masakan saja nampak mahal tapi sebenarnya apa yang kita bayar nanti sangat berbaloi dengan makanan yang akan mengenyangkan kita tu.

Chef-Muda-Mueang-Kao-thai-Cuisine

Segala masakan yang dimasak dan rasa keaslian masakan Thai itu dipantau sendiri oleh Chef muda Mueang Kao Thai. Chef muda ini adalah dari pasangan suami isteri yang membuka kedai makan Thai yang lain dari lain di ibukota bandar besar Damansara ini. Seriuslah, Chef ni memang muda kalau tengok dari raut wajah tu. Bak kata isterinya mereka sama-sama kenal kerana suka akan keunikkan masakan Thailand dan disebabkan itu tercetusnya restoran Mueang Kao Thai ini.

- Set Lunch Thailand Food Mueang Kao Thai Cuisine Damansara

Okay mesti korang nak tahu apa set menu lunch yang sedap Asyraf cuba pertama kali merasai nikmat masakan mereka ni. BBQ Beef dia ya Allah sedap betul bila mengunyah tu dicicah pulak dengan air asam Thai. HurMmm, terliur pulak bila nak menulis bagitahu korang ni. Bagi korang yang jenis kalau makan tu mesti nak jaga kesihatan badan boleh cuba rasa Green Curry Pasta. Biasanya kita makan pasta ni yang biasa-biasa je kan? Wajib cuba Green Curry Pasta ni, bukan saja kenikmatan Curry tu korang rasa pada masa sama rasa daun Green tu yang menyegarkan nafas korang.

Set-Lunch-Thai-Food-Mueang-Kao-Thai-Cuisine-Damansara-Jaya

Bila kita dah makan mesti lah nak ada pencuci mulut kan. Okay bercakap pasal dessert sebagai penutup aktiviti makan-makan ni, kerugian yang amat tak cuba. Sebab dessert Mueang Kao Thai ini memang unik segala apa yang dihidangkan seperti yang Asyraf bagitahu awal-awal kan. Korang patut cuba rasa Red Ruby, Sticky Rice dan Cocunut Ice Cream. 3 all of this Dessert memang menyejukkan rasa panas cuaca Malaysia ini dan sangat membuatkan korang rasa kesegaran bila dah rasa masakan Thai di waktu tengahari.

Set-Lunch-Thailand-Food-Mueang-Kao-Thai-Cuisine

Yang pastinya Set Lunch Mueang Kao Thai ini memang berbaloi dengan harganya sebab apa yang ada dalam set tu dah buat korang rasa kenyang. Istilah kenyang tu bukan kosong-kosong ya. Yang penting korang akan buat mulut dekat kawan dan fameli bahawasanya restoran ni memang unik dari segi masakan tengahari yang dipersembahkan. Ini yang Asyraf cuba nak korang faham kan. Serius, tak rugi singgah.

menu-order-mueang-kao-thai-cuisine-damansara

Untuk Keterangan lanjut :

Mueang Kao Thai Cuisine

No. 21 (Ground Floor), Jalan SS22/11,
Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya,
Selangor.

Facebook       Instagram

- Set Lunch Thailand Food Mueang Kao Thai Cuisine Damansara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring
  • 22
    Shares

4 Comments

  1. farah September 20, 2018
    • asyrafasri September 20, 2018
  2. atiehilmi dot com August 8, 2018
  3. husniey husain July 25, 2018

Add Comment

CommentLuv badge
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: